• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Atuk ‘Popeye’ 83 Tahun Masih Aktif Konvoi, Sudah Tunggang Lebih 100 Motosikal

Atuk 'Popeye' 83 Tahun Masih Aktif Konvoi, Sudah Tunggang Lebih 100 Motosikal

September 2, 2020 By Azizi H Leave a Comment

FacebookTwitter


WALAUPUN berusia 83 tahun, seorang penunggang berstatus warga emas masih aktif menyertai aktiviti berkonvoi dalam dan luar negara dengan menunggung sendiri motosikal kuasa tinggi.

Mohd Ismail Ali atau lebih dikenali sebagai 'Popeye' tidak pernah membuang minat terhadap konvoi walaupun pernah terlibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan patah tulang rusuk kira-kira 2o tahun lalu.

Mengenang kenangan pahit itu, Ismail berkata, beliau patah sembilan bahagian tulang termasuk rusuk, lengan dan bahu akibat kemalangan jalan raya sekitar 2000 hingga terlantar di hospital hampir sebulan, tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif.

"Sebaliknya, saya jadikan ia sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi berkenaan. Apapun semua itu tidak menyebabkan saya serik namun sentiasa bersemangat " katanya dipetik HMetro.

Beliau, yang juga pengerusi Superbikes Association Malaysia (SAM) Cawangan Melaka mengakui pembabitan dalam konvoi motosikal hingga kini banyak dibantu sokongan dan restu rakan-rakan, termasuk lapan anaknya.

BACA >>> Konvoi Kapcai, Superbike dan Kereta Sport Tak Boleh Naik Genting Highlands!

TUKAR LEBIH 100 MOTOSIKAL

Sejak berkonvoi, Ismail mendakwa sudah menukar lebih 100 motosikal pelbagai jenis dan jenama kerana minat mencuba sesuatu baharu. Paling terkini, beliau memiliki sport touring dengan enjin 1300cc, Honda ST13.

Ismail baru-baru ini menyertai Konvoi Merdeka di Bandaraya Melaka yang menajdi rutin konvoi beliau dalam kalangan pemilik motosikal kuasa besar sambil melakukan aktiviti amal dan kemasyarakatan. Selain dalam negara, Indonesia dan Australia juga menjadi destinasi yang pernah dikunjunginya.

BACA >>> Konvoi Malaysia-China: Proton X70 Redah 13,000km Tanpa Sebarang Masalah

SUMBER/KREDIT FOTO: HMetro

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Atuk Aktif Konvoi, auto terkini, konvoi, Mohd Ismail Ali, motosikal besar, Superbikes Association Malaysia (SAM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my