Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Apa Kata Orang Penting Ini Tentang Hafizh ke Angel Nieto Team?
Auto Terkini

Apa Kata Orang Penting Ini Tentang Hafizh ke Angel Nieto Team?

AryonBy Aryon08/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA negara, Hafizh Syahrin akan kembali menghangatkan Kejuaraan Dunia Moto2 2020 dan kali ini beliau akan mewakili pasukan baharu, Angel Nieto Team. Dua musim dalam kelas premier MotoGP pasti memberikan pengalaman cukup berharga buat pelumba itu yang pasti akan digunakan beliau sebaik mungkin untuk mencabar kejuaraan kelas pertengahan itu.

Hafizh mula menyertai kejuaraan MotoGP bermula 2014 dan sejak itu menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila tersenarai dalam kelompok 10 pelumba terbaik Moto2 pada 2016 dan 2017, termasuk beberapa kali meraih podium. Pada 2011, dia pernah menjadi pelumba wild card untuk bersaing dalam kelas MotoGP.

Hafizh, 25, akan menyertai rakan pasukan dari Sepanyol, Aron Canet yang direkrut ke Moto2 dari kelas Moto3. Lebih menarik, Canet, 20, kini sedang berentap merebut takhta kejuaraan Moto3

Selamat datang, @Hafizh_pescao55!!

Welcome to the #AngelNietoTeam, Hafizh!

📰🇬🇧 | https://t.co/uOK1NwPdoP pic.twitter.com/90enTeBlDQ

— Angel Nieto Team MotoGP (@AngelNietoTeam) October 8, 2019

Apa pula komen beberapa individu penting tentang kemasukan Hafizh bersama Angel Nieto Team?

Saya mengalu-alukan Hafizh Syahrin bersama pasukan kami. Ini berita baik buat kami untuk menandatangani seorang pelumba berpengalaman dalam cabaran baharu Moto2. Kami merancang langkah besar ke depan pada 2020, kami meningkatkan aras dan saya tahu Hafizh dan rakan pasukannya nanti, Aron Canet akan bantu kami mencapainya. Hafizh ialah pelumba yang sudah ada beberapa tahun pengalaman dalam kategori ini, dan kami yakin kemampuannya untuk mencapai sesuatu yang besar. “

– JORGE MARTINEZ ‘ASPAR’, Pemilik Pasukan

Kami sangat gembira menyokong Hafizh untuk musim 2020 dalam Moto2 dengan Angel Nieto Team. Kami yakin Hafizh dapat beri cabaran serius untuk kejuaraan itu tahun depan. Hafizh ialah ikon negara, mentor dan inspirasi anak muda Malaysia, sangat bagus beliau meneruskan usahanya dan mungkin kembali ke MotoGP pada 2021. Hafizh pelumba berkredibel dan kompetitif, serta kehadirannya dalam kejuaraan dunia akan memastikan kejayaan berterusan pelumba-pelumba Asia.”

– DATUK RAZLAN RAZALI, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 

Hafizh atlet Malaysia berbakat dan Kementerian menyokong penuh keputusaan beliau untuk meneruskan penyertaan perlumbaan antarabangsa dalam kategori Moto2. Pengalaman dan pencapaian sebelum ini akan beri kelebihan untuk bersaing dengan pelumba lain, serta akan jadikan beliau pesaing serius untuk mencabar lebih banyak podium tahun depan. Saya doakan terbaik untuk beliau, dan tidak sabar untuk dengar lagu ‘Negaraku’ dimainkan.”

– SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN, Menteri Belia dan Sukan 

Apa pula kata HAFIZH SYAHRIN sendiri?

Saya rasa bersama Angel Nieto Team kami dapat buat kerja yang bagus musim depan. Moto2 bukan kategori baharu buat saya kerana pernah habiskan beberapa tahun di sana, tapi sekarang saya akan ada casis berbeza, enjin berbeza dengan lebih kuasa dan tayar berbeza. Saya pernah berlumba menentang majoriti pelumba dalam kelas ini dan saya rasa dapat masuk campur di depan. Saya akan berikan yang terbaik untuk jadi lima pelumba teratas, saya percaya dengan pasukan ini kerana pernah bekerja dengan beberapa orang di dalamnya, dan saya fikir kami boleh buat kerja yang bagus.”

SUMBER: AngelNietoTeam.com

Angel Nieto Team Aron Canet Auto Terkini Bo55ku Datuk Razlan Razali Hafizh Syahrin Kejuaraan Dunia Moto2 Moto2 moto2 2019 MotoGP pescao Pescao55 roda2 sukan permotoran Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lepas L6 Masuk UK, Bila Giliran Malaysia?

    17/04/2026
    Auto Terkini

    Syarat MITI Terhadap BYD Cetus Kebimbangan, Pelaburan Di Perak Terjejas?

    17/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Pakar: Harga Bahan Api Naik Mampu Percepat Peralihan EV

    17/04/2026
    Auto Terkini

    JPJ Tawar Nombor Pendaftaran ‘P-P’ Sempena Ulang Tahun ke-80!

    17/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.