Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Apa Berlaku di GP Bahrain? Kejutan Perez, dan Bintang Muda Russell yang Meyakinkan
Auto Terkini

Apa Berlaku di GP Bahrain? Kejutan Perez, dan Bintang Muda Russell yang Meyakinkan

TalibBy Talib08/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GP Sakhir baru saja melabuhkan tirai minggu lalu di Bahrain yang juga trek bukaan kedua di Litar Antarabangsa Bahrain (BIC).

Litar ini memiliki enam susun atur litar yang boleh digunakan bagi sukan permotoran. Pada tahun ini, litar luar yang memiliki 11 selekoh mendapat kelulusan menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) dan diberikan nama GP Sakhir sempena lokasi kedudukan litar tersebut.

BACA >>> Anak Schumacher Masuk F1 Musim Depan

Dua litar yang digunakan di Litar International Bahrain

Perlumbaan penuh di litar sepanjang 3.543km itu memerlukan 87 pusingan untuk dilengkapkan. Namun, apa yang berlaku minggu lalu menjadi antara sejarah F1 yang menarik untuk diperkatakan pada masa depan.

Penukaran Pelumba

Romain Grosjaen (tengah) melawat krew Haas dan menamatkan musim F1 2020.

Kemalangan GP Bahrain minggu lalu mengakibatkan pelumba Haas Ferrari, Romain Grosjaen tidak dapat berlumba. Berdasarkan maklumat semasa, pelumba Perancis itu sudah pun keluar hospital dan melawat kru penyelamat dan pasukannya minggu lalu.

Namun, disebabkan kondisi kesihatan Grosjean belum pulih sepenuhnya, stereng beliau diserahkan kepada pelumba ganti, Peitro Fittipaldi untuk memulakan aksi awal saingan F1. Bagaimanapun, debut itu tidak begitu bagus dan hanya berpuas hati di tempat ke-17 daripada 20 pelumba.

Insiden lain pula, juaran F1 2020, Lewis Hamilton pula disahkan positif Covid-19 dan terpaksa digantikan pelumba yang memiliki kontrak dengan William-Mercedes, George Russell.

Russell, 22, menjadi topik hangat peminat F1 minggu lalu selepas mencatatkan masa terpantas untuk dua pusingan ujian di GP Sakhir. Dia juga hampir meraih kedudukan petak pertama tetapi hanya berpuas hati di tempat kedua, belakang rakan sepasukan, Valtteri Bottas.

Menariknya, Russel berjaya mendahului Bottas sebelum berlaku insiden tidak diduga. Pelumba menggantikan Russell, Jack Aitken cuma menamatkan aksi di tempat ke-16 dan gagal mendapatkan sebarang mata buat pasukan Mercedes-AMG Petronas, sekali gus menggambarkan perbezaan prestasi yang ketara untuk jentera pasukan tajaan konglomerat Malaysia itu.

BACA >>> Kemalangan F1 di GP Bahrain Buktikan Peranti Halo Berguna Selamatkan Nyawa Pelumba

Siapa Menang?

Kemenangan sulung Sergio Perez di GP Sakhir.

Russell pasti menjadi pelumba paling dinantikan untuk menang perlumbaan tersebut berdasarkan catatan masa terpantas sepusingan yang dilakukan beliau dengan jentera Hamilton. Pelumba itu turut mendahului perlumbaan hingga pusingan ke-61 dengan kelebihan 42 saat di depan pelumba lain.

Bagaimanapun, kesalahan teknikal memberikan ruang kepada pelumba Racing Point-BWT Mercedes, Sergio Perez (foto atas) untuk menjadi juara yang juga kemenangan pertama beliau.

Apa lebih menarik, Perez, 30, berada di tempat terakhir pada awal perlumbaan dan turut dilanggar Charles Leclerc di Turn 4 hingga terkeluar trek. Max Verstappen juga terkeluar perlumbaan apabila terlanggar pengadang trek ketika cuba mengelak kemalangan.

Kedudukan terakhir itu langsung tidak mematahkan semangat Perez yang cuba melepasi satu persatu pesaing lain hingga akhirnya meraih kedudukan podium pada pusingan ke-57. Pelumba itu akhirnya mendahului semua lawan lain pada pusingan ke-69.

Perez kemudian mempertahankan kedudukan tersebut hingga akhir perlumbaan walaupun mendapat tekanan daripada Russell yang mengejar dari kedudukan kelima. Akhirnya pelumba Mexico itu memenangi GP Sakhir dengan catatan masa 10 saat di depan.

Apa Menimpa George Russell?

Jentera Sergio Perez di langgar oleh jentera Ferrari di pusingan pertama

Kecekalan dan keinginan Russell untuk menang di GP Sakhir cukup besar. Namun, pelumba itu tewas juga akibat kecelaruan yang berlaku di hentian pit. Pada pusingan 61, kedua-dua pelumba Mercedes-AMG Petronas (Russel dan Bottas) dipanggil masuk untuk menukar tayar baharu.

Masing-masing ada kelebihan lebih 40 saat di depan Perez, iaitu kedudukan selesa untuk menang perlumbaan berkenaan. Namun, kesalahan berlaku apabila set tayar Bottas tersalah pasang pada jentera Russell. Lebih parah, set tayar sebenar Bottas itu pula gagal dipasangkan dengan baik, sekali gus menyebabkan beliau gagal memintas Perez.

Kesilapan menukar set tayar menutup peluang kemenangan pertama George Russell.

Kesalahan set tayar pada jentera Russell itu menyebabkan beliau terpaksa masuk semula ke hentian pit untuk menukar tayar. Lebih malang, krew tidak menukarkan set tayar baharu untuk jentera Russell, dan perlu ditukar semula pada pusingan 79 kerana tayar belakang rosak teruk.

Akhirnya Russell hanya mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9. Beliau beruntung kerana mata kejuaraan dikekalkan dan hanya pasukan didenda akibat kesalahan yang tidak pernah berlaku itu.

BACA >>> #TahukahAnda: Teknologi Hibrid F1 Jadi Ilham Honda Jazz Hybrid Baharu

Sistem brek Valtteri Bottas terbakar dan hilang keupayaan optimum.

Apa yang pasti, tahniah kepada pasukan Racing Point BWT Mercedes yang kali pertama memiliki dua pelumba atas podium. Pasukan itu kini di kedudukan ketiga bagi kategori pengeluar, sekali gus mengesahkan kelebihan dimiliki jentera Mercedes dalam F1.

Adakah Russell akan mendapat satu lagi peluang memandu bersama Mercedes-AMG Petronas untuk aksi hujung minggu? Apapun, segalanya bergantung kepada kondisi kesihatan pelumba utamanya, Hamilton dan pasti ramai peminat mahu menyaksikan pelumba muda berusia 22 tahun itu diberikan peluang sekali lagi.

Mungkin juga peluang menjadi rakan sepasukan Hamilton untuk musim 2022. Siapa tahu? Sementara itu, kemenangan Perez pasti membuka peluang kepada beliau untuk mengikat kontrak bersama mana-mana pasukan untuk musim depan. Semangat dan pengalaman pelumba itu akan menjadi modal berguna untuk sebarang pasukan F1.

Auto Terkini F1 Formula Satu (F1) sukan permotoran
Talib

    Artikel Berkaitan

    ETS Rawang
    Auto Terkini

    Loke Umum Diskaun 30 Peratus Tiket ETS, ERT Mula 15 April 2026

    14/04/2026
    Auto Terkini

    Nissan Skyline Bakal Kembali!

    14/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Tempatkan Polis di 151 Stesen Minyak Berisiko Tinggi

    14/04/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Loke: Tidak Perlu Hukuman Mati Bagi Kesalahan Mabuk, Dadah

    14/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.