Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#ApaNakBuat: Kenapa Cermin Tingkap Kuasa Susah Naik-Turun? Periksa 3 Perkara Ini
Auto Terkini

#ApaNakBuat: Kenapa Cermin Tingkap Kuasa Susah Naik-Turun? Periksa 3 Perkara Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/08/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FUNGSI tingkap kuasa (power window) adalah memudahkan penumpang menurunkan dan menaikkan cermin tingkap kereta. Walaupun jarang mengalami masalah, tetapi kebarangkalian rosak tetap ada. Kebiasaannya disebabkan masalah komponen yang sudah haus dan lusuh (wear and tear) kerana sudah lama digunakan, seiring usia kenderaan itu sendiri.

Tingkap kuasa yang rosak biasanya mengalami masalah cermin tidak dapat diturunkan atau dinaikkan, sama ada tersekat di tengah frem tingkap atau kaca tingkap terseret dan operasi tidak lancar.

Jika anda mengalami situasi tersebut, ada beberapa masalah mungkin berlaku yang memerlukan anda membuat pemeriksaan:

1. MASALAH FIUS

Pemeriksaan paling asas ialah fius. Jika sudah diganti, tetapi masih bermasalah, sila periksa bahagian lain. Ada kemungkinan berlaku litar pintas. Fungsi fius adalah memutuskan arus elektrik untuk meminimumkan kesan litar pintas (terbakar). Fius rosak boleh menyebabkan seluruh tingkap kuasa tidak berfungsi.

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Guna Besi Penyandar Kepala Boleh Pecahkan Cermin Kereta?

2. VOLTAN ELEKTRIK DAN SUIS TINGKAP

Jika fius sudah diganti, tetapi tiada tanda beroperasi seperti sedia kala, cuba periksa sistem elektrik tingkap kuasa. Periksa voltan tingkap kuasa.

Sekiranya voltan tidak normal, tetapi voltan bateri bagus. ada kemungkinan suis tingkap kuasa perlu diganti. Kerosakan suis mungkin berlaku akibat litar pintas yang menyebabkan suis tingkap kuasa terbakar.

3. MOTOR ATAU REGULATOR

 

Kalau arus elektrik dan suis dalam kondisi normal, masalah yang berlaku mungkin berpunca daripada motor atau regulator tingkap kuasa. Ada kemungkinan komponen itu memang lemah atau mengalami masalah kehausan.

Motor yang sudah lemah mesti diganti baharu. Regulator pula berfungsi menggerakkan cermin tingkap yang dihubungkan menerusi motor tingkap kuasa.

BACA >>> Suspek Hentak Cermin Guna Parang Ditahan, Turut Disyaki Lakukan Jenayah Samun

Jika regulator bermasalah, cermin tidak dapat diturunkan atau dinaikkan. Gigi regulator yang haus, atau penyambung posisi cermin yang terlepas membuatkan tingkap kuasa tidak dapat dinaikturunkan.

Apapun, jika tidak pasti, lebih elok bertanyakan kepada mekanik yang lebih pakar.

SUMBER: Suzuki.co.id

Auto Terkini cermin berkuasa elektrik Cermin Gelap cermin tingkap TahukahAnda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026

    1 Comment

    1. zcarnine on 29/10/2020 10:16

      Power window kanan , switch OK.motor jalan naik sahaja, turun tak boleh .Buka motor dan try pada wiring power window kiri , motor jalan normal. Kat mana problemnya ?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.