• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Ninja ZX-25R Turbo Ini Capai Kelajuan 252kmj!

#BikinMotor: Ninja ZX-25R Turbo Ini Capai Kelajuan 252kmj!

April 13, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT aksesori dan tuner Jepun, Trick Star membuktikan Kawasaki ZX-25R mampu mencapai kelajuan 252kmj selepas ditambah pengecas turbo.

Trick Star pernah menyatakan harapan mencatat kelajuan 250kmj pada musim panas lalu dengan membuat talaan bagi meningkatkan output kuasa daripada 46hp kepada hampir 100hpb

BACA >>> Rea, Lowes Tunggang Uji Kawasaki ZX-25R di Jerez

Apa dilakukan adalah memasang unit pengecas turbo, sistem ekzos kustom dan menala semula sistem suntikan bahan api (FI) serta perisian motosikal. Berdasarkan rakaman video, kru Trick Star juga beberapa kali melakukan pelarasan sebelum berhasil mencapai kelajuan lebih 250kmj.

Purata halaju spidometer ialah 250kmj atau 241kmj menggunakan peranti GPS.

Kawasaki memperkenalkan Ninja ZX-25R pada 2019 yang dibangunkan khas untuk penunggang Asia. Sportbike 4-silinder sebaris 249cc itu menggunakan enjin empat piston berdiamater 50mm untuk mengekstrak hampir 46hp @ 15,500rpm, manakala kelajuan maksimum standard 187kmj.

BACA >>> Interviu: Kenapa Projek Kawasaki ZX-25R Dibangunkan Semula?

Jadi Trick Star memerlukan tambahan kelajuan 63kmj untuk mencapai misi 250kmj, dan antara modifikasi dibuat adalah  memasang unit pengecas turbo untuk tambahan dos kuasa kira-kira 60hp.

Berdasarkan maklumat, roda belakang memerlukan kuasa sekurang-kurangnya 44hp untuk mencapai kelajuan 187kmj. Kiraan dibuat dengan mengambil kira faktor rintangan angin yang mana kuasa 105hp diperlukan jika mahu mencatatkan angka kelajuan 250kmj.

Hasilnya memang berbaloi! Sangat laju!

BACA >>> Sumber: Modenas Takkan Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R?
BACA >>> Harga Kawasaki ZX-25R Bocor di Indonesia, Harga Selepas Cukai Cecah RM36k!
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R Tiba di Hong Kong, Harga RM41k

Kawasaki Ninja ZX-25R Turbo - 4
Kawasaki Ninja ZX-25R Turbo - 5
Kawasaki Ninja ZX-25R Turbo - 0
Kawasaki Ninja ZX-25R Turbo - 2
Kawasaki Ninja ZX-25R Turbo - 1
Kawasaki Ninja ZX-25R Turbo - 3

SUMBER: MotorradOnline

Artikel Berkaitan

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Auto Terkini, bikin motor, Kawasaki, Kawasaki Ninja ZX-25R Turbo, Kawasaki ZX-25R SE (2022), Modifikasi, roda2, Sportbike 4-Silinder 250cc, Sportbike Suku Liter, Trick Star

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
    KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
  • Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
    Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
  • Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
    Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
  • Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik
    Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my