Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#ApaNakBuat: 7 Aksesori Perlu Ada dalam Kereta Sebelum Balik Kampung Beraya
Auto Terkini

#ApaNakBuat: 7 Aksesori Perlu Ada dalam Kereta Sebelum Balik Kampung Beraya

FarahBy Farah28/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI beberapa hari umat Islam bakal menyambut Aidilfitri dan pasti ramai sudah membuat persiapan pulang ke kampung halaman selepas dua tahun tidak dapat pulang beraya akibat sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sudah jadi kebiasaan, apabila memandu jauh ada beberapa aksesori yang diperlukan dalam kereta supaya pemanduan jadi lebih selesa buat pemandu dan penumpang sepanjang perjalanan. Selain itu, aksesori yang dibawa juga boleh membuatkan kereta nampak sedap mata memandang dan berbeza berbanding model sama.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Perkara Anda Perlu Buat Sebelum Balik Raya ke Kampung
BACA >>> #ApaNakBuat: 20 Tip Pantas Balik Kampung Beraya

Berikut aksesori yang perlu anda miliki sebelum pulang beraya.

1. Alat Pemadam Api

Pernah dengar kereta terbakar tiba-tiba? Inilah sebabnya anda perlukan pemadam api. Kebakaran berisiko terjadi akibat kebocoran bahan api, kegagalan sistem elektrik, enjin mengalami panas lampau dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan untuk membantu pengguna lain ketika kecemasan.

2. Pelindung Cermin Tingkap

Cuaca Malaysia memang kerap panas. Jadi pelindung cermin sangat berguna untuk menghalang sinaran UV menembus masuk kabin kereta, sekali gus membuatkan penumpang di dalam lebih sejuk dan selesa sepanjang perjalanan. Anak pun boleh tidur lebih lama dan nyenyak dalam kereta.

3. Pemegang Telefon Bimbit Boleh Putar

Kepada yang tiada pemegang telefon bimbit dalam kereta, pergi beli cepat! Ini kerana kita memang sangat memerlukan telefon bimbit untuk menggunakan aplikasi navigasi, dan aplikasi penting lain. Ia lebih memudahkan kita meletakkan telefon dengan kemas berbanding meletakkan merata-rata dalam konsol gear dan papan pemuka.

4. Cermin Mata Kualiti Tinggi

Cermin mata sangat berguna supaya tidak terkena silauan cahaya matahari, terutama jika memandu ketika matahari naik atau terbenam, dan panas terik. Namun lebih bagus jika anda memiliki cermin mata yang boleh dipakai ketika waktu hujan lebat untuk memudahkan penglihatan memandu.

5. Bantal

Bantal bukan saja diperlukan ketika kita berhenti untuk berehat atau tidur sekejap, tetapi juga penting untuk penumpang dalam kereta. Barulah masing-masing tidak meragam.

6. Vakum Mudah Alih

Kalau sudah duduk berjam lama, memang  tidak sahlah kalau dalam kereta jadi kotor dan comot. Jadi, belilah vakum mudah alih kompak dan ringan yang dikhaskan untuk kereta. Dengan hanya menyambungkan palam pada soket 12V, anda kini boleh membersihkan segala macam habuk, serbuk dan sisa makanan yang bersepah atas karpet, kerusi dan sebagainya.

7. Kamera Pemuka (Dashcam)

Melihat banyak video kemalangan dikongsi di media sosial, mungkin anda perlu mengambil kira memasang dashcam untuk merakamkan sebarang insiden tidak diingini selain dijadikan bahan bukti apabila diperlukan.

Ada banyak jenis dashcam ditawarkan dalam pelbagai harga mengikut bajet masing-masing. Apapun, pilihlah gajet yang berkualiti supaya mudah merekodkan nombor plat kereta yang melanggar anda.

BACA>>> Saga Laju Langgar Lampu Isyarat, Netizen Simpati Avanza Tak Dapat Pulang Raya
BACA>>>  Isteri ‘Histeria’ Tengok Dua Kemalangan Depan Mata, Suami Kekal Tenang

Akseso Perlu Ada dalam Kereta aksesori aksesori kereta apa nak buat Dashcam Kereta tahukah anda Tip Balik Raya
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.