Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Anugerah Majalah Top Gear: Hyundai Diiktiraf Pengeluar Automotif Terbaik 2018
Auto Terkini

Anugerah Majalah Top Gear: Hyundai Diiktiraf Pengeluar Automotif Terbaik 2018

Abang HirataBy Abang Hirata27/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA yang tidak kenal majalah automotif Top Gear? Selain hadir dengan konten menarik, anugerah tahunan majalah tersebut juga ditunggu-tunggu ramai peminat dan pemerhati dunia permotoran.

Antara keistimewaan anugerah tahunan TopGear ialah tidak pilih bulu, model jenama apa pun boleh terpilih sebagai contoh Fiat Multipla yang menang pada 2000. Kini Anugerah tahunan popular itu kembali lagi dan sekali lagi hadir dengan keputusan menarik.

BACA >>> Hyundai Group Lantik Pereka Lambo, Bentley Sebagai Ketua Pereka Baharu

Hyundai Motor terpilih sebagai Pengeluar Tahunan Terbaik Majalah BBC TopGear 2018. Apakah faktor pengeluar automotif dari Korea Selatan ini terpilih?

HYUNDAI – PENGELUAR TERBAIK 2018

Logo Hyundai
pandu uji hyundai ioniq

Menurut BBC Top Gear, Hyundai menjadi pilihan disebabkan perkembangan pantas ditunjukkan pengeluar itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini selain kepelbagaian produk ditawarkan daripada i30N, IONIQ hingga KONA Electric.

Keunikan Hyundai juga dapat dilihat di Malaysia apabila kita sudah tidak sukar untuk melihat Ioniq dipandu atas jalan. Tidak dinafikan Kia lebih popular di pasaran tempatan, tetapi di peringkat global seperti Eropah, Hyundai begitu aktif menerokai industri automotif sama ada dalam teknologi hijau atau ke sukan permotoran seperti Kejuaraan Rali Dunia (WRC).

Pengiktirafan Top Gear itu mempunyai makna besar dan menjadi perakuan betapa Hyundai sudah setaraf dengan jenama global lain. Hyundai kini mempunyai portfolio produk begitu luas, daripada kereta urban, penumpang, hot hatch, SUV besar dan kecil serta kepelbagaian teknologi melibatkan enjin biasa, hibrid, elektrik dan kuasa hidrogen.

Hyundai kini bukan saja pengeluar automotif tetapi sudah menjadi rumah teknologi, termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hyundai Motor UK, Tony Whitehorn berkata;

“Untuk menerima pengiktirafan majalah BBC TopGear ialah perakuan kepada perjalanan jauh kami dalam dekad lalu. Pada 2008, kami hanya jual 28,000 unit kenderaan di UK dan ia semata-mata sebab harga.

“Kemudian tahun ini kami tersenarai dalam 10 pengeluar teratas UK dan bakal mencapai jualan lebih 90,000 unit sebelum hujung tahun. Faktor utama pilihan pelanggan ialah rekabentuk kenderaan. Jenama kami terus berevolusi dan kami begitu bangga kerana dapat menawarkan kepada pelanggan pelbagai pilihan model berbanding sebelum ini.”

Tahniah diucapkan kepada Hyundai dan semoga terus memberikan alternatif terbaik kepada pelanggan. Khabarnya,  Hyundai i30 N bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia dan kami memang tidak sabar untuk menanti waktu tersebut!

BACA >>> Hyundai i30 Fastback N – Satu Lagi Magis Hyundai

Anugerah BBC TopGear hyundai Hyundai Motor Majalah Top Gear Pengeluar Terbaik Tahunan Top Gear 2018 Tony Whitehorn Top Gear Top Gear Award
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.