Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Alpinestars Supertech R10 Rasmi Di Malaysia – Harga Dari RM3,999-RM4,799
Auto Terkini

Alpinestars Supertech R10 Rasmi Di Malaysia – Harga Dari RM3,999-RM4,799

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA ALPINESTARS Malaysia memperkenalkan helmet premium Supertech R10 bagi pasaran tempatan, direka khusus untuk kegunaan prestasi tinggi dan penunggang motosikal sukan.

Dibawa masuk oleh Sinar Puncak Sdn Bhd, model itu ditawarkan pada harga RM3,999 untuk versi Plain Carbon dan White, manakala enam pilihan grafik premium dijual pada harga RM4,799.

Direka Dari Teknologi Perlumbaan MotoGP

Supertech R10 dibangunkan menggunakan pengalaman Alpinestars dalam perlumbaan elit termasuk MotoGP, dengan pematuhan kepada piawaian keselamatan FIM, ECE 22.06 dan DOT.

Helmet itu turut menggunakan konfigurasi Asian Fit yang lebih sesuai untuk bentuk kepala penunggang di rantau Asia, selain didatangkan bersama visor jernih, visor gelap, lensa anti-kabus Pinlock, tear-off dan breath deflector sebagai kelengkapan standard.

Struktur Keselamatan Berprestasi Tinggi

Bahagian dalaman menggunakan lapisan EPS berketumpatan pelbagai yang terdiri daripada lapan komponen berasingan bersama lapisan geseran rendah (low-friction liner) yang dibangunkan khusus untuk perlumbaan.

Menurut Alpinestars, teknologi tersebut menawarkan tahap perlindungan yang melebihi syarat ECE 22.06 dengan peningkatan sehingga 37 peratus bagi impak linear dan 65 peratus bagi impak putaran.

Cengkerang Gentian Karbon Pelbagai Lapisan

Di bahagian luar, Supertech R10 menggunakan struktur komposit berasaskan karbon yang menggabungkan bahan seperti karbon 3K berketumpatan tinggi, karbon unidirectional, gentian aramid dan gentian kaca yang dicantum menggunakan resin epoksi khas.

Sistem pelapik dalaman boleh ditanggalkan untuk tujuan pembersihan, manakala rekaan kusyen kepala dan leher membantu mengurangkan daya hentakan yang disalurkan ke bahagian kepala, leher dan otak ketika kemalangan.

Rekaan Aerodinamik Dengan 11 Liang Pengudaraan

Bagi memastikan aliran udara optimum, Alpinestars melengkapkan Supertech R10 dengan 11 liang pengudaraan yang terdiri daripada enam saluran masuk dan lima saluran keluar.

Model grafik pula menerima spoiler belakang perlumbaan tambahan yang membantu mengurangkan rintangan angin sehingga 4.54 peratus, selain dipadankan dengan winglet sisi untuk meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi.

Sesuai Untuk Kegunaan Trek, Jalan Raya

Helmet ini ditawarkan dalam empat saiz cangkerang dan empat saiz lapisan EPS bagi memastikan padanan yang lebih tepat untuk pelbagai bentuk kepala penunggang.

Turut disediakan ialah sistem pelarasan A-Head Fitment yang membolehkan pengguna melakukan talaan lebih terperinci mengikut bentuk serta saiz kepala masing-masing.

Ciri Tambahan Fokus Keselamatan Penunggang

Supertech R10 dilengkapi sistem Quick Release pada pad pipi bagi memudahkan proses menanggalkan helmet ketika kecemasan, selain rekaan sisi yang direka khas untuk mengurangkan risiko kecederaan pada tulang selangka sekiranya berlaku kemalangan.

Selain itu, saluran untuk sistem hidrasi turut disediakan pada bahagian pad pipi kanan, menjadikannya lebih praktikal untuk kegunaan di litar.

Berat 1.54kg, Mula Dijual Jun 2026

Menurut Alpinestars, Supertech R10 bersaiz M mempunyai berat sekitar 1,540 gram, menjadikannya antara helmet perlumbaan premium yang masih mengekalkan keseimbangan antara perlindungan dan keselesaan.
Stok Alpinestars Supertech R10 kini boleh didapati di semua pengedar sah Alpinestars Malaysia bermula Jun 2026.

Alpinestars Supertech R10 Helmet premium MotoGP piawaian keselamatan FIM Plain Carbon Sinar Puncak Sdn Bhd White
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet dan Duta 2026, Terus Sokong Bakat Perlumbaan Malaysia

    08/06/2026
    Roda4

    Suzuki Perkukuh Barisan SUV Malaysia, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

    08/06/2026
    Roda4

    Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

    08/06/2026
    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.