• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Aksesori Dalaman Kereta Paling Dicari Sebaik Saja Dapat Kunci

Aksesori Dalaman Kereta Paling Dicari Sebaik Saja Dapat Kunci

January 1, 2017 By Azhan O 1 Comment

474
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

https://ae01.alicdn.com/kf/HTB1O0RWMpXXXXaUXFXXq6xXFXXXz/2016-NEW-Meng-Qiqi-Monchichi-font-b-Car-b-font-perfume-font-b-Car-b-font.jpg
SAKIT hati pula kalau beli kereta, tetapi tidak buat apa-apa. Itulah yang dirasai ramai pemilik kereta sebaik saja selesai mendapat kunci kereta baharu mereka (walaupun terpakai). Ada saja yang mahu diubah mereka supaya nampak sedap mata memandang dan mahu dilihat berbeza berbanding pemilik kereta lain.

Kami senaraikan 10 aksesori dalaman kereta paling kerap dicari ramai pemilik kereta. Mungkin disebabkan kebanyakan aksesori di bawah masih dalam kategori harga mampu milik, mudah dicari dan dapat memberikan persoaliti sendiri ke atas si tuan kereta dan keretanya.

Bak kata pepatah, lain padang lain belalang. Banyak orang, banyaklah ragam. Asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain sudahlah kan. 😀

1. PASANG CERMIN GELAP

cermin-gelap
Agak pelik kalau beli kereta tanpa memasang filem cermin gelap (tinted). Aksesori tambahan ini siap dipasang sebaik saja anda membeli kereta baharu. Ia biasanya dimasukkan dalam pakej jurujual atau ditawarkan secara terus oleh pengeluar.

Tidak kira murah atau mahal, biasanya kualiti filem cermin gelap akan merosot pada tahun ke-5 usia kereta anda, terutama jika kereta kerap berjemur. Mungkin ketika itu tiba masa untuk anda memasang filem cermin gelap baharu atau beli saja pelindung matahari (sun shade) jika tiada bajet.

BACA >>> Lengkapkan 5 Gajet Asas Kereta Ini Sebelum Anda Keluar Memandu

2. LETAK PENYEGAR UDARA

https://www.carcleaningguru.com/files/2012/07/tinting-car-window.jpg
Tidak kira kereta anda baru atau lama, meletakkan penyegar udara adalah satu kemestian. Sesetengah orang tidak suka aroma kereta baharu yang terlalu kuat 'bau kedai', manakala kereta lama semestinya ada pelbagai bau yang kadang-kadang sukar ditafsir.

Penyelesaiannya, penyegar udara! Ada pelbagai jenis dan harga penyegar udara di pasaran. Antara paling popular ialah Ambi Pur dan Glade. Pastikan setiap wangian itu kena dengan hidung anda.

3. LAPIK KARPET LANTAI

https://www.coilmat.com.au/wp-content/uploads/2014/10/501119357_977.jpg
Setiap kereta memang sudah sedia ada dengan karpet lantai sendiri, tetapi ramai pula yang menambah selapis lagi karpet lantai di atasnya. Pelik betulkan?

Alasan kuat kenapa ramai melakukannya adalah kerana tidak mahu karpet lantai asal cepat haus atau lusuh. Ini kerana karpet lantai asal adalah daripada jenis fabrik, manakala karpet lantai yang akan dibeli ialah jenis koil daripada material PVC dengan permukaan seperti rumput bergegelung. Karpet lantai jenis ini lebih senang dicuci dan kurang nampak kotor kerana kotoran seperti debu atau pasir akan terlindung di sebalik koil.

BACA >>> 11 Aksesori Wajib Ada Dalam Kereta Anda, Berserta Infografik

BACA >>> Gajet Ini Mampu Mengepam Tayar Kereta Anda Dengan PSI Sempurna

4. TUKAR TOMBOL GEAR

https://www.caraccessoriesplus.co.uk/assets/images/products/alfaromeo/71805899.jpg
Entah apa yang tidak kena dengan tombol gear standard, tetapi ramai memilih menggantikannya dengan edisi kedai aksesori sama ada daripada jenama aksesori permotoran terkenal seperti Momo atau nama divisi tuner mengikut jenama kereta masing-masing seperti Mugen, Ralliart, TRD dan seumpamanya.

Rekabentuk dipilih sama ada kemasan krom, trim benang berwarna ala kereta lumba atau paten kayu walnut. Walaupun tiada alasan kuat untuk menukarnya, kami percaya bahawa menukarkan tombol gear adalah antara cara paling mudah dan murah untuk mengubah imej kereta sendiri supaya tidaklah 'sakit mata' kerana tampil dengan rupa standard semata-mata.

5. PASANG PEMBALUT RODA STERENG

balut-stereng
Sesetengah pemilik tidak ambil kisah sangat tentang memasang pembalut roda stereng. Lebih-lebih lagi jika mereka membeli varian premium yang rata-ratanya sudah siap dilengkapkan dengan trim dan balutan kulit berserta liang pori.

Tetapi, bagi yang keretanya datang dengan roda stereng 'bogel', membalut roda stereng ialah pilihan terbaik sama ada beli pembalut yang siap ada di kedai aksesori, atau buat tempahan khas secara kustom di bengkel trim kulit. Maklumlah, mahu tukar stereng, risau pula pasal isu beg udara dan kualiti material , serta harganya boleh tahan menangis juga.

6. NAIK TARAF SISTEM AUDIO

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/b3/9a/3d/b39a3df5407500e0507775a802a948bb.jpg
Menaik taraf sistem audio adalah antara cita-cita kebanyakan pemilik kereta dan kejayaan merealisasikannya bolehlah dianggap satu pencapaian terhebat dalam kehidupan memandu mereka. Bagi yang tidak sabar, mereka boleh saja terus menukar sistem audio standard kepada jenis baharu dengan bajet di bawah RM500 yang dilengkapi ciri MP3, USB dan auksiliari.

Tetapi bagi yang bersabar dan penuh cita-cita tinggi, mereka sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menyediakan set audio berkualiti tinggi yang turut membabitkan paparan infotainment dan pembesar suara serta subwufer. Malang bagi kebanyakan kereta baharu hari ini kerana sistem audio mereka sudah dikustomkan mengikut rekaan papan pemuka. Jadi terasa sayang pula bagi pembeli yang berhajat mahu menukar cita rasa.

7. BALUT KERUSI KULIT

https://s1.cdn.autoevolution.com/images/news/gallery/w222-mercedes-s-guard-interior-wrapped-in-crocodile-leather-photo-gallery_4.jpg
Khas untuk pemilik kereta dengan kerusi fabrik, di mana kerja membalut kerusi itu membabitkan material kulit atau separa kulit (semi-leather). Semestinya alasan kuat membalut kerusi adalah kerana mahu menjaga ketahanan material kerusi sedia ada, dan mahu rupa dalaman tampak lebih elegan dan mewah. Boleh dibeli terus di kedai aksesori mengikut jenama dan jenis kenderaan, atau pergi ke bengkel trim kulit dengan bajet mencecah kira-kira RM1,000 dan ke atas.

BACA >>> Bilakah Tempoh Anda Sepatutnya Tukar Minyak Enjin?

8. TAMPAL PELEKAT

https://cdn1.lockerdome.com/uploads/84d0f19fd7eaa272525cffd0d0737661fb9505ea43aef9b48eb03d9c6111e48d_large
Memang ada golongan yang apa-apa hal mesti cari pelekat kereta. Rasa lemah semangat pula kalau tengok cermin kereta yang suci murni begitu. Nah, apa lagi, ditampalnya pelbagai jenis pelekat di cermin - depan, tepi dan belakang. Pelekat cermin biasanya menggambarkan minat seperti menampal pelekat pasukan bola sepak kesayangan, jata negeri kelahiran dan grup kelab kereta, termasuk memberitahu apa ada dalam kereta mereka seperti ada anak kecil, si pemandu seorang makwe atau pakwe, cun atau handsome danlain-lain.

Ada juga menampalkan pelekat berbaur keagamaan seperti kalimat syahadah dan Bismillah. Tetapi sedihnya, kadang-kadang si pemilik pelekat itu lupa memberikan signal ketika membelok. Jadi, berhati-hati menggunakan pelekat seperti ini kerana boleh mengundang persepsi negatif di kalangan pengguna jalan raya lain. Ada juga menampal pelekat corak abstrak atau strip yang ada pada sebuah kereta lumba rali, drift atau drag walaupun kereta yang sedang mereka bawa itu daripada jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) sahaja. Janji happy-kan.

9. HIAS BANTAL, ANAK PATUNG, TASBIH, KOTAK TISU DAN ALAS PUNGGUNG

https://img.alicdn.com/imgextra/i1/1761621356/TB2KJTAeVXXXXbYXpXXXXXXXXXX_!!1761621356.jpg
Ini antara aksesori kegemaran pemandu perempuan. Lelaki pun ada juga, biasanya tasbih digantung di tangkai cermin pandang belakang. Mungkin tujuan diletakkan semua aksesori di atas ini adalah supaya ruang dalaman kereta nampak meriah dan tidak kosong hingga rupanya tidak tumpah seperti  dalam bilik tidur atau ruang tamu rumah.

10. TUKAR LAMPU AMBIEN

https://3.bp.blogspot.com/-039ZZRJB-dE/UWwsHQPGS-I/AAAAAAAAWxM/c7ivxQD09uY/s1600/Ambient2333.jpg
Mungkin lampu dalaman cerah sangat, lalu ditukarnya kepada lampu ambien yang lebih malap dan gelap. Antara warna popular ialah biru. Tidak cukup lampu siling, diletakkan pula lampu tambahan pada lantai, laci glove box dan ruang utiliti di papan pemuka. Kadangkala, lampu malap yang digunakan tidak membantu langsung untuk mencari atau melihat barang apabila diperlukan. Asalkan lawa katanya.

Related

474
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: aksesori dalaman kereta, autotainment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev