Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Audi Q7 dan Q8 (2024) 55 TFSI e quattro Lebih Canggih, Rupa Garang!
Auto Terkini

Audi Q7 dan Q8 (2024) 55 TFSI e quattro Lebih Canggih, Rupa Garang!

Abang HirataBy Abang Hirata27/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
Audi Q7 TFSI e quattro 2024

KEPADA yang merasakan Lamborghini Urus terlalu menyerlah, Audi menawarkan saudara dekat Q8 yang menarik perhatian dalam gayanya tersendiri. Kemas, anggun dan serius.

Sebagai ahli Kumpulan Volkswagen, Q8 berkongsi pelantar dengan Urus dan beberapa lagi model.

Q8 dipasaran tempatan meriah dalam tiga versi iaitu Q8 3.0 TFSI dan dua model elektrik Q8 e-tron dan Q8 Sportback e-tron.

Audi Q8 TFSI e quattro 2024

Di pasaran luar ada model hibrid plug-in (PHEV) dan terbaru untuk pasaran Eropah Audi memperkenalkan Q8 dan Q7 PHEV rupa baharu dengan bateri yang dipertingkatkan dan penambahbaikan lain.

Untuk makluman, kenderaan utiliti sukan (SUV) Q7 pernah dijual di pasaran tempatan dan dilancarkan pada Oktober 2016. Q7 pasaran antarabangsa telah menerima beberapa naik taraf dan ini yang terbaru.

Rupa depan tampil berbeza dan paling menyerlah Q7 yang segar di sebalik usia yang menjangkaui enam tahun. Q8 pula di pasaran sejak 2018 dan perubahan yang dibuat memastikannya relevan untuk beberapa tahun lagi.

Audi Q8 TFSI e quattro 2024

Selain itu, buat kali pertama kedua-dua model PHEV ditawarkan dengan fungsi pembelokan semua roda (Vorsprung spec) supaya lebih selamat dan selesa.

Penstabilan olengan aktif elektromekanikal (Q7 Vorsprung) pula menawarkan pengendalian yang lebih dinamik.

Rangkaian kuasa Audi Q7 dan Q7 55 TFSI e quattro:

  • Enjin 3.0 TFSI enam silinder.
  • Kuasa 340 ps.
  • Motor elektrik kompak (PSM) 130 kW.
  • Daya kilas 460Nm.
  • Bateri litium sejukan cecair baharu dan lebih berkuasa. Dipasang di bawah lantai but.
  • 17 sel dengan 70 Ah setiap satu, dipanggil stacks. Enam stack membentuk satu unit.
  • Rekaan yang kompak di dalam perumah bateri tidak memerlukan perumah modul tambahan dan menghasilkan ketumpatan kuasa lebih tinggi.
  • Mempunyai kapasiti 25.9 kWj (22 kWj bersih) pad a370 volt.
  • Peningkatan kapasiti menyumbang kepada jarak pemanduan 82 km (Q8) dan 83.6 km (Q7).
  • Kuasa keseluruhan sistem 394 ps dan 600Nm.
  • 0 – 100 km/j dalam masa 5.7 saat.
  • Kelajuan maksimum dihadkan pada 240 km/j dan 135 km/j untuk pemanduan elektrik.
  • Pengecasan bateri sehingga 7.4 kW.
  • Pengecasan penuh sekitar tiga jam dan 45 minit dengan pengesan pantas.

Pemanduan

  • Boleh mula pandu dalam mod EV (elektrik) atau hibrid.
  • Tetapan mod EV akan terus mengunakan kuasa bateri walaupun pedal ditekan penuh.

Mod hibrid

  • Mod hibrid menggunakan dua kaedah operasi, auto dan hold.
  • Dalam mod auto, tetapan operasi prediktif berfungsi secara automatik apabila pemandu menggunakan sistem navigasi.
  • Pecutan mengutamakan kuasa dari enjin TFSI dan dibantu motor elektrik jika perlu.
  • Pada kelajuan enjin rendah, pacuan elektrik akan membantu ketika pengecas turbo mula menjana tekanan.
  • Secara ringkas, tetapan operasi prediktif berfungsi semaksimum mungkin dengan kuasa elektrik dan menggunakan tenaga bateri yang ada apabila pemandu tiba di destinasi.
  • Di dalam mod hold, tenaga bateri yang ada dikekalkan pada tahap semasa dengan pergerakan turun dan naik minimum.
  • Sistem memanfaatkan pengembalian tenaga melalui pembrekan dan mengalihkan ‘titik bebanan’ melalui intervensi bersasar di dalam sistem pengurusan 3.0 TFSI.
  • Hasilnya, selepas memandu jauh pemilik boleh memandu dalam mod elektrik ke destinasi terdekat dan tanpa pelepasan emisi dan bunyi enjin.

Pengecasan pintar

  • Bateri mengecas semula secara pintar dan pada kelajuan melebihi 64 km/j di dalam mod pengecasan.
  • Operasi itu memaksimumkan kecekapan dan memastikan kuasa elektrik yang tersedia pada tahap tinggi apabila memandu di dalam bandar dan trafik henti dan jalan.
  • Mod pengecasan tidak memerlukan enjin untuk mengecas dan hanya menggunakan fungsi pengembalian tenaga.
  • Mod pengecasan akan dihentikan apabila kuasa bateri mencapai tahap 75 peratus bagi menjaga bateri dan meningkatkan kecekapan.

Bantuan kecekapan prediktif (PEA)

  • Sistem beroperasi secara pintar ketika pemandu mengangkat kaki dari pedal dan ciri penting untuk kecekapan Q8 dan Q7 PHEV.
  • Strategi atau tetapan operasi bertukar kepada bantuan kecekapan prediktif (PEA).
  • Selain data dari navigasi, sistem bantuan pemanduan ini menggunakan jarak di antara kenderaan di hadapan bagi menentukan luncuran (coasting) dengan enjin dihentikan dan pengembalian tenaga kinetik.
  • Di dalam fasa tujahan, Q8 dan Q7 boleh mendapatkan sehingga 25 kW kuasa dan menghantarnya semula ke bateri.

Generator dan brek

  • Sebagai generator, motor elektrik melakukan tugas membrek yang ringan dan sederhana sehingga 0.3 g atau lebih daripada 90 peratus nyah pecutan dalam pemanduan harian.
  • Brek hidraulik biasa hanya digunakan untuk pembrekan lebih berat.
  • Tenaga yang dituai atau dikembalikan semasa pembrekan boleh mencecah sehingga 80 kW.
  • PEA juga membantu dalam nyah pecutan dan pecutan yang menjimatkan bahan api ketika pemandu menghidupkan fungsi kawalan jelajah adaptif dengan kawalan jelajah radar.
  • Apabila fungsi itu dinyahaktif, paparan pada meter atau papar pandu akan memberi isyarat atau panduan untuk pemandu mengalihkan kaki dari pedal.

Pemanduan dan pengendalian

  • Suspensi udara kawalan elektronik dan sistem redaman adaptif berterusan dilengkapi sebagai ciri standard.
  • Varian Vosprung dilengkapi sistem belokan semua roda dan pertama kali untuk model PHEV.
  • Pada kelajuan rendah, roda belakang membelok sehingga lima darjah dan berlawan dengan roda depan.
  • Pada kelajuan tinggi, roda belakang membelok mengikut arah roda depan.
  • Penstabilan olengan aktif elektromekanikal (Q7 Vorsprung) membantu dalam pengendalian dengan memisahkan penstabil kepada dua bahagian dan boleh berfungsi secara bebas atau berasingan.

Audi Q7 TFSI e quattro:

Audi Q7 TFSI e quattro 2024

Audi Q8 TFSI e quattro:

Audi Q8 TFSI e quattro 2024

 

Audi Audi Q7 Audi Q7 TFSI e quattro Audi Q8 Audi Q8 TFSI e quattro
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.