Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Apakah Ini Proton Exora 2017 Refinement? Harga Bermula RM67,800
Auto Terkini

Apakah Ini Proton Exora 2017 Refinement? Harga Bermula RM67,800

Abang GYLBy Abang GYL19/06/20174 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton Exora 2017 refinementSEDIA maklum tempahan bagi Proton Exora 2017 versi diperhalusi (refinement) sudahpun dibuka pada 15 Jun lalu. Bagaimanapun kami masih belum menerima sebarang foto rasmi daripada pihak Proton.

Untuk itu, kami meminta Ajerul Antoine, pakar manipulasi foto menghasilkan dua gambar Proton Exora 2017 refinement.

* Foto ini dihasilkan sendiri oleh Ajerul Antoine dan bukannya gambar rasmi daripada Proton.

Bagi anda yang tidak tahu, Proton Exora 2017 refinement  diberikan penambahbaikan dari segi NVH (kebisingan, getaran dan kekasaran), sama seperti Iriz yang diperkenalkan baru-baru ini.

Keselesaan kabin juga dipertingkatkan menerusi pengurangan jumlah cagakan kepada 3-poin yang mengurangkan kebisingan dan getaran daripada enjin. Hasilnya Proton Exora 2017 refinement ini lebih senyap dan responsif!

Dari segi varian, Proton Exora 2017 refinement masih kekal dengan dua pilihan iaitu 1.6T Executive CVT dan 1.6T Executive Plus CVT.

BACA >>> Adakah Ini SUV Pertama Keluaran Proton? Jika Ya, Mesti Laku Keras!

Proton Exora 2017 refinementHARGA

  • Proton Exora 1.6T Executive CVT 2017 – RM67,800
  • Proton Exora 1.6T Executive Plus CVT 2017 – RM75,800

* Harga atas jalan termasuk GST, insurans dan cukai jalan

5 WARNA PILIHAN

  1. Ruby Red (merah – warna baharu)
  2. Elegant Brown (coklat)
  3. Cocoa Grey (kelabu)
  4. Indiana Grey (kelabu)
  5. Cotton White (putih)

BACA >>> Proton Iriz ‘Facelift’ Kini Diperhalusi, Lebih Responsif dan Senyap [80++ Foto Menarik]

Proton Exora 2017 refinement
Proton Exora 2017 refinement

APA YANG BAHARU?

Antara pembaharuan dan penambahbaikan yang ditampilkan pada Proton Exora 2017 refinement ialah;

  • Warna baharu – Merah
  • Bumbung hitam – varian Executive Plus CVT sahaja
  • Gril hadapan & belakang berwarna hitam
  • Logo baharu Proton
  • Spoiler hitam
  • Cermin sisi hitam
  • Skrit sisi hitam
  • Sistem audio baharu (sama seperti Saga)
  • Sambungan USB

Bagi anda yang mahu memilikinya, tempahan Proton Exora 2017 refinement sudahpun dibuka. Bagaimanapun kami masih belum menerima sebarang foto rasmi daripada Proton.

Apakah anda berminat dan teruja dengan pembaharuan terbaru Exora ini?

BACA >>> Proton ‘Naik Gila’, Dulu Servis RM1,137, Sekarang Hanya RM574

Ajerul Antoine harga Proton Exora 2017 harga Proton Exora 2017 refinement proton exora 2017 malaysia Proton Exora 2017 refinement
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026

    4 Comments

    1. JoeEOCM on 19/06/2017 21:54

      Harap² xde dah masalah headlamp masuk air, kipas radiator baru pakai seminggu dh kong (2 bende ni mmg defect, tp pengguna kene rasa pengalaman dulu baru leh gi svc ctr n tukar), fuel gauge yang menganiaya pengguna (kat meter ada 2 bar, tapi sebenarnye tangki dah kosong!!!), room light yg rapuh/reput.. cvt yg bermasalah dan kos tahap kering duit dlm bank (pengalaman rakan bold)
      yang lain memang saya sebagai pemilik exora cps sgt berpuas hati. Spacious, comfort, 2nd row & back seat yg totally foldable (boleh bentang toto n bawak barang banyak giler). Cuma pada versi cps ada VIM yg cukup time akan buat bunyi exora mcm dlm hood tu ada V8@V10 engine dan kos nk tukar VIM tu dekat rm1k!…

      Reply
    2. Razmie on 22/01/2018 15:10

      Saya merupakan pengguna kereta proton yang tegar dan proton exora merupakan model ketiga keluaran proton yang saya miliki. Bagi model mc3 keluaran terbaru saya telah menerima kereta pada 6.12.2017 yang lalu dan kereta telah digunakan untuk pemanduan yang jauh lebih kurang 1800 km jarak pemanduan dari pantai timur sabah ke kuching sarawak. Satu pujian ke atas pihak proton iaitu bagi perjalanan yang agak kurang selesa dengan muatan yang penuh iaitu 5 penumpang dan barangan keperluan, proton exora betul2 di uji dari segi ketahanan dan penggunaan minyak yang cukup efisien bagi jarak perjalanan yang jauh. Syabas ke atas kejuruteraan proton yang dapat menghasilkan sebuah mpv yang bukan saja luas dan selesa tetapi enjin yang responsif bagi perjalanan untuk muka bumi sabah dan sarawak. Untuk makluman semua model yang saya gunakan ialah model executive (turbo).

      Reply
      • zuriani on 19/02/2018 10:12

        kurang selesa atau selesa?

        Reply
    3. Ayutai on 18/04/2018 22:09

      Bagus la idea ciptaan ajierol ni. Baru kereta ciptaan setaraf antarabangsa.. body fit dia mcm honda.. line yg tajam..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.