Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Apa Jadi Covid-19 di Israel, Palestin dan Timur Tengah?
Auto Terkini

Apa Jadi Covid-19 di Israel, Palestin dan Timur Tengah?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PALESTIN dan Israel antara negara yang turut mengalami kesukaran mengekang penularan Covid-19 hingga menjejaskan kehidupan harian jutaan penduduk seharian. Menurut portal berita, Haaretz melaporkan seramai 1,656 warga Israel didapati positif virus tersebut dengan 50 individu pulih, 3 pesakit maut dan 30 lagi kritikal.

Di Tebing Barat, 58 kes sudah dikenal pasti dengan 17 pesakit pulih, dan sebahagian besar dari bandar Baitulham, selatan Baitulmuqaddis. Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh pada Ahad lalu mengarahkan perintah berkurung. Di Gaza, ada dua kes Covid-19 dikenal pasti yang mana kedua-dua pesakit baru pulang dari Pakistan.

Kerajaan Israel pun turut mengumumkan langkah darurat dengan mengehadkan pergerakan orang ramai dan perdagangan, manakala acara kebudayaan, rekreasi, sekolah dan univesiti ditutup, termasuk mengharamkan perhimpunan melibatkan lebih 10 individu.

Malah, tiada warga asing dibenarkan masuk ke Israel kecuali ada permit khas daripada Kementerian Luar, dan perlu terlebih dulu dikuarantin selama 14 hari.

BACA >>> PRIHATIN: Inilah 5 Golongan Terbesar Dapat Bantuan Tunai Hadapi Covid-19

GARIS MASA COVID-19 (SELASA, 24/03/2020)

7.30 malam: Mahkamah Tinggi Israel membenarkan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet memburu pesakit Covid-19 tanpa perlu pengawasan Parlimen. Mahkamah turut membatalkan keputusan melarang polis menjejaki penduduk Israel di kawasan terpencil untuk memastikan mereka patuh arahan kuarantin.

7 malam: Warga Israel ketiga meninggal dunia akibat Covid-19. Mangsa berusia 87 tahun dan dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan kronik di sebuah hospital di Baitulmaqdis, petang Selasa lalu.

6.20 petang: Seramai 633,939 penduduk mendaftar untuk mendapatkan manfaat tiada pekerjaan sejak 1 Mac lalu akibat krisis Covid-19. Lebih 18,000 pendaftaran diterima, dan sehari sebelum itu lebih 38,000 orang mendaftar. Kadar penggangguran di Israel ialah 19 peratus, setakat Selasa lalu.

6.18 petang: Mesir dan Syria melaksanakan perintah berkurung minggu ini untuk menghalang penularan Covid-19. Kedua-dua Kerajaan itu membuat pengumuman Selasa lalu. Mesir ialah negara Timur Tengah paling ramai penduduk, manakala Syria ialah negara yang musnah teruk akibat kancah perang sejak sembilan tahun lalu.

5.40 petang: Sebuah makmal Covid-19 dibuka di kem tentera Israel di bandar Tzrifin yang didirikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan mampu mengumpul ratusan sampel dalam sehari.

5.30 petang: Tiga warga Israel sah Covid-19 dan terpaksa bergantung pada mesin sokongan hidup. Hospital Hasharon kini dihuni 29 pesakit Covid-19 dan tiga pesakit kini kritikal (76, 80 dan 82 tahun).

BACA >>> Covid-19: Nota Itali untuk Dunia, Sikap Tak Peduli Buatkan Negara Lumpuh, Merana

5.30 petang: Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengumumkan larangan ambil sendiri makanan (bungkus) di restoran. Pengumuman dibuat selepas berlaku pertikaian antara beberapa kementerian. Penghantar makanan dari restauran dibenarkan mengikut arahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

5 petang: 144 kes jenayah dilaporkan polis Israel mengenai koronavirus:

  • 54 perniagaan diarahkan tutup.
  • 135 kertas siasatan dibuka ke atas golongan ingkar arahan kuarantin.
  • 23 kertas siasatan berhubung berita palsu.
  • 38 orang disaman kerana langgar perintah kuarantin.
  • 3 individu didenda gagal buat laporan kepada Kementerian Kesihatan.
  • 65 didenda kerana tidak patuh larangan berhimpun.
  • 8 perniagaan didenda kerana langgar arahan Kementerian Kesihatan.

4.35 petang: Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erden berkata, pasar raya dan farmasi tidak ditutup, termasuk premis jualan barangan keperluan asas.

4 petang: Hanya 144 ujian Covid-19 dibuat di Semenanjung Gaza kerana kekurangan kit ujian dan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan perubatan.

3.15 petang: Seorang lelaki 25 tahun ditahan kerana menyamar kakitangan Kementerian Kesihatan dan mengarahkan orang ramai hidup dalam pengasingan.

2.51 petang: Arab Saudi lapor kes kematian pertama Covid-19 di Madinah. Mangsa ialah warga Afghanistan berusia 51 tahun.

1.57 petang: Angka kematian kes Covid-19 di Iran melepasi paras 2,000 orang. Seramai 24,811 disahkan dijangkiti.

11.27 pagi: Jurucakap Palestin di Tebing Barat, Ibrahim Melhem (foto atas) mengesahkan jumlah kes Covid-19 meningkat keada 58 orang.

10.20 pagi: Berpuluh-puluh ketua jabatan perubatan, unit dan klinik sejak Isnin lalu mendesak Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Israel, Moshe Bar Siman Tov dipecat atas dakwaan salah urus krisis Covid-19.

BACA >>> Covid-19: Pengeluar Automotif UK Bantu Kerajaan Bina Mesin Ventilator

SUMBER: Haaretz|Palestinow|AA

Arab Saudi Auto Terkini Covid-19 Covid-19 di Israel Israel Koronavirus Mesir Mohammad Shtayyeh Palestin Syria Timur Tengah wabak covid-19
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.