• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / WD-40 Specialist Automotive Chain Lube - Pelincir Khas untuk Rantai Motosikal

WD-40 Specialist Automotive Chain Lube - Pelincir Khas untuk Rantai Motosikal

February 25, 2018 By Aryon Leave a Comment

6.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA ramai pemilik motosikal menggunakan produk WD-40 untuk melincirkan rantai motor. Tindakan itu salah jika produk WD-40 yang digunakan itu daripada jenis 'Multi-Use Product' (tin warna biru). Fungsi sebenar penyembur jenis itu lebih kepada pelincir sementara ataupun penanggal kotoran.

WD-40 Multi-Use Product boleh digunakan untuk mencuci kotoran seperti menggilap rim dan lampu, mencuci rantai, menyental daki pada badan kereta dan melonggarkan nat atau skru yang ketat. Jika mahu melincirkan rantai, anda kena gunakan produk WD-40 Specialist Automotive Chain Lube. Produk ini memang bagus.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Senggara Rantai Motosikal yang Perlu Anda Ikut

APA YANG BAGUS?

WD-40 Specialist Automotive Chain Lube bukan saja melincirkan rantai motosikal, tetapi juga melindungi komponen utama itu daripada masalah kakisan, dan tahan cuaca serta boleh digunakan semua jenis motosikal.

Sesetengah pelincir rantai biasa perlu diulang sembur selepas beberapa kali menunggang. Tetapi WD-40 Specialist Automotive Chain Lube mampu bertahan lebih lama. Kalau kena caranya, satu tin 360ml boleh digunakan hingga enam bulan. Lainlah kalau tuan punya motor buang tabiat pergi sembur tiap-tiap hari.

 

Harga pasaran dalam RM34-RM38 atau lebih mahal dan boleh dibeli di mana-mana kedai alat ganti motosikal, ataupun beli saja di talian seperti Lazada untuk sesiapa yang malas mencari. Walaupun dua kali ganda lebih mahal daripada WD-40 biasa, tetapi masih tetap berbaloi jika dibahagikan pula dengan tempoh penggunaan selama enam bulan.

Artikel ini tidak ditaja. Harap maklum.

  • Produk - WD-40 Specialist Automotive Chain Lube
  • Harga - RM34-RM38 (ikut kedai)
  • Kualiti - 5/5
  • Nilai - 4/5

Artikel Berkaitan

6.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, pelincir, pelincir rantai motosikal, roda2, WD-40, WD-40 Multi-Use Product, WD-40 Specialist Automotive Chain Lube

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Polis Tahan Dua Pekerja Bengkel Dipercayai Terlibat Kes Samun Bersenjata
    Polis Tahan Dua Pekerja Bengkel Dipercayai Terlibat Kes Samun Bersenjata
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
  • Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan
    Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my