Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Alex Marquez Mahu Jadi Rookie Terbaik 2020
Auto Terkini

Alex Marquez Mahu Jadi Rookie Terbaik 2020

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAINGAN MotoGP 2020 bakal menyaksikan juara Moto2 2019, Alex Marquez dan abangnya yang juga juara dunia MotoGP 6 kali, Marc Marquez berentap dalam pasukan sama, Repsol Honda.

Adakah gabungan duo Marquez itu akan membuatkan musim 2020 jadi semakin mencabar dan sukar? Bagaimanakah agaknya saingan pelumba lain seperti Andrea Dovizioso, Maverick Vinales, Alex Rins, Fabio Quartararo dan Valentino Rossi mahu menentang dua beradik itu?

Berikut temubual khas antara Box Repsol dengan Alex mengenai sasarannya dalam aksi MotoGP 2020 nanti.

S: INI KALI PERTAMA PAKAI SUT RASMI REPSOL HONDA, APA MAKNA SEMUA INI BUAT ANDA?

AM: Mimpi jadi kenyataan, pasal baju ini aku sudah biasa nampak abang (Marc Marquez) pakai. Jadi ya, rasa sangat spesial dan bangga pakai baju ini.

S: APA RASANYA JADI ROOKIE PASUKAN BERSEJARAH MACAM REPSOL HONDA?

AM: Selepas jadi juara Moto2, memang ada hasrat mahu bergabung dengan pasukan pengilang dan peluang itu datang, dan akhirnya bersama Repsol Honda, pasukan yang ada banyak sejarah di padok MotoGP. Ini penghormatan dan juga cabaran, tetapi cabaran yang bagus. Sebab itu aku jawab ya, dan gunakan kesempatan ini 100 peratus. Nikmati peluang ini  untuk berikan yang terbaik.

S: APA SASARAN MUSIM INI (2020)?

AM: Jadi ‘Rookie Terbaik’  (Rookie of the Year) adalah sasaran utama, tetapi untuk ke arah itu, aku kena fokus bermula sekarang untuk (ujian) pramusim dengan cuba faham motor, dapatkan feeling, dan keyakinan diri. Sebelum perlumbaan Qatar, aku boleh agak posisi sebenar dan apa perlu buat pada perlumbaan pertama.

S: APA PERASAAN JADI PELUMBA PASUKAN PENGILANG REPSOL HONDA?

AM: Sangat istimewa, betul-betul perasan yang kuat dan spesial dapat berada di sana dengan sut penuh, lihat pasukan dan tahu inilah pasukan kau. Dan di Malaysia, masalah gugup aku akan lebih boleh dikawal, sedikit lebih relaks.

S: KAMU AKAN JADI PELUMBA MOTOGP PALING TINGGI, ADAKAH INI MEMBANTU?

AM: Ini boleh beri kelebihan macam bagaimana kau posisikan badan dan berat. Situasi berat boleh jadi sedikit lebih mudah. Tetapi boleh ada kekurangan yang mana aerodinamik aku akan sedikit terjejas.

BACA >>> Adik Marc Sah Masuk Repsol Honda untuk MotoGP 2020!

S: JADI PELUMBA HONDA DAN REPSOL HONDA ADAKAH YANG PERTAMA BUATMU?

AM: Aku mula dengan kejuaraan CEV 2012 dengan Repsol dan jadi juara, dan 2014 dengan Projek Honda Moto3. Semua krew HRC dan pengeluar ada di belakang aku dan kami jadi juara tahun pertama projek itu.

Selepas semua itu dan kini kembali semula kepada Honda adalah seperti mimpi, dan aku sekarang mahu mula bekerja dengan orang-orang yang hebat ini, pengeluar dan tentunya Repsol.

S: INI KALI PERTAMA DALAM SEJARAH MOTOGP ADIK-BERADIK KONGSI GARAJ, ADA KOMEN?

AM: Aku hadap macam situasi biasa saja. Aku tahu kami adik-beradik, dan kami juga rakan sepasukan. Kami berdua ada pasukan masing-masing dan bergerak dengan cara sendiri. Bagi aku, memang bagus dapat jadi rakan sepasukan kepada juara MotoGP 6 kali di garaj. Aku boleh dapatkan maklumat daripada dia, termasuk semua pelumba Honda, dan belajar sebanyak mungkin.

BACA >>> Alex Tidak Jadi Masuk Pasukan Moto2 Petronas SRT, Yamaha Risau Rahsia Bocor

2020 MotoGP Alex Marquez Auto Terkini Honda Racing Corporation (HRC) HRC Marc Marquez MotoGP MotoGP 2020 Pasukan Repsol Honda Repsol Honda Team roda2 sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.