• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Anugerah What Car? – Hyundai Ioniq, Kereta Hibrid Terbaik UK 2017

Anugerah What Car? - Hyundai Ioniq, Kereta Hibrid Terbaik UK 2017

January 24, 2018 By AI 1 Comment

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Motor meraih anugerah tertinggi dalam Anugerah What Car? 2018. Model Ioniq Hybrid dinamakan sebagai Kereta Hibrid Terbaik di Britain, manakala model prestasi tinggi i30N merangkul anugerah Hot Hatch Terbaik bagi harga £20,000-£30,000 (RM19,967-RM164,952).

Juri yang terdiri daripada jurupandu uji What Car? dan pasukan editorial turut memuji kos dan ciri ditawarkan Ioniq Hybrid.

Editor of What Car?, Steve Huntingford berkata, sepanjang tahun lalu jumlah pembaca kereta hibrid di portal WhatCar.com mencatatkan peningkatan. Jadi sangat penting bagi What Car? untuk mengenal pasti model terbaik dalam segmen tersebut.

BACA >>> HyundaiVeloster N Lebih Bagus, VW Golf GTI 'Tidak Cukup Trek' - Bos Hyundai N

Jika sebelum ini mungkin cuma Toyota yang menguasai pasaran hibrid menerusi Prius, tetapi kini ada alternatif lain seperti Ioniq. Ioniq membuktikan betapa pengguna boleh memandu hibrid tanpa kompromi.

"Bukan saja bersih, harga menggoda dan kos rendah, juga lebih praktikal," kata Huntingford.

Hyundai Ioniq Hybrid
Hyundai Ioniq Hybrid
Hyundai Ioniq Hybrid

ANTARA HOT-HATCH TERBAIK

Sementara itu, Hyundai  i30N serba baharu menawarkan pengendalian mantap pada harga terjangkau. Kedua-dua model menampilkan suspensi kawalan elektronik, pemvektoran vectoring berserta kawalan luncur (launch control) dan padanan rev (rev-matching) sebagai ciri standard.

"Jika anda beritahu kami setahun lalu bahawa Hyundai tidak lama lagi akan ada hot-hatch terbaik dalam liganya, kami ragu-ragu.

"Tetapi jenama Korea benar-benar berubah zero to hero, dengan percubaan pertama yang serius untuk bersaing dengan pesaing lebih mantap seperti Focus ST dan Volkswagen Golf GTI," kata Huntingford lagi.

BACA >>> Hyundai i20 N Sedia Cabar Ford Fiesta ST, VW Polo GTI

hyundai-i30n-3
hyundai-i30n-1
hyundai-i30n-5
hyundai-i30n-2
hyundai-i30n-4

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hyundai Motor UK, Tony Whitehorn berkata, Hyundai nyata berbangga dengan pengiktirafan tersebut.

"Ioniq mewakili peralihan yang sedang berlaku di pasaran kereta Britain yang mana pengguna kini semakin menerima alternatif kenderaan emisi rendah. Kenderaan mesra alam itu didatangkan dalam versi Hybrid, Plug-In dan Elektrik.

"i30N juga satu lagi contoh pilihan baik - hot hatch pertama kami yang merangkumi pakej gaya, kelengkapan, harga dan teknologi canggih terkini yang menjadikan ia alternatif kepada kereta pantas dan seronok," katanya.

Artikel Berkaitan

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Anugerah, auto terkini, hibrid, hyundai, Hyundai Ioniq Hybrid, Inoniq, Kereta Hibrid Terbaik UK 2017, Roda4, What Car?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia
    FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my