YAMAHA memulakan saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 dengan jentera YZR-M1 yang tidak menerima pembaharuan signifikan, terutama aspek output kuasa.
Khabarnya, YZR-M1 musim ini tidak jauh berbeza dengan jentera yang membantu Fabio Quartararo muncul juara tahun lalu.
BACA >>> Fabio Quartararo Sah Juara Dunia MotoGP 2021!
BACA >>> Jika YZR-M1 Masih Masalah, Quartararo Tinggalkan Yamaha?
Hasilnya, MotoGP tahun ini menyaksikan Quartararo agak bergelut memburu podium atau berada di depan barisan pencabar lain, terutama pasukan Ducati.
Di GP Qatar, Quartararo menamatkan aksi pembukaan MotoGP itu di tangga kesembilan, manakala di Argentina, beliau menduduki tangga ke lapan, dan naik satu anak tangga selepas tamat saingan GP Austin.
Bagaimanapun, di litar Mandalika yang basah, pelumba Yamaha itu muncul Naib Juara sebelum merangkul kejuaraan pertama musim ini di GP Portugal. Minggu lalu di GP Sepanyo pula, beliau menamatkan aksi itu sekali lagi sebagai Naib Juara. Nampaknya juara bertahan itu kekal mempamerkan prestasi lebih baik walaupun memberikan banyak ‘komplen’ mengenai prestasi sebenar YZR-M1.
BACA >>> Quartararo: Semua Motor Honda Laju Belaka
Quartararo boleh dianggap pelumba terbaik Yamaha jika hendak dibandingkan rakan sepasukan, Franco Morbidelli atau dua pelumba pasukan satelit RNF Racing, Andrea Dovizioso dan Darryn Binder.
Selepas enam pusingan MotoGP 2022, Quartararo masih mendahului saingan keseluruhan dengan kutipan 89 mata, lebih tujuh mata di atas Aleix Espargaro (Aprilia), dan menjarakkan diri 20 mata dari Enea Bastianini (Ducati) dan Álex Rins (Suzuki).
Morbidelli pula sekadar menduduki tangga 16 dalam ranking keseluruhan (18 mata), manakala Dovizioso cuma 8 mata, dan Binder pula 6 mata. Berbanding rakan pasukan lain yang mengadu tentang masalah roda belakang kurang cengkaman, Quartararo pula cenderung mengkritik output kuasa YZR-M1.
BACA >>> Racing Boy (RCB) Taja Yamaha RNF MotoGP Team Tiga Musim, Mula Tahun Ini
APA RAHSIA QUARTARARO
Walaupun mempamer aksi naik turun sepanjang musim ini, kemenangan di Portugal mencipta kejutan. Quartararo berkata;
Aku sudah jadi kejutan mendahului kejuaraan (kutipan mata) minggu lepas (selepas aksi Portugal) kerana selain Mandalika… ia macam… aku tak nak cakap bala, tetapi kedudukan aku cuma di tempat ketujuh, lapan, sembilan, kedua dan kemudian jadi juara (di Portugal).
“Akhirnya, kami sentiasa muncul dalam ranking 10 ke atas dan dalam perlumbaan macam ini, kau cuma beri yang terbaik untuk kumpul tiga, empat, lima poin lebih daripada apa diperlukan. Inilah yang buatkan poin itu jadi amat penting.
“Sejujurnya, aku ride hingga ke kemuncak (maksimum) dan tak ada apa lagi (dapat dibuat) dalam setiap detik. Memang benar pelumba Yamaha lain masih bergelut, tapi akhirnya, itu bukan masalah aku.”
Quartararo mengakui sudah berfikir banyak perkara untuk menjadi lebih pantas dengan YZR-M1, dan katanya;
Jadi, aku jaga diri sendiri.”
BACA >>> Quartararo Masih Tak Yakin Prestasi Sebenar Yamaha untuk Aksi Mandalika
BACA >>> Juara WorldSBK 2021, Toprak Sertai Yamaha untuk MotoGP 2023?
BACA >>> #BikinMotor: Ninja ZX-25R Turbo Ini Capai Kelajuan 252kmj!
BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?
SUMBER: Motorsport
Leave a Reply