Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Kenapa Stereng Kereta Saya Gegar?
Autotainment

#ApaNakBuat: Kenapa Stereng Kereta Saya Gegar?

Han OthmanBy Han Othman13/02/20206 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA kereta bergegar, memang tidak selesa memandu. Tambahan lagi jika bahagian yang bergegar itu stereng. Pengendalian jadi tidak stabil kerana arah pemanduan boleh cenderung berat ke kiri atau kanan. Paling risau, seluruh badan kereta pun boleh rasa bergegar sama.

BACA >>> #TahukahAnda: Mounting Enjin Haus, Rosak Punca Kereta Gegar?

MASALAH STERENG GETAR, GEGAR

Komponen pada sistem suspensi, stereng dan roda saling berhubung satu sama lain.

Jika rasa stereng bergetar (vibrate) atau bergegar (shaking) ketika memandu atas permukaan jalan rata, simptom tersebut dinamakan syimi (shimmy). Ini boleh dikaitkan dengan pelbagai masalah berbeza, dan kadangkala lebih daripada satu masalah.

Ini kerana kereta memang terbina daripada bermacam-macam komponen yang saling berhubung dan bersambung, terutama bahagian roda, stereng dan suspensi. Dalam isu ini, ada beberapa tip yang anda boleh uji sendiri untuk mengesan simptom syimi.

CARA KENAL PASTI MASALAH STERENG GEGAR

  1. Jika stereng bergegar ketika memandu dalam halaju tertentu, mungkin ada kaitan dengan ketidakseimbangan dinamik kenderaan pada tayar, roda atau gandar.
  2. Jika stereng bergegar ketika memandu dalam halaju perlahan, dan semakin teruk apabila semakin laju, mungkin ada kaitan dengan ketidakseimbangan fizikal kereta seperti bahagian tayar botak atau haus (flat spot), rim atau gandar bengkok, atau sesendi (joint) longgar, atau haus.
  3. Jika stereng bergegar ketika membrek, mungkin ada kaitan dengan sistem brek, atau boleh jadi masalah sistem suspensi atau stereng.
  4. Jika stereng bergegar ketika melalui bonggol jalan, biasanya ada kaitan dengan sistem suspensi atau stereng.

TIP PERIKSA MASALAH STERENG GEGAR

Boleh jadi masalah stereng bergetar itu disebabkan kombinasi masalah-masalah di atas. Jadi apa perlu anda buat ialah cuba atasi satu persatu setiap masalah tersebut. Berikut tip yang anda boleh lakukan:

  1. Periksa tekanan angin tayar depan. Isi ikut tekanan angin disarankan.
  2. Periksa kondisi tayar dan perhatikan sekiranya ada bahagian tertentu yang haus, benjol atau tidak rata. Tebal bunga tayar sepatutnya tidak kurang 2mm. Jika tayar ada ciri disebutkan, sila tukar.
  3. Periksa rim, perhatikan sekeliling bingkai rim jika ada sebarang kesan bengkok atau kemek. Jika ada, sila baiki, dan kalau terlalu teruk, tukar baharu.
  4. Jika tiga langkah di atas dalam kondisi baik, buat penjajaran dan imbangan (alignment & balancing, A&B). Jika masih guna tayar lama, jangan lupa silangkan (cross) tayar. Getaran mungkin disebabkan tayar sudah lama tidak A&B.
  5.  Jika stereng gegar ketika membrek, periksa rotor brek (cakera), mungkin sudah bengkok. Tukar baharu.
  6. Periksa mekanikal dan sistem hidraulik brek, pun boleh menyebabkan stereng bergegar.
  7. Periksa komponen pad brek dan kaliper brek. Pastikan berfungsi baik. Kadangkala berpunca daripada masalah brek belakang yang tidak dilepaskan (disengaged) sempurna, sama ada terlupa atau masalah mekanikal.
  8. Periksa komponan suspensi, seperti spring dan absorber, mungkin sudah haus dan longgar. Ini boleh menyebabkan tayar jadi tidak seimbang dan brek kurang cekap, sekali gus buat stereng bergegar. Absorber haus atau bocor dapat dikesan sekiranya kereta berayun melampau selepas melalui bonggol jalan.
  9. Periksa sistem stereng dan suspensi untuk kesan komponen longgar seperti sesendi bebola bawah dan atas (upper & lower ball joints), tie rod end, idler arm, atau sesendal (bushing). Cuba henjutkan absorber pada setiap bahagian roda, dengarkan sebarang bunyi pelik. Tukar absorber atau komponen yang sudah longgar atau haus.

Sebenarnya ada banyak punca lain yang sukar dikesan mengenai masalah stereng bergegar. Tip di atas cuma langkah awal yang boleh anda buat sendiri atau minta mekanik periksa dan minta dia berikan penjelasan.

BACA >>> 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

SUMBER:  Liveabout.com

apa nak buat autotainment Bunga Tayar kereta bergegar Kereta Gegar Masalah Stereng Gegar punca kereta bergegar Stereng Gegar Stereng Shaking Stereng Vibrate TahukahAnda tip kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026

6 Comments

  1. Shahdy on 28/10/2020 17:53

    Kenapa kereta ford Renger saya bila berhenti dalam keadaan menegak tidak dapat bergerak apabila pedal minyak ditekan tiada respon…tapi bila keadaan mendatar boleh je bergerak bila pedal minyak ditekan boleh jalan sprt biasa harap dapat respon dan cadangan atau pandangan….

    Reply
  2. Afiq on 13/09/2021 14:47

    Terbaik lah ada artikel macam ni. 👍🏽

    Reply
  3. Irfan on 14/12/2021 13:11

    Nak tanye kate sye xboleh laju 110 ke atas klu lju lebih 110 stereng bergegar tu ape punce die ye??

    Reply
  4. Murad on 21/12/2021 12:59

    Kereta Subaru Forester saya bila pandu di leburaya melebihi 120km steering akan mula bergetar kuat. 4 tayar baru.

    Reply
  5. Newbie pomen on 09/03/2023 08:16

    110km/j mungkin drive shaft dalam keadaan xelok dah…jarang berlaku pada tayar…kalau tayar tak okay lebih kepada bunyi bising…

    Reply
  6. Terry on 16/03/2023 17:41

    Stereng X70 saya vibrate semasa kereta begerak selepas tukar stereng rack di proton servis center..sudah balencing ,alignments semua ,sudah 2 3 kali buat report tp hampa, jawapan mereka (bawa ok je)😢sebelum tukar stereng rack, pemanduan sangat bagus selesa,.apa perlu saya buat?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.