Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kenapa, Apakah Strategi Audi Masuk F1 2026?
Auto Terkini

Kenapa, Apakah Strategi Audi Masuk F1 2026?

Abang HirataBy Abang Hirata05/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AUDI
pada 26 Ogos lalu mengumumkan penyertaan dalam kelas premier sukan perlumbaan Formula Satu (F1) yang dianggap berita mengejutkan ketika dunia automotif kini dalam peralihan era elektrifikasi.

Tambahan pula, kos F1 adalah tinggi dan sesebuah pasukan memerlukan masa untuk mendapatkan kereta yang kompetitif. Namun, F1 tetap ada daya tarikan tersendiri yang mampu menarik jutaan penonton.

BACA >>> Ricciardo Setuju Tamatkan Kontrak Lebih Awal dengan McLaren F1 Hujung Musim Ini
BACA >>> Aprilia Panggil Jurutera F1 untuk Pertingkat Aerodinamik RS-GP!

Berikut senarai justifikasi Audi menyertai F1:

Peraturan Teknikal Baharu

  • Punca utama penyertaan adalah perancangan jelas untuk menjadi lebih mampan dan cekap dari segi kos.
  • Peraturan baharu 2022 menumpukan kepada agenda elektrifikasi yang lebih signifikan dan bahan api mampan termaju.
  • Output unit kuasa elektrik yang terdiri daripada motor elektrik, bateri, kawalan elektronik dan enjin pembakaran dalaman akan meningkat jauh lebih tinggi berbanding sekarang.
  • Motor elektrik mempunyai kuasa hampir sama dengan enjin pembakaran dalaman.
  • Enjin 1.6 turbo menggunakan bahan api mampan termaju.
  • Selain had bajet pasukan, peraturan had perbelanjaan untuk unit kuasa (PU) akan diperkenal pada 2023.
  • F1 mensasarkan menjadi siri perlumbaan neutral karbon menjelang 2030.
Populariti, Sasaran Orang Muda

  • F1 ialah sukan diiktiraf peringkat global, beremosi tinggi dan menggunakan teknologi termaju.
  • Pada 2021, F1 disaksikan lebih 1.5 bilion penonton televisyen.
  • Perlumbaan dianjurkan di semua pasaran relevan untuk Audi.
  • F1 popular di pasaran utama seperti China dan Amerika Syarikat dengan trend semakin meningkat dalam kalangan kumpulan sasaran muda.
  • Di media sosial, F1 sedang mengalami pertumbuhan paling tinggi dalam sukan paling popular dunia.
Perancangan dan Strategi

  • Unit kuasa baharu akan dibina di Pusat Kompetensi Audi Sport di Neuburg an der Donau, tidak jauh dari ibu pejabat Audi AG di Ingolstadt, Jerman.
  • Kali pertama dalam tempoh lebih 10 tahun, trenkuasa F1 dibina di Jerman.
  • Audi memiliki fasiliti ujian meja (test bench) di Neuburg untuk ujian enjin F1, motor elektrik dan bateri.
  • Audi sedang mengambil langkah tambahan seperti kakitangan, bangunan, infrastruktur teknikal dan segala keperluan berkaitan supaya dapat disiapkan menjelang hujung 2022.
  • Pengeluaran dan pembangunan unit kuasa akan memanfaatkan kepakaran kakitangan permotoran Audi dan juga pengambilan profesional baharu.
  • Sebuah syarikat baharu ditubuhkan untuk projek unit kuasa dan menjadi subsidiari penuh Audi Sport.
  • Adam Baker (foto atas) akan mengambil alih pengurusan syarikat dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) projek F1. Beliau pernah menyandang jawatan kanan di syarikat pengeluar dan pasukan permotoran. Sebelum Audi pada 2021, beliau pernah berkhidmat bersama Persekutuan Automobil Antaravangsa (FIA) selama tiga tahun.
Bersara daripada LMDh

  • Audi sebelum ini mengumumkan persaraan dari perlumbaan LMDh (Le Mans Daytona Hybrid) dan kini sedang mengumpulkan kekuatan untuk projek F1.
  • Bahagian permotoran Audi juga menggantung pembangunan kereta untuk perlumbaan enduran.
  • Audi Sport akan meneruskan program perlumbaan pelanggan dan jentera RS-Q e-tron Rali Dakar.
Individu Penting

  • Pengarah Urusan Audi Sport GmbH, Julius Seebach (foto atas) berpindah ke Audi AG pada 1 September lalu dan bertanggungjawab dalam bidang perniagaan strategik baharu di bahagian Pembangunan Teknikal.
  • Di bawah kepimpinan beliau, Audi Sport GmbH mencatatkan rekod baharu dari segi jualan dan angka pendapatan. Jualan model RS meningkat sekali ganda dan model elektrik RS e-tron GT berjaya dipasarkan kepada pengguna.

  • Beliau juga individu penting di sebalik kereta lumba RS Q e-tron untuk Rali Dakar yang berjaya mencatat kemenangan keseluruhan pertama di Abu Dhabi pada Mac tahun ini.
  • Seebach akan diganti Rolf Michl yang juga Ketua Pegawai Operasi (COO) Perlumbaan Audi Sport sejak Februari 2022. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran dan sukan permotoran.

Sebagai rekod, F1 2022 disertai pengeluar kereta seperti Ferrari, Mercedes, Alpine, McLaren, Alfa Romeo dan Aston Martin.

BACA >>> Audi Quattro RR (1990) Kondisi Baik dengan Perbatuan 52,500km Ini Dilelong RM467k!
BACA >>> Audi A6 Avant e-tron Concept Pamer Evolusi EV Gaya Wagon!

Adam Baker Audi Audi F1 Audi Sport Auto Terkini F1 Formula Satu (F1) Julius Seebach sukan permotoran
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.