Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Anak Muda Jadi Juruterbang Dron Sembur Racun, Raih Pendapatan RM5k Sebulan
Auto Terkini

Anak Muda Jadi Juruterbang Dron Sembur Racun, Raih Pendapatan RM5k Sebulan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA kebanyakan remaja di kota banyak meluangkan masa berlatih bermain permainan video telefon pintar, lain pula kisah anak muda dari Negeri Jelapang Padi ini.

Mohd Saifullah Halim, 22, memanfaatkan masa terluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu menjadi juruterbang dron untuk membantu golongan pesawah di Kampung Paya Nedam.

Bekas penuntut Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Jitra itu menggunakan dron untuk membuat semburan racun serangga di kawasan sawah padi hingga mampu meraih pulangan pendapatan hingga RM5,000 sebulan. Kerjaya yang bermula sejak April lalu nyata berbaloi. Malah, pendapat diperoleh jauh lebih tinggi perolehan berbanding sebilangan pegawai eksekutif di Kuala Lumpur.

“Ini keputusan tepat saya buat selepas menamatkan pengajian. Saya bermula dengan hanya satu dron yang dibeli untuk kegunaan di tanah sawah seluas 11 hektar. Tetapi saya mula dapat permintaan daripada kawan-kawan bapa (untuk servis) dan penduduk kampung.

“Dari situ permintaan kian meningkat sepanjang tempoh PKP dan (saya) beli lagi satu dron untuk meluaskan perkhidmatan dan menampung permintaan pesawah dari kawasan dekat sini,” katanya dipetik Bernama.

BACA >>> Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!

Mohd Saifullah bersama dua pembantu mampu membuat semburan racun serangga di kawasan sawah padi hingga 10 hektar setiap hari. Caj bayaran dikenakan antara RM12 dan RM20 untuk setiap bidang tanah seluas 0.29 hektar.

Katanya, khidmat semburan menggunakan dron mendapat sambutan ramai kerana golongan pesawah memilih pendekatan selamat untuk tinggal di rumah sepanjang tempoh PKP.

“Mereka sukakan semburan menggunakan dron kerana semburan melibatkan kawasan lebih luas dan menyeluruh, membawa kepada peningkatan hasil tuai berbanding teknik semburan biasa menggunakan pam. Untuk musim (padi) ini, saya dapat permintaan dari penduduk di Yan dan Alor Setar,” katanya.

Mohd Saifullah mengakui ada ramai petani sayur-sayuran mahu perkhidmatan seperti itu, dan dia meminta anak-anak muda supaya meneroka peluang bisnes baharu itu.

BACA >>> Ford Guna Dron untuk Buat Pemeriksaan Keselamatan, Pantau Pekerja di Kilang

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mohd Saifullah Halim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    PETRONAS Sprinta Ladies Dilancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.