Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Aston Martin Dedah Model Edisi Khas 007 Edition ‘No Time to Die’
Roda4

Aston Martin Dedah Model Edisi Khas 007 Edition ‘No Time to Die’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FILEM James Bond ke-25: No Time to Die dijangka ditayangkan di pawagam tahun ini. Sempena meraikan kemunculan filem aksi itu, jenama yang begitu sinonim dengan francais tersebut, Aston Martin memperkenalkan dua model sport 007 Edition.

Dibina berasaskan Vantage dan DBS Superleggera, model edisi khas itu dikeluarkan dalam unit terhad yang dibangunkan divisyen kustom Q by Aston Martin.

1. ASTON MARTIN VANTAGE 007 EDITION

Hanya 100 unit Vantage 007 Edition sebagai tribut kepada Aston Martin V8 dalam The Living Daylights (1987) yang juga melakukan kemunculan cameo dalam Bond baharu.

Bahagian depan menampilkan gril jejaring gaya retro yang dikelilingi kemasan krom dengan lencana Vantage. Difuser belakang menerima aksen kuning sebagai buster roket dalam filem James Bond. Kereta ini juga boleh dipesan dengan ski dan rak ski diilhamkan ‘Winterised’ V8.

Semua Vantage 007 Edition mendapat kemasan cat Cumberland Grey, manakala bahagian dalaman menggunakan kulit hitam obsidian dan krom gelap. Ada juga lencana 007 dan sulaman frekuensi stesen radio 96.60 FM pada visor matahari.

Bagi peminat James Bond, itu ialah angka yang merujuk kepada frekuensi polis Rusia yang digunakan Bond untuk membantu dia melarikan diri. Kerusi mengingatkan kepada V8 dengan gentian karbon belakang yang mempunyai garis besar selo ‘lubang f’, diilhamkan daripada adegan mengejar cello yang menampilkan James Bond (Timothy Dalton) dan Kara Milovy (Maryam D’Abo) ).

Melengkapkan paras Vantage 007 Edition ialah gajet laser di bawah perehat tangan yang merujuk kepada beberapa senjata dan peranti seperti kereta sebenar dalam filem. Perincian lebih lanjut adalah ukiran crosshair pada pedal syif yang mewakili sistem peluru berpandu, juga seperti filem.

BACA >>> #BikinKereta: Supercar Malaysia dengan Ekstra Kuasa Turbo

2. ASTON MARTIN DBS SUPERLEGGERA 007 EDITION

DBS Superleggera 007 Edition hanya ditawarkan dalam 25 unit yang mana memiliki spesifikasi sama seperti dalam No Time to Die. Model sport ini hadir dengan kemasan luaran Ceramic Grey khas bersama kemasan hitam gentian karbon pada bumbung, perumah cermin sisi, spliter dan Aeroblade belakang.

Sentuhan istimewa lain termasuk lencana fender 007, bilah spoiler belakang dengan perak keluli tahan karat dan rim jejari Y 21 inci hitam berkilat. Tidak seperti adiknya yang lebih kecil, kabin DBS Superleggera 007 Edition hanya didatangkan dengan perincian kulit gelap dan merah, lencana 007 dan sil.

Dengan sejumlah kerja bespoke, harga Vantage 007 Edition bermula £161,000 (RM883,870), manakala DBS Superleggera 007 Edition berharga £279,025 (RM1,531,8810). Penghantaran akan bermula suku pertama 2021.

BACA >>> #TahukahAnda: 12 Stereng Kereta Paling Buruk Pernah Dihasilkan
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Spoiler yang Perlu Anda Tahu

007 Edition Aston Martin Aston Martin DBS Superleggera 007 Edition Aston Martin Vantage 007 Edition Aston Martin Vantage GT8 James Bond James Bond: No Time to Die Kereta Sport Supercar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.