Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?
Autotainment

#ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?

Han OthmanBy Han Othman13/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BATERI kenderaan biasanya tersimpan di bawah bonet, bawah kerusi belakang atau di sebalik but, dan beberapa lokasi lain. Bateri lori misalnya terletak di luar secara terbuka.

Bateri kenderaan memang akan mengalami susut kuasa selepas kerap digunakan untuk menghidupkan enjin, mengaktifkan segala perkakasan elektronik kenderaan, menyalakan lampu dan pelbagai sistem lain lagi. Bagaimanapun, bateri kenderaan juga sentiasa dicas secara tetap ketika memandu dengan menggunakan komponen dinamakan alternator.

BACA >>> #ApaNakBuat: Senggara Bateri Kereta Cara DIY

Jadi proses yang kerap diulangi bateri kenderaan setiap kali kita memandu dan tidak memandu ialah tercas dan nyahcas. Sama seperti semua bateri lain, keupayaan bateri kenderaan akhirnya akan mengalami degradasi apabila ia akhirnya jadi semakin lemah dan perlu diganti baharu.

BERAPA KERAP DAN BILAKAH PERLU TUKAR BATERI?

Jangka hayat bateri kenderaan sepatutnya berakhir selepas beberapa tahun digunakan. Bateri kereta misalnya, banyak pengeluar masa kini sudah sedia menawarkan waranti hingga sekurang-kurangnya setahun setengah, malah ada hingga 2 tahun.

Sebagai pemilik kenderaan, terutama kereta, selepas setahun digunakan, anda disarankan memeriksa kesihatan bateri sama ada perlu dicas semula ataupun ditukar baharu. Jika kuasa bateri masih pada tahap 60 peratus, ada baiknya ia dicas. Bukan cas secara alami ketika memandu seperti yang ramai salah faham, tetapi menggunakan alat pengecas (charger) khas.

Sebaliknya anda disarankan menukar bateri baharu apabila kuasa bateri sudah merosot kepada 40 peratus dan ke bawah. Jangan tunggu hingga bateri terpadam atau kong tiba-tiba.

MACAM MANA TAHU BATERI SIHAT ATAU TIDAK?

Bagaimanakah hendak mengetahui kuasa bateri? Ada 3 cara boleh dilakukan dan anda boleh memilih salah satu daripadanya, iaitu:

  • Perhatikan tetingkap indikator (lihat foto atas, cari bateri yang ada tetingkap ini)
  • Guna multimeter
  • Hantar ke kedai bateri, minta mekanik periksa

Jika anda mahu beli multimeter, seeloknya jenis digital supaya mudah dibaca. Paling mudah, pergi ke kedai bateri dan minta mekanik periksa. Jangan lupa tanyakan berapa baki peratus kuasa bateri dan minta dia tunjukkan.

BACA >>> 5 Perkara Penting Tentang Bateri Kereta yang Perlu Anda Tahu

Sesetengah bateri jenis sel kering ada tetingkap kecil sebagai indikator kesihatan bateri, tetapi, bacaan menggunakan multimeter lebih tepat.

TIP: Mengecas semula bateri ketika kuasa bateri masih berstatus sihat (lebih kurang 60 peratus) dapat memanjangkan jangka hayat bateri lebih lama. Tidak perlu biar sampai bateri terus kong.

APA JADI JIKA TAK PEDULI KESIHATAN BATERI?


Memandu dalam keadaan bateri lemah boleh menyebabkan sakit kepala. Ini serius! Bukan saja kita bakal berdepan situasi enjin tidak dapat dihidupkan (terutama ketika sejuk), tetapi turut mendedahkan diri kepada masalah sampingan lain yang sangat menyakitkan hati. Misalnya, kereta tetiba terkandas di tengah jalan raya sesak, atau kereta tersadai di kaki lima ketika mahu balik ke pejabat selepas keluar makan tengah hari atau pergi bank.

JADI, APA PERLU BUAT?

Jika mahu mengelak bateri kong tiba-tiba, anda sebenarnya boleh ikut tip yang pernah kami kongsi dalam artikel terdahulu (BACA sekarang!). Tetapi apa paling penting ialah mengetahui tahap kesihatan bateri, termasuk mengenal pasti simptom awal bateri sudah melemah.

Sebenarnya, kereta moden hari ini sudah mampu memberikan isyarat awal yang menunjukkan bateri kereta sudah lemah. Antaranya:

  • Sistem penggera jadi tidak menentu seperti berbunyi tiba-tiba
  • Keluar pelbagai mesej amaran secara rawak
  • Radio bermasalah seperti hilang signal atau tetapan frekuensi perlu diset semula
  • Jam perlu kerap diset semula atau tidak lagi menunjukkan waktu yang tepat
  • Lampu kereta jadi malap dan terkedip-kedip

TIP: Anda sebenarnya boleh beli pengecas bateri di kedai alat ganti dan boleh mengecas sendiri bateri kereta di rumah secara DIY. Lebih jimat. 

Jadi, selamat menjaga kesihatan bateri!

apa nak buat autotainment Bateri Bateri Kenderaan bateri kereta Cas Bateri Kereta Multimeter Periksa Bateri Kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Trivia Arsenal dan automotif
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

20/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Foto acah Honda City facelift
Auto Terkini

Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

By Syafie20/05/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.