Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aprilia RS660 (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM59.9k
Roda2

Aprilia RS660 (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM59.9k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DIDI Resources sebentar tadi melancarkan sportbike middleweight RS660 (2021) untuk pasaran Malaysia pada harga RM59,900, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

RS660 (2021) boleh dianggap adik kepada RSV4 dengan menampilkan aura dan gaya superbike perdana itu. Model ini melakukan debut global pada Oktober 2020 dengan enjin dwi-silinder patuh Euro5 bersama rekabentuk sporty yang menggiurkan. Sportbike ini dijangka menarik ramai peminat motosikal saiz pertengahan, terutama buat penunggang yang baru beralih daripada jentera aras mula.

Berikut ciri menarik ditawarkan RS660 (2021):

  • Hadir dalam dua pilihan warna:  Lava Red (merah-biru) dan Apex Black (hitam).
  • Dijana enjin 4-lejang 659cc Parallel-Twin DOHC penyejukan cecair berkuasa 100hp @ 10,500rpm dan tork 67Nm @ 8,500rpm dengan teknologi terotel ride-by-wire, serta dipadankan transmisi manual 6-kelajuan berserta ciri Quick Shifter (AQS) atas bawah.
  • Menggunakan ‘double fairing’ untuk tambahan daya junam (downforce) dan memberikan kestabilan serta berfungsi menyalur keluar udara panas dari enjin.
  • Sistem lampu menggunakan teknologi LED penuh. Lampu depan terdiri daripada tiga kluster lampu, iaitu lampu utama, lampu siang (DRL), dan signal belok boleh padam sendiri.
  • Sistem suspensi dibekalkan fork terbalik (USD) 41mm prabeban boleh laras jenis Kayaba di depan dan monoshock prabeban boleh laras di belakang.
  • Brek depan menggunakan cakera kembar 320mm dengan kaliper 4-piston Brembo. Brek belakang pula cakera tunggal 220mm dengan kaliper 2-piston Brembo. Kedua-dua roda dilengkapkan ciri ABS Belokan.
  • Tinggi pelana 820mm, saiz tangki 15 liter (termasuk 4 liter tangki simpanan) dan berat motosikal 183kg.
  • Menamppilkan panel meter TFT digital penuh berwarna dalam dua tema, Road dan Track yang siap dilengkapkan ciri konektiviti telefon pintar menerusi akses aplikasi Aprilia MIA dengan fungsi antikecurian, jejak navigasi dan maklumat tunggangan.
  • Ada lima mod tunggangan disediakan, iaitu tiga untuk jalanan iaitu Commute, Dynamic dan Individual, manakala dua lagi untuk trek, Challenge dan Time Attack.
  • Dilengkapkan pakej eletronik, dinamakan Kawalan Tunggangan Prestasi Aprilia (APRC) dengan tujuh teknologi terdiri daripada Kawalan Traksi Aprilia (ATC), Kawalan Wheelie Aprilia (AWC), Kawalan Jelajah (ACC), Quick Shift Aprilia (AQS), Brek Enjin Aprilia (AEB), Pemetaan Enjin Aprilia (AEM) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) tiga tahap boleh laras.

BACA >>> Aprilia Lancar Tuono V4, Tuono V4 Factory (2021), Kuasa 175hp
BACA >>> Aprilia Dedah RSV4, RSV4 Factory (2021), Kuasa 214hp

Aprilia Aprilia RS 660 Aprilia RSV4 Didi Resources Middleweight sport bike sportbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.