Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Inilah Cara Bersih, Minyakkan Rantai Motosikal yang Betul
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Bersih, Minyakkan Rantai Motosikal yang Betul

WahidBy Wahid01/12/20211 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RANTAI pacu ialah komponen terpenting motosikal kerana kita takkan mampu menunggang tanpa rantai (seperti juga dipanggil syaf atau tali sawat).

Ada banyak faedah pacuan jenis rantai digunakan. Sebabnya, ia lebih murah berbanding syaf; boleh ditukar nisbah gear dengan senang; dan mampu menahan tork enjin kuat. Malangnya, komponen ini juga antara komponen yang sering terabai.

Ada beberapa faedah jika rantai pacuan dijaga baik.

  • Penyaluran kuasa enjin yang efisien ke roda belakang.
  • Menjimatkan penggunaan bahan api.
  • Pergerakan swingarm dan suspensi yang betul.
  • Rantai dan sproket tahan lebih lama.

Namun, ada banyak mitos mengenai penjagaan rantai pacu, terutama bahan harus digunakan untuk mencuci dan meminyakkan rantai. Penggunaan bahan tidak disyorkan hanya akan memendekkan jangka hayat rantai dan sproket.

Justeru, kami mahu berkongsi tip penyelengaraan rantai melalui penulis yang berpengalaman menunggang 36 tahun dengan mencuba pelbagai produk dan cara.

BACA>>> WD-40 Specialist Automotive Chain Lube – Pelincir Khas untuk Rantai Motosikal

Bolehkah Guna Petrol, Minyak Tanah (kerosen), Diesel, Serbuk Cuci Baju untuk Cuci Rantai?

Tiada pengeluar rantai mengesyorkan penggunaan petrol, minyak tanah, diesel atau serbuk pencuci baju untuk mencuci rantai pacu. Ini disebabkan beberapa faktor:

  • Setiap sambungan plat dan roller rantai mengandungi gris. Rantai pacu jenis O-ring, X-ring, dan XW-ring pula menggunakan gegelang getah bagi mengekalkan gris di bahagian dalam. Gris digunakan untuk mengelakkan geseran sesama bahagian rantai. Jadi penggunaan bahan disebutkan itu berisiko menghakis semua gris tersebut.
  • Selain itu, gegelang getah juga boleh rapuh dan akhirnya pecah. Apabila pecah, air dan kotoran seperti pasir dan tanah akan memasuki ruang dalam rantai, sekali gus memendekkan jangka hayat komponen berkenaan.

BACA >>> #TahukahAnda: O-Ring atau X-Ring? Kenali Jenis Rantai Motosikal Anda

  • Getah tayar akan jadi keras dan rapuh jika sering terkena minyak.
  • Cat dan salutan pada bahagian motosikal akan jadi lusuh atau terhakis jika sering terkena petrol dan minyak tanah. Contohnya bahagian penutup enjin, rim, dan swingarm.
  • Bahagian logam yang tidak disalut juga terhakis dan cepat mengalami oksidasi (karat), termasuk roller di tengah rantai.
  • Soket wayar yang dibuat daripada plastik akan jadi rapuh.
  • Gris dalam bering roda belakang akan terhakis dan rosak.

Maksudnya, bukan saja rantai, ada juga bahagian lain akan terkesan. Berdasarkan pengalaman penulis, komponen rantai boleh tahan hingga sekurang-kurangnya 20,000km, tetapi mudah rosak (beralun, gegelang getah pecah, sambungan melekat, panjang terlampau) sebelum sampai 10,000km kerana sering dicuci menggunakan bahan tidak disyorkan.

Apa Harus Kita Pakai?

Sebaiknya, kita harus gunakan pencuci rantai (chain cleaner) yang dirumus khas untuk tujuan tersebut. Namun, ada banyak jenis produk pencuci rantai di pasaran, dan anda harus berhati-hati kerana ada degreaser (pencair minyak) yang menggunakan minyak tanah (kerosen).

Jadi, carilah produk yang dikhaskan untuk mencuci rantai motosikal kerana ada juga pencuci rantai untuk basikal.

Dalam artikel ini, penulis gunakan MOTOREX Chain Clean dan MOTOREX Chain Lube Adventure.

Langkah Bersihkan Rantai

Baiklah, kita mulakan dengan cara membersihkan rantai.

PERINGATAN: JANGAN SESEKALI HIDUPKAN ENJIN DAN MASUKKAN GEAR UNTUK GERAKKAN RANTAI KERANA TANGAN ANDA BOLEH DITARIK RANTAI KE DALAM SPROKET!

  • Barang diperlukan adalah pencuci rantai, minyak rantai, berus rantai, sarung tangan nitril, beg sampah besar, sekeping kadbod atau suratkhabar lama, dan kain buruk.
  • Alaskan beg sampah di lantai supaya sisa cucian tidak menitik.
  • Semburkan pencuci rantai pada luar rantai (atas sproket belakang) dan biarkan meresap ke dalam bahagian rantai.
  • Jika tiada kesan karat atau kotoran degil seperti tanah, lap saja dengan kain buruk.
  • Pencuci rantai MOTOREX sangat berkesan dan akan melonggarkan atau mencairkan kotoran degil. Kadangkala tidak perlu pun memberus.

  • Beruskan rantai jika ada kotoran degil atau kesan karat.

  • Semburkan sekali dengan pencuci rantai.
  • Lap dengan kain buruk.

 

  • Semburkan pencuci rantai pada bahagain dalam rantai (bawah swingarm) dan ulangi proses atas.

  • Beruskan rantai jika ada kotoran degil atau kesan karat.
  • Semburkan sekali dengan pencuci rantai.
  • Lap dengan kain buruk.

Mudah saja. Tidak perlu cuci rantai sekali lagi dengan air. Ada juga produk pencuci rantai yang meminta kita menyemburkan air untuk membuang sisa kotoran, tetapi air boleh meresap ke dalam rantai pula.

Malah, rantai harus dicuci sekali lagi jika anda gunakan petrol, minyak tanah, diesel atau serbuk pencuci untuk menghilangkan sisa lama. Minyak rantai tidak akan melekat sempurna jika ada air atau sisa tersebut.

Langkah Meminyakkan Rantai

Sekarang tiba masa meminyakkan rantai. Kenapakah kita tidak guna minyak hitam (minyak enjin) saja? Ini kerana minyak hitam tidak cukup likat untuk kekal lama pada rantai selaim boleh terpercik. Nanti habis kotor rim belakang, fairing badan dan dalaman motosikal, termasuk seluar dan baju. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kotoran seperti habuk dan pasir melekat pada rantai.

Gris pula likat dan melekat, tetapi tidak dapat sampai ke celahan rantai seperti bawah roller yang turut menyebabkan habuk dan pasir melekat. Penyelesaiannya, guna minyak rantai (chain lube) yang dikhaskan.

  • Kerja meminyakkan rantai sebaiknya dilakukan ketika rantai masih panas, iaitu selepas menunggang. Ini kerana chain lube akan jadi lebih cair disebabkan haba dan dapat mengalir ke bahagian rantai lebih mudah.
  • Semburkan minyak rantai pada bahagian dalam rantai, iaitu bahagian yang berada bawah swingarm, kerana daya emparan (goncangan) akan menyebarkan minyak ke luar rantai apabila motosikal bergerak. Sebaliknya, jika sembur bahagian atas atau luar sproket belakang, minyak rantai akan tersebar keluar dan tidak sampai ke bahagian dalam.

  • Namun, kita boleh sembur pada bahagian atas rantai jika ada kesan karat, tetapi jangan lupa semburkan bahagian dalam tadi.
  • Pastikan semburan memasuki semua bahagian rantai seperti antara plat tepi dan roller.

  • Lap perlahan-lahan dengan kain buruk. Jangan biarkan minyak rantai bertompok atas rantai.

  • Biarkan sekurang-kurangnya 20 minit sebelum menunggang.

Nota dan Penutup

Ada beberapa nota yang penulis hendak kongsikan sebelum mengakhiri artikel ini.

  • Rantai yang ditunjukkan dalam artikel ini ialah rantai yang sudah lama dipakai dan sudah mencecah lebih kurang 17,000km. Jadi tidak nampak berkilat seperti rantai baharu walaupun sudah dibersihkan.
  • Pencuci rantai memang lebih mahal daripada petrol, minyak tanah dan diesel, tetapi harga rantai tetap lebih mahal. Kita mahu rantai tahan lebih lama kerana tidak mahu membazirkan wang untuk menukar rantai baharu dan sproket sebelum sampai masa.
  • Setin MOTOREX Chain Clean 500ml berharga lebih kurang RM40 dan boleh tahan hingga tiga kali cucian (mengikut kondisi rantai).
  • Penulis memiliki jenama pencuci rantai dan minyak rantai tersebut berdasarkan pengalaman sendiri yang sudah pernah mencuba banyak jenama dan produk lain. Ini bukan artikel iklan dan kami tidak menerima sebarang ‘pemanis’ untuk mempromosikan produk tersebut.
  • Sekali lagi penulis sarankan penggunaan produk betul untuk kegunaan yang betul. Ini sama juga seperti menggunakan spanar untuk membuka nat dan bukan tukul. Apapun, terpulanglah kepada anda sama ada hendak ikut atau sebaliknya.
  • Kerja menjaga rantai tidaklah rumit dan segalanya boleh disiapkan dalam masa kurang 20 minit.

BACA >>> #TahukahAnda: Apa Jadi Kalau Malas Cuci Motor Selepas Hujan
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan Rantai dan Sproket Motosikal Masih OK atau KO?

apa nak buat Cara Bersihkan Rantai Motosikal rantai motosikal Rantai Pacu tip motosikal
Wahid

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
E&O Express
Autotainment

#TahukahAnda: Malaysia Ada Perkhidmatan Kereta Api Mewah Ala Eropah?

20/01/2026

1 Comment

  1. Nurikhwan on 02/12/2021 23:51

    Saya gunakan minyak masak(yg masih baru) until mencuci rantai motosikal. Cukup sekadar gunakan minyak masak dan berus gigi untuk hilang kan kotoran dan minyak lama. Selepas itu basuh dengan air. Lap kan rantai sehingga kering..lepas tu titik kan minyak rantai yang baru sekitar o ring..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.