Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Apakah Langkah Keselamatan Perlu Pemilik Bengkel, Mekanik Patuh?
Autotainment

#ApaNakBuat: Apakah Langkah Keselamatan Perlu Pemilik Bengkel, Mekanik Patuh?

TalibBy Talib01/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMAHIRAN menyenggara atau membaik pulih kenderaan boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan dan mampu memberikan peluang kerjaya lumayan. Asalkan ada usaha, kerajinan dan ada inisiatif mahu lebih maju , pasti cita-cita mampu dicapai.

Kerja-kerja di bengkel sangat mengambil berat aspek keselamatan. Peraturan atau ‘undang-undang’ tegas perlu ditetapkan dan dikuatkuasakan pemilik bengkel, serta dipatuhi semua pekerja sepanjang masa.

Langkah-langkah keselamatan diperlukan bagi memastikan keselamatan pekerja, pelanggan dan kenderaan yang dibaik pulih. Artikel ini akan menghuraikan serba sedikit langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan mekanik di bengkel.

BACA >>> Nak Servis Kereta? Jom Singgah 7 Cawangan PETRONAS Auto Expert Ini!

1. AMALAN DAN PERSEKITARAN BENGKEL

Apakah amalan dan persekitaran terbaik yang perlu dilakukan mekanik dan sesiapa saja yang berada dalam ruang kerja baik pulih kenderaan?

  • Jangan merokok di dalam atau berhampiran kawasan kerja. Kereta sangat mudah terbakar kerana tersimpan bahan api. Jika di stesen minyak, api pun boleh menyambar jika bermain telefon pintar ketika mengisi minyak. Inikan pula ada bahan pencetus api seperti rokok berdekatan kereta yang sedang dibaiki.
  • Pastikan kawasan kerja sentiasa bersih dan teratur. Simpan semula perkakasan selepas digunakan. Masukkan dalam kabinet atau rak disediakan, risau pula hilang terus dipinjam kawan Kebanyakan pusat servis menyediakan mekanik dengan alatan dan perkakasan, termasuk kabinet sendiri bagi menjimatkan masa baik pulih.
  • Pastikan laluan jalan bersih dan tidak dihalang sebarang objek atau perkakasan.
  • Komponen atau alat ganti yang ditanggalkan daripada kenderaan perlu diletakkan di kawasan khas supaya tidak menghalang pergerakan. Letakkan  di satu tempat supaya mudah hendak dipasangkan semula. Jika tidak, ada saja skru yang berubah bentuk daripada asal.
  • Pakaian untuk juruteknik seharusnya tidak longgar, tidak koyak dan bersih. Pemilik bengkel kenderaan seharusnya menyediakan pakaian seragam kepada mekanik. Pakaian itu perlu tahan lasak dan mudah dibersihkan. Apron juga perlu diberikan jika juruteknik perlu menukar komponen atau alat ganti kotor seperti enjin. Melaburlah untuk memastikan pekerja memakai pakaian yang sesuai. Sesetengah bengkel, pakaian mekaniknya sudah sedia kotor. Ini tidak baik untuk kesihatan mekanik dan mengurangkan tahap keyakinan pelanggan kepada bengkel tersebut.

2. ALATAN KESELAMATAN DAN KEADAAN MESIN BENGKEL

Berhati-hati di bawah kenderaan

Apakah pula alatan keselamatan yang digunakan mekanik?

  • Berdasarkan undang-undang keselamatan pekerja, peralatan keselamatan seperti gogal, sarung tangan dan plag telinga perlu dipakai mengikut jenis penyelenggaraan.
  • Topi keselamatan perlu dipakai untuk  mengelakkan objek keras menimpa kepala. Ini kelengkapan wajib disediakan pemilik bengkel. Namun, sesetengah pemilik bengkel cuma bayar separuh. Ada lagi teruk, mekanik yang kena beli sendiri. Ya, pemilik bengkel kena melabur untuk menyediakan kelengkapan keselamatan buat mekanik dan pekerja.
  • Salah lagi kelengkapan wajib ada di bengkel ialah pemadam api. Pemadam api perlu ditempatkan di lokasi mudah capai dan paling hampir di kawasan berisiko tinggi mengalami kebakaran. Pemadam api juga perlu sentiasa diselenggara dan ditukar apabila tamat tempoh. Pastikan beli jenis pemadam api yang sesuai dengan situasi dalam bengkel yang terdedahkan kepada persekitaran gas, petrol, minyak, arus elektrik dan lain-lain.
  • Pastikan ada laluan dan pelan pengosongan bangunan di sediakan bagi memastikan semua pekerja dan pelanggan dapat diselamatkan jika berlaku kebakaran.
  • Kebanyakan bengkel kenderaan hari ini menggunakan mesin angkut untuk menaikkan kereta. Pastikan mesin angkut diservis dan dikunci sebaiknya ketika kereta dijek ke atas sebelum mekanik masuk ke bawah kenderaan. Ingat, memang pernah berlaku insiden di bengkel apabila mesin angkut gagal beroperasi baik hingga mencederakan mekanik dan merosakkan kereta.
  • Pastikan mesin angkut dalam keadaan baik. Pemilik bengkel mesti memastikan mesin angkut diservis dan dipantau secara berkala.

3. MENGENDALIKAN PERALATAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Bagaimanakah cara mengendalikan peralatan dan kelengkapan elektrik di bengkel?

  • Kunci kenderaan harus dialihkan daripada suis kunci. Jangan biarkan kunci pada suis kunci supaya tiada arus elektrik mengalir.
  • Jika perlu cabut fius atau sambungan wayar, pastikan kunci bukan dalam posisi ‘ON’. Situasi ini boleh menyebabkan risiko litar pintas yang boleh merosakkan perkakasan elektronik kenderaan dan wayar.
  • Kabel bateri perlu ditanggalkan jika mekanik membaik pulih sistem elektrik atau menyelenggara bahagian berhampiran wayar elektrik.
  • Walaupun enjin kereta dimatikan, arus masih boleh mengalir dalam wayar. Pastikan kabel bateri dicabut. Ini amalan keselamatan yang baik untuk mengelak tercetus masalah litar pintas.

4. AWASI KEADAAN KENDERAAN

  • Sebelum memulakan kerja, berjaga-jaga dengan suhu kenderaan. Kepanasan enjin, ekzos dan radiator boleh menyebabkan kulit melecur.
  • Tekanan dalam radiator juga masih tinggi jika enjin masih panas. Mekanik perlu bekerja mengikut aturan dan tertib supaya sesuatu kerja baik pulih tidak dilakukan ketika suhu komponen atau alat ganti masih sangat panas.
  • Jika enjin bergerak, pastikan tiada peralatan, atau objek lain termasuk tangan sendiri di kawasan enjin tersebut. Pergerakan enjin dan tali sawat boleh menyebabkan kecederaan ke atas mekanik dan kereta tersebut. Bayangkan skru hilang dan masuk dalam enjin, memang boleh menyebabkan kerosakan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?

KESIMPULAN

Itulah serba sikit langkah-langkah keselamatan perlu diambil berat mekanik ketika melakukan kerja-kerja menyenggaran dan baik pulih kenderaan.

Pemilik bengkel perlu faham mengenai tanggungjawab menyediakan kelengkapan keselamatan kerana pelaburan ini dapat menjamin keselamatan pekerja, bengkel dan diri sendiri.

Selain itu, tambahan aspek keselamatan pelanggan juga perlu disediakan seperti ruang menunggu selesa dan selamat, termasuk ruang parkir kenderaan supaya pelanggan rasa yakin menghantar kereta mereka diservis ke bengkel anda.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Bahang Matahari Boleh Buat Kereta Rosak?

Mengenai aspek keselamatan pelanggan sebagai informasi tambahan. Pelanggan perlu ada ruangan parkir kenderaan apabila tiba di bengkel. Laluan antara parkir kenderaan dan bengkel seharusnya kemas dan mudah diakses pelanggan. Kebiasaannya, kemudahan seperti ini disediakan pusat servis pengeluar.

Bagi bengkel persendirian, pemilik bengkel juga perlu berusaha menyediakan laluan dan kemudahan bagi mengelakkan pelanggan melalui kawasan kerja. Kebanyakan bengkel sudah penyediakan ruang menunggu yang baik, tetapi lebih baik jika pelanggan tidak perlu melalui laluan dan ruang kerja .

Ada bengkel menyediakan ruang menunggu dan meletakkan notis supaya pelanggan tidak masuk ke ruang kerja. Namun, notis ini tidak diendahkan sesetengah pelanggan. Sebagai pelanggan, anda harus faham ruang kerja dibengkel ialah kawasan berbahaya dan kita tidak dilindungi jika berlaku kemalangan.

apa nak buat autotainment bengkel Langkah Keselamatan di Bengkel Mekanik Pemilik Bengkel Tip Keselamatan Bengkel
Talib

    Artikel Berkaitan

    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Helmet | Pelekat SIRIM
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

    22/04/2026
    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026
    Tersalah tekan pedal minyak
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.