Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Adakah Tayar Terpakai Selamat dan Boleh Digunakan?
Autotainment

Adakah Tayar Terpakai Selamat dan Boleh Digunakan?

Han OthmanBy Han Othman25/06/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI MALAYSIA, menjual tayar terpakai, atau sedikit haus tidak menjadi kesalahan, termasuk juga membeli dan menggunakannya. Cuba buat carian Google dan anda akan dapat lihat ada banyak kedai tayar menawarkan tayar yang sudah digunakan.

Adakah selamat untuk dicuba dan menjimatkan wang dengan membeli set tayar terpakai daripada kenderaan lain?

APA UNDANG-UNDANG KATA?

Kesalahan mengenai tayar ada tertulis dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Peraturan Lalu Lintas 1958, Bahagian II – (IV) Memandu dan Kesalahan yang Berkaitan, nombor 62 di bawah Seksyen K.105 MV (C/U) iaitu:

Gagal mengekalkan keadaan tayar/tayar botak – Hukuman Seksyen 119(2) dengan Kadar Kompaun RM150.

Namun tidak diperincikan syarat keadaaan tayar dan ‘botak’ seperti dinyatakan. Berapakah kedalamannya? Adakah tarikh luput diambil kira? Jika di Australia, tayar perlu memiliki kedalaman bunga sekurang-kurangnya 1.5mm (tayar baharu biasanya 6-8mm) seluruh tayar. Jerman pula lebih ketat dengan mensyaratkan sekurang-kurangnya 3mm.

Penguatkuasaan undang-undang tayar juga longgar di Malaysia, dan lebih bertumpu kepada kenderaan berat dan komersial. Penjualan tayar terpakai juga bukan menjadi kesalahan, apatah lagi membelinya.

BACA >>> Tayar Sotong, Tiada Brek Punca Nahas Honda CBR150R, Nyaris Tercampak Masuk Gaung

KENAPA BELI TAYAR TERPAKAI?

Alasannya mudah saja, murah. Tayar terpakai biasanya dijual separuh harga daripada tayar baharu, atau lebih murah, mengikut saiz dan kondisi. Contohnya, jika sebuah tayar baharu saiz 14 inci berharga RM140, sebuah tayar terpakai bersaiz sama cuma berharga RM50-RM70. 

Golongan yang selalu mencari tayar terpakai terdiri daripada:

  • Tiada bajet atau ‘bajet lari’.
  • Terdesak cari tayar ganti (belum gaji) sebab tayar rosak/bocor/dan lain-lain.
  • Memang pe’el jenis pakai tayar terpakai saja (kedekut).
  • Geng motorsport amatur, terutama lumba drag atau drift.

PATUTKAN BELI TAYAR TERPAKAI?

Sebenarnya tiada pihak yang memantau kualiti tayar terpakai di Malaysia untuk kenderaan penumpang. Anda sendiri sebagai pembeli yang akan menentukannya. Britain misalnya, tayar haus perlu mempunyai kedalaman bunga minimum 2mm dan ditanda sebagai Part Worn, termasuk melepasi ujian tekanan angin dan struktur.

Sebaliknya di Malaysia, pembeli bergantung sepenuhnya kepada pilihan mata sendiri. Perkara yang selalu dilihat ialah keadaan tayar yang tidak merekah dan kedalaman bunga sekurang-kurangnya 50 peratus atau lebih tebal. Tayar juga diperiksa supaya tiada kecacatan fizikal seperti bengkak, terkoyak,  tersiat dan lain-lain. Selain itu ialah pasrah.

Tayar terpakai juga berisiko keselamatan dan semestinya prestasi ditawarkan tidak setanding tayar baharu. Malah jangka hayat juga tidak lama. Banyak kes menunjukkan tayar terpakai yang dibeli cuma mampu bertahan lebih kurang setahun setengah sahaja sebelum tiba-tiba merekah dan material getah mengeras.

Apabila dihitungkan, membeli tayar baharu jenis ekonomi sebenarnya lebih berbaloi.

BACA >>> Ketahui 6 Cara Mudah Bilakah Anda Perlu Tukar Tayar Baharu?

JADI, TAK PAYAH BELI TAYAR TERPAKAI?

Terpulang kepada anda. Jual beli tayar terpakai wujud kerana ada permintaan, dan mereka yang mencari tayar terpakai sentiasa ada seperti kami senaraikan di atas.

Cuma secara umum, kami menasihatkan anda supaya menggantikan tayar lama atau rosak dengan tayar baharu, bukan terpakai. Namun jika kekal memilih tayar terpakai, anda patut faham tentang risiko yang perlu dihadapi memandangkan negara kita tiada standard khas untuk jenis tayar terpakai yang betul-betul baik.

Mungkin tip di bawah ini dapat membantu anda memilih tayar terpakai berkualiti baik:

  • Kedalaman bunga sekurang-kurangnya 2mm atau lebih tebal
  • Pastikan tarikh luput tayar tidak terlampau lama
  • Lihat bahagian dalaman dan luaran tayar untuk memeriksa sebarang kesan haus atau kerosakan
  • Periksa kondisi tayar selepas 3 bulan

BACA >>> Blogger UK Ini Terus Insaf Selepas Buat Simulasi Pandu Uji Kereta Tayar Botak

autotainment Beli Tayar Terpakai Tayar tayar kereta Tayar Second Tayar Terpakai Tip Beli Tayar Tip Beli Tayar Terpakai
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

13/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026

1 Comment

  1. Alson on 26/06/2019 11:45

    Tayar terpakai di Malaysia wajar dihadkan kepada tayar berusia kurang lima (5) tahun sahaja.. jika peruncit menjual tayar ‘terpakai’ melebihi 5 tahun wajar didenda seberat²nya…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

By Syafie30/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

By Syafie27/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.