Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Adakah Ini Moped Terbaharu OTTIMO? Bakal Lancar Bulan Depan, Harga Bawah RM4k?
Roda2

Adakah Ini Moped Terbaharu OTTIMO? Bakal Lancar Bulan Depan, Harga Bawah RM4k?

Abang GYLBy Abang GYL16/11/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI berita yang baru kami terima! Dunia permotoran dua roda di Malaysia bakal dimeriahkan dengan satu lagi jenama baharu yang dikenali sebagai OTTIMO. Khabar ini dikuatkan lagi dengan dua foto yang dikirimkan kepada kami.

Menurut maklumat diterima, OTTIMO ialah syarikat tempatan yang berpangkalan di negeri utara Semenanjung, Kedah. Lebih menarik, jenama itu bakal memperkenalkan moped pertama pada penghujung Disember ini. Moped berkenaan bakal dipadankan dengan enjin bersesaran 110cc dan turut menerima piawaian Euro 3. Untuk janaan kuasa dan tork masih belum didedahkan.

BUKAN DEMAK!

Ramai yang kata OTTIMO mungkin mengambil alih jenama Demak, tetapi apa yang boleh kami maklumkan, OTTIMO bukan pengganti jenama tersebut. Walaupun maklumat yang kami terima agak terhad, tetapi kami turut dimaklumkan moped itu sudah bersedia menerjah pasaran tempatan.

Berdasarkan foto diberikan, rekaan lampu depan tampak menyerupai Honda RS150R, manakala logo pula seakan jenama TATA Motor. Nampak macam samakan, tetapi sebenarnya bukan 🙂

Buat masa ini, kami rasa rekaan moped ini agak menarik dan mungkin bakal jadi salah satu model terlaris di pasaran sekiranya servis selepas jualan dapat dijaga baik tanpa mengabaikan kualiti pembuatan.

BACA >>> Moped Modenas Siap Sedia Lawan Yamaha Y15ZR, Honda RS150R?

HARGA BAWAH RM4,000?

Dari segi harga, kami dimaklumkan moped berkapasiti 110cc ini akan dijual bawah RM4,000. Jika ya, sudah pasti ia berita gembira buat peminat  dua roda Malaysia. Lebih menarik, OTTIMO juga merancang membangunkan super moped paling berkuasa di dunia dan Malaysia. Super moped itu khabarnya memiliki DNA Ducati V4 yang bakal dipadankan enjin bersesaran lebih daripada 185cc yang kini ditawarkan pada SYM VF3i. WOW!!!

Jika ya, satu lagi berita menarik. Rasa tidak sabar pula kami mahu tengok jenama ini di Malaysia. Aapapun, kami akan cuba sampaikan maklumat terkini mengenai model ini jika ada menerima sebarang maklumat tambahan. Jika ada, jangan malu dan segan hantarkan e-mel ke editorpandulaju@gmail.com.

Haa, tepuk!!!!

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

Moped OTTIMO
Moped OTTIMO
harga moped ottimo harga motor ottimo Moped OTTIMO motor ottimo ottimo
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026

    2 Comments

    1. Belang Tarung on 16/11/2018 14:43

      “Super moped itu khabarnya memiliki DNA Ducati V4 yang bakal dipadankan enjin bersesaran lebih daripada 185cc yang kini ditawarkan pada SYM VF3i”

      fuhhh..dah lama tggu ducati keluarkan kapcai…bau bau bacang ducati pun xpela..

      Reply
      • LightRider on 17/11/2018 15:29

        bro… modenas yg masih buat enjin 150/185 tu pun tak settle lagi, dah 5 tahun. Ni kan pulak apa? DNA Ducati V4? apa diorang nak beli enjin Ducati V4 ke untuk buat research uish…. banyak duit utk company yang baru buka. Tak logik dari segi strategi marketing, investment dan company life.

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.