Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aston Martin Sertai Red Bull Racing Masuk F1 Musim 2018! James Bond Mesti Tumpang Bangga!
Auto Terkini

Aston Martin Sertai Red Bull Racing Masuk F1 Musim 2018! James Bond Mesti Tumpang Bangga!

Abang HirataBy Abang Hirata27/09/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ASTON Martin biasa dikaitkan dengan karakter perisik Inggeris, James Bond yang mana model kereta itu turut memainkan peranan sebagai ‘pelakon pembantu’ dalam filem Hollywood popular itu. Antara model Aston Martin yang pernah berlakon bersama James Bond ialah DB Mark III, V8 Vantage, V12 Vanquish dan DBS V12. Namun faktanya, semua itu cuma fiksyen semata-mata yang penuh motif dan agenda tersendiri.

Kini terpahat dalam dunia realiti apabila Aston Martin bakal memasuki sukan lumba Formula Satu (F1) pada musim 2018. Pengeluar autmotif dari Britain itu akan tampil dengan pasukan Aston Martin Red Bull Racing selepas mengikat perjanjian penajaan dengan Red Bull Racing.

Aston Martin sebenarnya sudah lama disebut antara pengeluar baharu yang akan menceburi F1 apabila Prodrive pada 2009 mengumumkan hasrat menggunakan jenama tersebut. Namun, apabila permohonan dibuat, hasrat Prodrive itu tergendala selepas ia ditolak.

Dalam hal lain, Aston Martin juga sudah lama bekerjasama dengan Red Bull Racing. Situasi ini boleh dilihat dalam pembangunan kereta hiper, Aston Martin Valkyrie yang kini sedah habis terjual walaupun belum dilancarkan. Kereta hiper itu cuma dihasilkan 150 unit dan dijual pada harga AS$3.2 juta (RM13.4 juta).

Berikut Informasi tentang Aston Martin Red Bull Racing
  • Hubungan antara Aston Martin, Red Bull Racing dan AF Racing bermula 2016 menerusi projek pembangunan Aston Martin Valkyrie.
  • Aston Martin Valkyrie hanya dikeluarkan 150 unit dan mula diserahkan kepada pelanggan menjelang 2019.
  • Selain Aston Martin Valkyrie, kerjasama tiga pihak itu turut membabitkan penghasilan beberapa produk masa hadapan.
  • Sebuah Pusat Prestasi Termaju (APC) akan dibuka di kampus Red Bull Racing di Milton Keynes, beberapa bulan lagi.
  • APC bakal mewujudkan 110 peluang pekerjaan. Juga akan menjadi pusat rekabentuk kedua Aston Martin, dan lokasi  menghasilkan kereta sport masa hadapan.
  • APC juga akan menjadi lokasi kerjasama dua firma (Aston Martin dan Red Bull Racing) dalam mengadaptasi teknologi F1 dan kereta penumpang.
  • Aston Martin juga sedia menimbang jemputan untuk terlibat sama dalam pembuatan unit kuasa (enjin) bermula 2021 selepas dijemput Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menyertai sesi perbincangan untuk membangunkan enjin masa depan F1.

SUMBER: Formula1

Aston Martin Auto Terkini F1 F1 2018 FIA Formula Satu (F1) James Bond Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Red Bull Racing Red Bull Racing Formula Satu Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.