Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Anita Yusof – Penunggang Solo Wanita Pertama Malaysia Dilantik Duta GIVI
Auto Terkini

Anita Yusof – Penunggang Solo Wanita Pertama Malaysia Dilantik Duta GIVI

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/11/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

anita-yusof-givi
ANITA Yusof dilantik sebagai duta jenama barangan aksesori motosikal, GIVI. Bagi mereka yang tidak mengetahui siapa Anita Yusof, dia mula dikenali selepas menamatkan tunggangan solo mengelilingi dunia sejauh 65,000km. Pensyarah Institut Pendidikan Guru itu merentasi empat benua dan 40 buah negara dalam siri pengembaraan yang dinamakan Global Dream Ride 2016 (GDR).

Pemilihan Anita menurut Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, Joseph Perucca dilakukan tepat pada masanya selepas beberapa tahun saling bekerjasama secara tidak rasmi.

“Anita beri maklum balas yang sangat berguna untuk penambahbaikan barangan kami dan menjadi testimoni terbaik kami,” katanya.


Anita memberitahu barangan GIVI banyak membantu memudahkan pengembaraannya.

“Bagi perjalanan sejauh ini, ketahanan dan kekuatan kotak atas dan sisi sangat penting. Produk GIVI berjaya melakukan tugasnya dan meyakinkan saya.”
– Anita Yusof, Penunggang Malaysia Pertama Mengelilingi Dunia

Jelajah GDR melabuhkan tirai di Bukit Kayu Hitam Kedah pada Hari Malaysia, 16 September lalu, di mana Anita berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records sebagai wanita pertama negara ini menunggang motosikal mengelilingi dunia.

Walaupun baru saja berjinak dalam dunia pemotoran lebih empat tahun,  Anita pernah melakukan tunggangan solo di Central Asia ‘Stans’ Solo Tour, Trans Borneo Solo Ride, Yunnan China Adv Ride, 5 Nations Ride dan Nepal Solo Ride. Setakat artikel ini ditulis, Anita sudah mengembara sejauh lebih 89 negara!

Majlis tandatangan lantikan duta GIVI itu  disempurnakan Timbalan Presiden GIVI, Hendrika Visenzi dan Pengarah Urusan Givi Asia Sdn Bhd, On Hai Swee serta disaksikan Pemilik Team MotoGP LCR, Lucio Cecchinello.

aksesori Anita Yusof Auto Terkini GIVI Malaysia Book of Records Roda 2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.