• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Guna Dron untuk Buat Pemeriksaan Keselamatan, Pantau Pekerja di Kilang

Ford Guna Dron untuk Buat Pemeriksaan Keselamatan, Pantau Pekerja di Kilang

September 5, 2018 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


KERJA biar bijak dan inilah apa yang dilakukan Ford dalam menambah baik operasi pengeluaran di kilang. Sebelum ini pengeluar automotif dari Amerika Syarikat (AS) itu dilaporkan menggunakan jaket robot, EksoVest untuk membantu pekerja kilang mengangkat objek berat.

BACA >>> Demo Ford: Ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Mampu Minimumkan Kesesakan Trafik

Terbaharu, Ford menggunakan dron untuk melakukan tugas pemeriksaan keselamatan di kilang. Pekerja Ford di kilang enjin Dagenham, Britain kini menggunakan kamera yang dipasangkan pada dron untuk memeriksa bahagian bumbung, paip dan gantri yang berada pada kedudukan tinggi.


Dengan bantuan dron yang dilengkapkan kamera GoPro, Ford mendakwa kerja-kerja penyenggaraan boleh diselesaikan di setiap kawasan kilang sepantas 12 minit, manakala seluruh kilang pengeluaran dapat diperiksa dalam masa sehari.

Sebelum ini, kerja penyenggaran keselamatan mengambil masa 12 jam untuk disempurnakan dengan menggunakan platform perancah binaan. Dengan banyak masa dan kos dapat dijimatkan, kilang Dagenham kini dapat melakukan lebih banyak tugasan pemeriksaan tanpa perlu menutup kilang untuk memberi laluan kepada kerja-kerja memunggah dan memasang perancah.

BACA >>> Ford Rai Ulang Tahun Kejayaan Le Mans 1968 dengan GT Heritage Edition Nombor 9

Selain jadi cara terbaik untuk memeriksa platform tinggi, penggunaan dron juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti memantau pekerja di kilang. Dengan menggunakan dron, penyelia kilang dapat selalu memantau dan memerhati pekerja. Hmm, berita buruk buat pekerja yang selalu mengular.

Jom tengok video bagaimana Ford menggunakan dron untuk melakukan pemeriksaan keselamatan di kilangnya.

dron-periksa-kilang-ford-1
dron-periksa-kilang-ford-7
dron-periksa-kilang-ford-6
dron-periksa-kilang-ford-2
dron-periksa-kilang-ford-5
dron-periksa-kilang-ford-4
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Britain, Dron, Dron Ford, EksoVest, Ford, GoPro, Kilang Dagenham, Kilang Ford, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
  • Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
    Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
  • Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
    Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my