Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aplikasi Gentari Go Boleh Cari Lokasi Stesen Cas, Sewa EV dan Pasang Pengecas Rumah!
Auto Terkini

Aplikasi Gentari Go Boleh Cari Lokasi Stesen Cas, Sewa EV dan Pasang Pengecas Rumah!

FikriBy Fikri22/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GENTARI Sdn Bhd melalui subsidiari Gentari Green Mobility Sdn Bhd (Gentari) melancarkan Gentari Go, iaitu aplikasi mobil buat pemilik kenderaan elektrik (EV) dan pengguna yang mahu menikmati gaya hidup mesra alam dan bersih menerusi EV.

Dengan menampilkan mobiliti hijau dan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui, Gentari Go kini diaktifkan di Malaysia dengan rancangan pelancaran serantau untuk pengguna Asia Tenggara dan India, tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli berkata, aplikasi Gentari Go direka untuk pengguna yang mahu beralih kepada tenaga bersih sebagai pilihan memulakan pengalaman pemanduan kenderaan elektrik (EV).

Menurutnya, platform berkenaan dibangunkan komprehensif dan holistik untuk gaya hidup  mampan dengan menawarkan pengalaman pengecasan EV lancar bersifat intuitif yang dibina di Asia untuk Asia.

Kami merintis penyepaduan tenaga bersih lancar, melangkaui pengecasan EV hingga penyelesaian tenaga rumah. Gentari Go menawarkan antaramuka ringkas dan elegan yang membimbing pengguna kali pertama menerusi proses mencari, pengaktifan dan pembayaran mudah.”

“Bagi pengguna berpengalaman, kami menyepadukan ciri lanjutan seperti keluk pengecasan, memberikan cerapan masa nyata tentang penggunaan tenaga ketika pengecasan dibuat.”

Apa ditawarkan aplikasi Gentari Go ialah:

  • Sewaan EV melalui perkongsian dengan GoCar kepada mereka yang mahu merasai pengalaman memandu EV.
  • Lokasi dan jarak ke stesen pengecasan EV yang  dipautkan bersama aplikasi navigasi seperti Waze, Google Maps dan Apple Maps.
  • Pembelian pengecas EV di rumah pada harga bermula RM2,600 dengan pemasangan di Lembah Klang, tertakluk terma dan syarat.
  • Pemasangan panel solar di rumah.
  • Mata ganjaran yang boleh ditebus untuk pengecasan bateri EV.
  • Laman komuniti yang memaparkan maklumat mengenai aplikasi dan EV seperti cara mengecas.
  • Pembayaran terus daripada ciri e-dompet yang boleh ditambah nilai menerusi pindahan bank atas talian (FPX), pin tambah nilai, dan Apple Pay, atau secara kad kredit/debit.
  • Rekod pengecasan dan kredit.

Gentari Go boleh dimuat turun pengguna telefon pintar menerusi Apple AppStore atau Google PlayStore.

 

Aplikasi Gentari Go aplikasi helikopter atas permintaan Auto Terkini Gentari Go Gentari Green Mobility Sdn Bhd Gentari Sdn Bhd
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.