Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#AseanUnityDrive2025: Proton e.MAS 7 Mula Perjalanan 9,000km Rentas Sembilan Negara
Auto Terkini

#AseanUnityDrive2025: Proton e.MAS 7 Mula Perjalanan 9,000km Rentas Sembilan Negara

Han OthmanBy Han Othman21/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INSTITUT Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan sokongan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Tourism Malaysia hari ini merasmikan acara Flag-Off ASEAN Unity Drive 2025 (AUD 2025) yang menandakan permulaan pengembaraan konvoi Proton e-MAS 7 sejauh 9,000km merentasi sembilan negara Asean bagi mempromosi kelestarian dalam mobiliti.

AUD 2025 adalah inisiatif penting yang menggariskan kepimpinan Malaysia dalam memacu mobiliti hijau, kerjasama rentas sempadan, dan inovasi automotif seluruh Asia Tenggara. Perjalanan itu akan berkemuncak di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang akan berlangsung bermula 9 – 15 Mei 2025 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

Majlis pelepasan diadakan di Menara MITI dan dirasmikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata;

ASEAN Unity Drive 2025 melambangkan kekuatan kolektif rantau ini dalam memajukan mobiliti lestari seiring memperkukuhkan integrasi ekonomi dan pengurusan alam sekitar.

“Malaysia, melalui inisiatif seperti Asean Automotive Institute Alliance, komited membentuk ekosistem mobiliti bersatu yang mempercepat inovasi, menyelaraskan piawaian, dan mengukuhkan kedudukan Asean sebagai peneraju global dalam pengangkutan generasi baharu.

“Inisiatif ini langkah penting ke arah industri automotif yang bersedia untuk masa depan dan membawa manfaat kepada seluruh rantau ini.”

Sebagai Pengerusi Asean 2025, AUD 2025 mengukuhkan peranan negara dalam meneraju peralihan rantau ini ke arah mobiliti hijau dan pintar.

Proton e.MAS 7 sebagai kenderaan rasmi AUD 2025 melambangkan komitmen Malaysia kepada mobiliti elektrik yang menyokong agenda kenderaan elektrik (EV) negara dan matlamat kelestarian Asean secara lebih luas.

Konvoi yang menonjolkan enam Proton e.MAS 7 dan empat kenderaan X Series yang dibawa PROTON dan Pro-Net, akan melalui dua laluan utama, iaitu:

  • Laluan Utara: Bermula di Hanoi, Vietnam, melalui Laos, Kemboja, Thailand, sebelum tiba di Malaysia.
  • Laluan Selatan: Bermula di Manila, Filipina, melalui Sabah, Brunei, Sarawak, Indonesia, Singapura, sebelum tiba di Malaysia.

Kedua-dua konvoi akan bertemu di MAS 2025 pada majlis perasmian yang melambangkan komitmen Asean terhadap kesalinghubungan rentas sempadan, pengangkutan mesra alam, dan kerjasama ekonomi serantau.

Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz berkata;

“Asean Unity Drive 2025 adalah bukti dedikasi MARii dalam memupuk kerjasama serantau dalam mobiliti pintar dan lestari, sejajar Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020).

“Inisiatif ini menyelaraskan infrastruktur EV rentas sempadan, melaraskan rangka kerja kawal selia, dan menarik pelaburan dalam mobiliti lestari.

“Dengan membangunkan rangkaian EV bersepadu berlandaskan dasar dan insentif seragam, Asean meletakkan diri sebagai peneraju global dalam penggunaan dan inovasi EV, sejajar memanfaatkan kepelbagaian ekosistem automotif bagi mengukuhkan rantaian bekalan serantau dan daya tahan ekonomi.”

MAS 2025 pula ialah acara automotif terbesar Malaysia yang menampilkan pelancaran model baharu, teknologi EV dan enjin pembakaran dalaman (ICE) terkini, pengalaman pemanduan ujian mengasyikkan, dan peluang rangkaian industri penting.

Dengan lapan dewan pameran, acara ini akan menjadi hab dinamik bagi perniagaan, pelaburan, dan perbincangan dasar, memperkukuhkan ekosistem automotif rantau ini di peringkat global.

Edisi tahun ini bakal menampilkan Wanita dalam Automotif sempena meraikan perintis wanita dalam industri dan menggalakkan penyertaan lebih besar dalam inovasi dan kepimpinan mobiliti. Selain itu, Hari Kerjaya & Pendidikan Automotif akan menampilkan pameran kerjaya dan Debat Automotif Asean yang mana pasukan universiti terkemuka di rantau ini akan berbahas mengenai masa depan industri.

Dengan menarik lebih 230,000 pengunjung pada edisi terdahulu, MAS 2025 dijangka menarik kehadiran lebih besar, sekali gus mengukuhkan status sebagai acara automotif paling berprestij tahun ini.

AUD 2025 dan MAS 2025 ialah visi berani untuk masa depan mobiliti serantau, memperjuangkan inovasi, kelestarian, dan pertumbuhan ekonomi ketika Malaysia menerajui evolusi automotif Asean.

Asean Unity Drive 2025 AUD 2025 Auto Terkini Malaysia Autoshow 2025 MAS 2025 Proton e.MAS 7
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.