• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan Rantai dan Sproket Motosikal Masih OK atau KO?

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan Rantai dan Sproket Motosikal Masih OK atau KO?

August 1, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK sama motosikal transmisi automatik seperti skuter, motosikal jenis kapcai atau sportbike masih menggunakan komponen rantai yang digerakkan set sproket sebagai sistem pacuan utama. Dua komponen tersebut sangat penting dan mesti diselenggaran rapi supaya kondisi kekal baik.

Sproket dan rantai adalah komponen yang berperanan menyalurkan tenaga dari enjin ke roda. Jadi, ada risiko prestasi motosikal anda merosot seiring dengan usia dan kondisi penggunaan dua komponen berkenaan.

Sebelum prestasi berubah semakin teruk, anda sebagai pemilik motosikal perlu tahu masa yang tepat untuk menukar dua komponen utama itu. Jangan pula tunggu sampai rantai tertanggal atas jalan dan sproket pula sudah tidak bergigi lagi.

BACA >>> Fakta atau Auta: Biar Betul Pergi Kerja Naik Motor Boleh Jimat Sampai RM10k Setahun?

SIMPTOM DAN TIP SERVIS RANTAI DAN SPROKET

sproket-kotor
minyakkan-rantai-motosikal
  • Simptom awal yang dapat dikesan adalah bunyi kasar ketika menunggang yang datang dari bahagian sproket.
  • Bagi menghilangkan bunyi tersebut, anda perlu letakkan pelincir khas (ramai juga guna minyak enjin terpakai, tetapi tidak disarankan).
  • Setkan semula ketegangan rantai.
  • Selepas buat semua langkah di atas, bunyi rantai biasanya tidak lagi kedengaran. Maksudnya, komponen masih dalam kondisi baik dan tidak perlu diganti.
  • Jika masih lagi berbunyi kasar, itu tanda berlaku kehausan sama ada pada rantai atau sproket.
Rantai sproket kendur dan tidak boleh ditegangkan lagi menunjukkan ia perlu diganti baharu.
  • Jika tayar belakang sudah ditarik maksimum dan rantai masih terlalu kendur, itu tanda anda perlu menukar rantai baharu.
  • Jika hujung gigi sproket sudah tajam atau runcing (gambar bawah), pun perlu ditukar baharu.
sproket-haus-2
sproket-haus

Mahu cuci rantai sendiri cara DIY? Apa kata rujuk pautan di bawah ini:
#ApaNakBuat: 7 Tip Senggara Rantai Motosikal yang Perlu Anda Ikut

BILAKAH PERLU GANTI?

Selalunya sproket dan rantai motosikal perlu diganti apabila perbatuan mencecah kira-kira 25,000km. Tetapi ingat, ia bergantung kepada cara tunggangan. Tempoh penukaran mungkin lebih awal jika tunggangan anda banyak terdedah kepada persekitaran yang sangat berdebu, kotor, dan basah.

Janganlah menangguh menukar dua komponen itu jika sudah tiba masa. Rantai yang terlalu kendur berisiko putus atau tertanggal dari sproket, begitu juga sproket yang sudah haus. Malah, boleh menyebabkan kemalangan.

Jika mahu menukar sproket dan rantai, seeloknya tukarkan kedua-dua sekali dan jangan berasingan supaya prestasi sistem pacuan motosikal anda kekap optimum dan tip top!

BACA >>> #SembangDeras: Takkan Motor Tak Ada Penutup Rantai Pun Kena Saman?

SUMBER: Suzuki.co.id

Artikel Berkaitan

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: apa nak buat, apanakbuat, DIY, jenis rantai, rantai motosikal, Simptom Rantai Motosikal Haus, Simptom Sproket Haus, sproket, tip jaga rantai motosikal, tip motosikal

Comments

  1. Alif says

    March 2, 2020 at 11:28 PM

    Moto saya bila bawak dia ada bunyi seperti bergeser sudah pergi ke kedai masih lagi berbunyi mcm mana nk selesai saya pon tk tau

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my