Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Aksesori Dalaman Kereta Paling Dicari Sebaik Saja Dapat Kunci
Autotainment

Aksesori Dalaman Kereta Paling Dicari Sebaik Saja Dapat Kunci

Han OthmanBy Han Othman02/01/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

https://ae01.alicdn.com/kf/HTB1O0RWMpXXXXaUXFXXq6xXFXXXz/2016-NEW-Meng-Qiqi-Monchichi-font-b-Car-b-font-perfume-font-b-Car-b-font.jpg
SAKIT hati pula kalau beli kereta, tetapi tidak buat apa-apa. Itulah yang dirasai ramai pemilik kereta sebaik saja selesai mendapat kunci kereta baharu mereka (walaupun terpakai). Ada saja yang mahu diubah mereka supaya nampak sedap mata memandang dan mahu dilihat berbeza berbanding pemilik kereta lain.

Kami senaraikan 10 aksesori dalaman kereta paling kerap dicari ramai pemilik kereta. Mungkin disebabkan kebanyakan aksesori di bawah masih dalam kategori harga mampu milik, mudah dicari dan dapat memberikan persoaliti sendiri ke atas si tuan kereta dan keretanya.

Bak kata pepatah, lain padang lain belalang. Banyak orang, banyaklah ragam. Asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain sudahlah kan. 😀

1. PASANG CERMIN GELAP

cermin-gelap
Agak pelik kalau beli kereta tanpa memasang filem cermin gelap (tinted). Aksesori tambahan ini siap dipasang sebaik saja anda membeli kereta baharu. Ia biasanya dimasukkan dalam pakej jurujual atau ditawarkan secara terus oleh pengeluar.

Tidak kira murah atau mahal, biasanya kualiti filem cermin gelap akan merosot pada tahun ke-5 usia kereta anda, terutama jika kereta kerap berjemur. Mungkin ketika itu tiba masa untuk anda memasang filem cermin gelap baharu atau beli saja pelindung matahari (sun shade) jika tiada bajet.

BACA >>> Lengkapkan 5 Gajet Asas Kereta Ini Sebelum Anda Keluar Memandu

2. LETAK PENYEGAR UDARA

https://www.carcleaningguru.com/files/2012/07/tinting-car-window.jpg
Tidak kira kereta anda baru atau lama, meletakkan penyegar udara adalah satu kemestian. Sesetengah orang tidak suka aroma kereta baharu yang terlalu kuat ‘bau kedai’, manakala kereta lama semestinya ada pelbagai bau yang kadang-kadang sukar ditafsir.

Penyelesaiannya, penyegar udara! Ada pelbagai jenis dan harga penyegar udara di pasaran. Antara paling popular ialah Ambi Pur dan Glade. Pastikan setiap wangian itu kena dengan hidung anda.

3. LAPIK KARPET LANTAI

https://www.coilmat.com.au/wp-content/uploads/2014/10/501119357_977.jpg
Setiap kereta memang sudah sedia ada dengan karpet lantai sendiri, tetapi ramai pula yang menambah selapis lagi karpet lantai di atasnya. Pelik betulkan?

Alasan kuat kenapa ramai melakukannya adalah kerana tidak mahu karpet lantai asal cepat haus atau lusuh. Ini kerana karpet lantai asal adalah daripada jenis fabrik, manakala karpet lantai yang akan dibeli ialah jenis koil daripada material PVC dengan permukaan seperti rumput bergegelung. Karpet lantai jenis ini lebih senang dicuci dan kurang nampak kotor kerana kotoran seperti debu atau pasir akan terlindung di sebalik koil.

BACA >>> 11 Aksesori Wajib Ada Dalam Kereta Anda, Berserta Infografik

BACA >>> Gajet Ini Mampu Mengepam Tayar Kereta Anda Dengan PSI Sempurna

4. TUKAR TOMBOL GEAR

https://www.caraccessoriesplus.co.uk/assets/images/products/alfaromeo/71805899.jpg
Entah apa yang tidak kena dengan tombol gear standard, tetapi ramai memilih menggantikannya dengan edisi kedai aksesori sama ada daripada jenama aksesori permotoran terkenal seperti Momo atau nama divisi tuner mengikut jenama kereta masing-masing seperti Mugen, Ralliart, TRD dan seumpamanya.

Rekabentuk dipilih sama ada kemasan krom, trim benang berwarna ala kereta lumba atau paten kayu walnut. Walaupun tiada alasan kuat untuk menukarnya, kami percaya bahawa menukarkan tombol gear adalah antara cara paling mudah dan murah untuk mengubah imej kereta sendiri supaya tidaklah ‘sakit mata’ kerana tampil dengan rupa standard semata-mata.

5. PASANG PEMBALUT RODA STERENG

balut-stereng
Sesetengah pemilik tidak ambil kisah sangat tentang memasang pembalut roda stereng. Lebih-lebih lagi jika mereka membeli varian premium yang rata-ratanya sudah siap dilengkapkan dengan trim dan balutan kulit berserta liang pori.

Tetapi, bagi yang keretanya datang dengan roda stereng ‘bogel’, membalut roda stereng ialah pilihan terbaik sama ada beli pembalut yang siap ada di kedai aksesori, atau buat tempahan khas secara kustom di bengkel trim kulit. Maklumlah, mahu tukar stereng, risau pula pasal isu beg udara dan kualiti material , serta harganya boleh tahan menangis juga.

6. NAIK TARAF SISTEM AUDIO

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/b3/9a/3d/b39a3df5407500e0507775a802a948bb.jpg
Menaik taraf sistem audio adalah antara cita-cita kebanyakan pemilik kereta dan kejayaan merealisasikannya bolehlah dianggap satu pencapaian terhebat dalam kehidupan memandu mereka. Bagi yang tidak sabar, mereka boleh saja terus menukar sistem audio standard kepada jenis baharu dengan bajet di bawah RM500 yang dilengkapi ciri MP3, USB dan auksiliari.

Tetapi bagi yang bersabar dan penuh cita-cita tinggi, mereka sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menyediakan set audio berkualiti tinggi yang turut membabitkan paparan infotainment dan pembesar suara serta subwufer. Malang bagi kebanyakan kereta baharu hari ini kerana sistem audio mereka sudah dikustomkan mengikut rekaan papan pemuka. Jadi terasa sayang pula bagi pembeli yang berhajat mahu menukar cita rasa.

7. BALUT KERUSI KULIT

https://s1.cdn.autoevolution.com/images/news/gallery/w222-mercedes-s-guard-interior-wrapped-in-crocodile-leather-photo-gallery_4.jpg
Khas untuk pemilik kereta dengan kerusi fabrik, di mana kerja membalut kerusi itu membabitkan material kulit atau separa kulit (semi-leather). Semestinya alasan kuat membalut kerusi adalah kerana mahu menjaga ketahanan material kerusi sedia ada, dan mahu rupa dalaman tampak lebih elegan dan mewah. Boleh dibeli terus di kedai aksesori mengikut jenama dan jenis kenderaan, atau pergi ke bengkel trim kulit dengan bajet mencecah kira-kira RM1,000 dan ke atas.

BACA >>> Bilakah Tempoh Anda Sepatutnya Tukar Minyak Enjin?

8. TAMPAL PELEKAT

https://cdn1.lockerdome.com/uploads/84d0f19fd7eaa272525cffd0d0737661fb9505ea43aef9b48eb03d9c6111e48d_large
Memang ada golongan yang apa-apa hal mesti cari pelekat kereta. Rasa lemah semangat pula kalau tengok cermin kereta yang suci murni begitu. Nah, apa lagi, ditampalnya pelbagai jenis pelekat di cermin – depan, tepi dan belakang. Pelekat cermin biasanya menggambarkan minat seperti menampal pelekat pasukan bola sepak kesayangan, jata negeri kelahiran dan grup kelab kereta, termasuk memberitahu apa ada dalam kereta mereka seperti ada anak kecil, si pemandu seorang makwe atau pakwe, cun atau handsome danlain-lain.

Ada juga menampalkan pelekat berbaur keagamaan seperti kalimat syahadah dan Bismillah. Tetapi sedihnya, kadang-kadang si pemilik pelekat itu lupa memberikan signal ketika membelok. Jadi, berhati-hati menggunakan pelekat seperti ini kerana boleh mengundang persepsi negatif di kalangan pengguna jalan raya lain. Ada juga menampal pelekat corak abstrak atau strip yang ada pada sebuah kereta lumba rali, drift atau drag walaupun kereta yang sedang mereka bawa itu daripada jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) sahaja. Janji happy-kan.

9. HIAS BANTAL, ANAK PATUNG, TASBIH, KOTAK TISU DAN ALAS PUNGGUNG

https://img.alicdn.com/imgextra/i1/1761621356/TB2KJTAeVXXXXbYXpXXXXXXXXXX_!!1761621356.jpg
Ini antara aksesori kegemaran pemandu perempuan. Lelaki pun ada juga, biasanya tasbih digantung di tangkai cermin pandang belakang. Mungkin tujuan diletakkan semua aksesori di atas ini adalah supaya ruang dalaman kereta nampak meriah dan tidak kosong hingga rupanya tidak tumpah seperti  dalam bilik tidur atau ruang tamu rumah.

10. TUKAR LAMPU AMBIEN

https://3.bp.blogspot.com/-039ZZRJB-dE/UWwsHQPGS-I/AAAAAAAAWxM/c7ivxQD09uY/s1600/Ambient2333.jpg
Mungkin lampu dalaman cerah sangat, lalu ditukarnya kepada lampu ambien yang lebih malap dan gelap. Antara warna popular ialah biru. Tidak cukup lampu siling, diletakkan pula lampu tambahan pada lantai, laci glove box dan ruang utiliti di papan pemuka. Kadangkala, lampu malap yang digunakan tidak membantu langsung untuk mencari atau melihat barang apabila diperlukan. Asalkan lawa katanya.

aksesori dalaman kereta autotainment
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.