Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Art of Speed (AOS) 2024 Kembali di MAEPS 27 Julai Ini!
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) 2024 Kembali di MAEPS 27 Julai Ini!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ACARA permotoran Art of Speed (AOS) 2024 bakal kembali di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor selama dua hari, bermula 27 Julai ini.

AOS 2024 kali ini melibatkan ruang pameran lebih luas, iaitu ruang tertutup seluas 452,084 kaki persegi dan ruang luar seluas  8.6 ekar.

WAKTU ACARA

AOS 2024 berlangsung pada hujung minggu ketiga Julai ini iaitu:

  • 27 Julai: 10 pagi hingga 7 malam
  • 28 Julai: 10 pagi hingga 7 malam

TIKET

  • Pas hujung minggu AOS 2024: RM35 (boleh dibeli depan pintu dan atas talian)
  • Kanak-kanak bawah umur 12 tahun: Percuma
  • Pemegang pas OKU: Percuma
  • Tiket parkir valet VIP: RM30. Pengunjung boleh letak kereta di aras bawah Dewan D dan sah untuk kemasukan sehari, tidak termasuk yuran proses RM3.

CABUTAN BERTUAH

  • Cabutan bertuah akan diadakan pada Ahad dengan hadiah hasil kolaborasi AOS x QARTEL TV. Seorang pemegang tiket akan pulang dengan hadiah cabutan bertuah berupa seunit kereta ‘moden’ Honda yang sudah menjalani fasa modifikasi.

APA YANG BAHARU KALI INI?

  • SoundCircus Takeover diadakan dalam Dewan A, bukan lagi di luar. Ada persembahan kugiran muzik seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan dan 53 Universe. Tiket boleh didapati di sini.
  • AOS ​​akan berkolaborasi dengan Selangor FC (SFC) untuk menyokong kempen Stop The Violence.
  • Jualan motosikal bawah 500cc Komuniti Moto4sale.
  • Kolaborasi AOS ​​dengan IGL Coatings untuk pameran coating edisi terhad motosikal.
  • AOS mengadakan empat kolaborasi jenama iaitu Art of Speed x Zippo, Art of Speed x Von Dutch (baju kerja dan topi), Art of Speed x Selangor FC dan Art of Speed x MOONEYES.
  • AOS Invitational Build-Off dengan 10 pembina khas berpeluang merebut hadiah tunai dan menghantar motosikal kustom ke acara The 32nd Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun. Ini termasuk:
    • Abah & Sons (Padin Musa)
    • Nodie Cycles
    • Acid Welding
    • Zuhalfast
    • RGF
    • Flying Loser
    • Chaos Customs
    • FNG Works
    • Son of Abdul

DEWAN A

  • Kustom & Koffee Talk bermula jam 3.30 petang Sabtu untuk perbincangan trend terkini dalam industri motosikal dan automobil.
  • Show & Shine menampilkan kereta diubah suai dan modifikasi motosikal. Pemenang Best of Show akan ke The 32nd Annual Yokohama Hot Rod Custom Show pada Disember 2024 ini.
  • SoundCircus Takeover

DEWAN C

  • 2nd Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia. Lebih banyak aktiviti disediakan seperti:
    • Pameran Hot Wheels Rare dan Collectibles
    • Hot Wheels Skate School
    • Hot Wheels Swap Buy And Sell
    • Pertandingan Kustom Hot Wheels
    • Pelancaran die-cast eksklusif konvensyen dengan Pengurus Pereka Kenderaan Hot Wheels, Dwayne Vance
  • NEAT Fest dengan pameran kereta modifikasi terpilih dari seluruh negara.
  • Off The Grid dengan paparan gaya hidup outdoor.
  • Hail Vintage dan Streetware Con.

KAWASAN TERBUKA

  • Outdoor ThunderCircus ‘Brotherhood Rally’ untuk penunggang dan peminat motosikal serta mega ride-in serta perhimpunan kumpulan motosikal dari sekitar Asean.

ANTARA TETAMU ISTIMEWA AOS 2024

  • Shige Suganuma, Shinotsuka ‘NATQQ’ Michihisa dan Hey Murakamii dari MOONEYES
  • Daigo Saito dari Toyota Gazoo Racing –  ikon drift Jepun
  • Katie’s Customs Jepun
  • Masato Ikemori dari STOOP Motorcycles (Jepun)
  • Minato Yamamoto dari EVILACT (Jepun)
  • Nigel Petrie dari Engineered To Slide (Australia)
  • Spinny (Thailand)
  • Little Boy Cycles (Thailand)
  • Dino Dalle Carbonare dan Alexander Iain dari Speedhunters.com
  • Masashi Tasaki dari ONE LOW (Jepun)
  • Tengku Djan Tengku Mahaleel (Malaysia)
  • Makoto dari Makoto M&K Custom Signs
AOS 2024 Art of Speed (AOS) 2024 Asep Ahmad Iskandar autoterkini Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.