Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Akio Toyoda: Pengeluar Automotif Jepun Perlu Tenang, Senyum Hadapi Covid-19
Auto Terkini

Akio Toyoda: Pengeluar Automotif Jepun Perlu Tenang, Senyum Hadapi Covid-19

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Toyota, Akio Toyoda yang juga Ketua Automotif Jepun berkata, pandemik global akibat penularan Covid-19 yang sedang berlaku sekarang diakui memberikan kesan pada pengeluaran dan jualan kenderaan seluruh dunia.

Namun, Toyoda memberi janji kilang-kilang di Jepun akan melakukan sebaik mungkin untuk kekal beroperasi menerusi pengeluaran kereta dan trak.

“Pengeluaran akan diteruskan, jika tidak kami akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada pelanggan dan kami tidak akan menghentikan operasi pemasangan,” katanya yang juga menjadi Pengerusi Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA).

Toyoda mengakui beberapa pelarasan output perlu dilakukan disebabkan penurunan permintaan dan bekalan terhad. Contohnya, Nissan melaksanakan penggantungan berkala di beberapa kilang Jepun berikutan kekurangan alat ganti, manakala Honda memperlahankan pengeluaran beberapa model di negara itu.

Bagaimanapun, Toyoda menggesa industri automotif Jepun untuk kekal tenang dan bekerjasama menghadapi krisis Covid-19.

“Jangan bimbang terlalu banyak, tetapi bersungguh-sungguh dan saling membantu. Pada masa ini, kita perlu tersenyum dan buat segala yang kita mampu untuk mengatasi keadaan ini, jadi senyum, senyum,” katanya.

Tambahnya, terlalu awal untuk meramalkan kesan buruk yang bakal dihadapi dan jangka masa gangguan industri akan berlangsung. Kebiasaannya pertubuhan berkenaan akan melancarkan ramalan jualan pasaran domestik Jepun untuk tahun fiskal mulai 1 April.

“Orang akan bertukar negatif jika mereka berfikir dengan serius tentang perkara-perkara yang tidak dapat dikawal dan faktor terbesar di sebalik keadaan ekonomi semasa ialah keresahan orang ramai kerana ketidakpastian,” jelasnya.

BACA>>>Covid-19: Honda Malaysia Henti Operasi Sementara Sampai Hujung Bulan Ini

Kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas Toyota dan banyak pengeluar automotif global lain bertindak menghentikan pengeluaran dalam usaha mengelak penularan Covid-19.

Toyoda menjelaskan pandemik global itu turut membuka mata industri kepada keperluan menyesuaikan diri dengan cara kerja baharu seperti telekerja dan menampung kerja jauh berskala besar.

BACA >>> Mainan Tomica Toyota Celica Buat Ketua Jurutera Type R Jatuh Cinta Pada Kereta

SUMBER: AutoNews

Akio Toyoda Auto Terkini Covid-19 Pengerusi Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA) Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA) Toyota virus covid wabak covid-19
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.