Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Atuk ‘Popeye’ 83 Tahun Masih Aktif Konvoi, Sudah Tunggang Lebih 100 Motosikal
Auto Terkini

Atuk ‘Popeye’ 83 Tahun Masih Aktif Konvoi, Sudah Tunggang Lebih 100 Motosikal

Azizi HBy Azizi H02/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN berusia 83 tahun, seorang penunggang berstatus warga emas masih aktif menyertai aktiviti berkonvoi dalam dan luar negara dengan menunggung sendiri motosikal kuasa tinggi.

Mohd Ismail Ali atau lebih dikenali sebagai ‘Popeye’ tidak pernah membuang minat terhadap konvoi walaupun pernah terlibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan patah tulang rusuk kira-kira 2o tahun lalu.

Mengenang kenangan pahit itu, Ismail berkata, beliau patah sembilan bahagian tulang termasuk rusuk, lengan dan bahu akibat kemalangan jalan raya sekitar 2000 hingga terlantar di hospital hampir sebulan, tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif.

“Sebaliknya, saya jadikan ia sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi berkenaan. Apapun semua itu tidak menyebabkan saya serik namun sentiasa bersemangat “ katanya dipetik HMetro.

Beliau, yang juga pengerusi Superbikes Association Malaysia (SAM) Cawangan Melaka mengakui pembabitan dalam konvoi motosikal hingga kini banyak dibantu sokongan dan restu rakan-rakan, termasuk lapan anaknya.

BACA >>> Konvoi Kapcai, Superbike dan Kereta Sport Tak Boleh Naik Genting Highlands!

TUKAR LEBIH 100 MOTOSIKAL

Sejak berkonvoi, Ismail mendakwa sudah menukar lebih 100 motosikal pelbagai jenis dan jenama kerana minat mencuba sesuatu baharu. Paling terkini, beliau memiliki sport touring dengan enjin 1300cc, Honda ST13.

Ismail baru-baru ini menyertai Konvoi Merdeka di Bandaraya Melaka yang menajdi rutin konvoi beliau dalam kalangan pemilik motosikal kuasa besar sambil melakukan aktiviti amal dan kemasyarakatan. Selain dalam negara, Indonesia dan Australia juga menjadi destinasi yang pernah dikunjunginya.

BACA >>> Konvoi Malaysia-China: Proton X70 Redah 13,000km Tanpa Sebarang Masalah

SUMBER/KREDIT FOTO: HMetro

Atuk Aktif Konvoi Auto Terkini konvoi Mohd Ismail Ali motosikal besar Superbikes Association Malaysia (SAM)
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.