Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Anugerah What Car? – Hyundai Ioniq, Kereta Hibrid Terbaik UK 2017
Roda4

Anugerah What Car? – Hyundai Ioniq, Kereta Hibrid Terbaik UK 2017

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Motor meraih anugerah tertinggi dalam Anugerah What Car? 2018. Model Ioniq Hybrid dinamakan sebagai Kereta Hibrid Terbaik di Britain, manakala model prestasi tinggi i30N merangkul anugerah Hot Hatch Terbaik bagi harga £20,000-£30,000 (RM19,967-RM164,952).

Juri yang terdiri daripada jurupandu uji What Car? dan pasukan editorial turut memuji kos dan ciri ditawarkan Ioniq Hybrid.

Editor of What Car?, Steve Huntingford berkata, sepanjang tahun lalu jumlah pembaca kereta hibrid di portal WhatCar.com mencatatkan peningkatan. Jadi sangat penting bagi What Car? untuk mengenal pasti model terbaik dalam segmen tersebut.

BACA >>> HyundaiVeloster N Lebih Bagus, VW Golf GTI ‘Tidak Cukup Trek’ – Bos Hyundai N

Jika sebelum ini mungkin cuma Toyota yang menguasai pasaran hibrid menerusi Prius, tetapi kini ada alternatif lain seperti Ioniq. Ioniq membuktikan betapa pengguna boleh memandu hibrid tanpa kompromi.

“Bukan saja bersih, harga menggoda dan kos rendah, juga lebih praktikal,” kata Huntingford.

Hyundai Ioniq Hybrid
Hyundai Ioniq Hybrid
Hyundai Ioniq Hybrid

ANTARA HOT-HATCH TERBAIK

Sementara itu, Hyundai  i30N serba baharu menawarkan pengendalian mantap pada harga terjangkau. Kedua-dua model menampilkan suspensi kawalan elektronik, pemvektoran vectoring berserta kawalan luncur (launch control) dan padanan rev (rev-matching) sebagai ciri standard.

“Jika anda beritahu kami setahun lalu bahawa Hyundai tidak lama lagi akan ada hot-hatch terbaik dalam liganya, kami ragu-ragu.

“Tetapi jenama Korea benar-benar berubah zero to hero, dengan percubaan pertama yang serius untuk bersaing dengan pesaing lebih mantap seperti Focus ST dan Volkswagen Golf GTI,” kata Huntingford lagi.

BACA >>> Hyundai i20 N Sedia Cabar Ford Fiesta ST, VW Polo GTI

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hyundai Motor UK, Tony Whitehorn berkata, Hyundai nyata berbangga dengan pengiktirafan tersebut.

“Ioniq mewakili peralihan yang sedang berlaku di pasaran kereta Britain yang mana pengguna kini semakin menerima alternatif kenderaan emisi rendah. Kenderaan mesra alam itu didatangkan dalam versi Hybrid, Plug-In dan Elektrik.

“i30N juga satu lagi contoh pilihan baik – hot hatch pertama kami yang merangkumi pakej gaya, kelengkapan, harga dan teknologi canggih terkini yang menjadikan ia alternatif kepada kereta pantas dan seronok,” katanya.

Anugerah Auto Terkini hibrid hyundai Hyundai Ioniq Hybrid Inoniq Kereta Hibrid Terbaik UK 2017 Roda4 What Car?
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.