Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GP Portugal Saksi Detik Kebangkitan Quartararo, Bakal Dominasi Litar Eropah?
Auto Terkini

GP Portugal Saksi Detik Kebangkitan Quartararo, Bakal Dominasi Litar Eropah?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUARA bertahan, Fabio Quartararo mencatat kemenangan pertama musim ini apabila mendominasi saingan GP Portugal di litar Portimao, semalam. Kali terakhir dia muncul juara adalah di GP British 2021.

Quartataro menguasai perlumbaan selepas memintas pelumba Suzuki, Joan Mir pada lap keempat dari posisi ke-25. Selepas itu, pelumba Perancis itu terus melebarkan jarak dengan jurang masa 5.4 saat, sekali gus meraih kejuaraan julung kali musim ini.

BACA >>> Quartararo Tidak Tercabar di GP British
BACA >>> Tiga Pasukan Dijangka Cipta Kejutan dalam MotoGP 2022

Kepuasan jelas terpampang pada wajah Quartararo selepas menamatkan aksi semalam. Malah dia berterus-terang mendedahkan sukar menerima detik pasukannya meraikan kemenangannya dalam saingan GP Amerika kerana dia sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-7, dua minggu lalu.

Quartararo berkata;

Agak lama juga aku gagal capai kemenangan, rasanya (kali terakhir) Ogos tahun lepas di Silverstone. Ditambah pula detik sukar aku tempuhi tahun ini.

“(Musim MotoGP 2022) masa berlalu pantas, empat perlumbaan (sudah berlangsung), tetapi apabila kamu menang kejuaraan, kamu selalu mahu bersaing untuk satu lagi kejuaraan.

“Bagi aku, memang sukar nak terima hakikat yang aku gembira dapat tamatkan perlumbaan di tempat ketujuh kat Austin dulu sebab kelajuan saingan aku dah bertambah baik berbanding tahun lepas.

“Kita tak ada buat penambahbaikan besar kat motor. Kita semua tau apa berlaku. Jadi dah tentu aku payah nak terima team celebrate-kan aku sebab dapat P7. Dalam kepala, P7 tu tak bagus mana, tapi aku tetap gembira la juga.”

🏆 @FabioQ20 secured his first win of 2022 in style 🔥

Nobody could come close to his level at the Portuguese GP 🔝 #MonsterYamaha | #MotoGP | #PortugueseGP | @MotoGP pic.twitter.com/26jq5TVPGb

— Monster Energy Yamaha MotoGP (@YamahaMotoGP) April 24, 2022

Mengulas mengenai GP Portugal, Quartararo menyifatkan persaingan muncul juara adalah detik istimewa dan sedikit beremosi. Menurutnya;

Aku selalu cakap, aku bersaing untuk P1, P5 atau P10. Hari ini (semalam), memang rasa lebih seronok dan sebab itu aku jadi emosi.”

Quartararo sering mencuri tumpuan apabila kerap mengkritik Yamaha mengenai kemajuan dibuat untuk kelajuan maksimum jentera musim ini.

Secara mudah, aku tak pernah cakap motor tu tak berfungsi (Yamaha YZR-M1). Motor itu berfungsi ikut cara dan apabila ia tidak berfungsi, sudah tentu anda tidak dapat bersaing (untuk menamatkan perlumbaan) di kedudukan seperti ini.

“Memang betul, motor ini memang hilang banyak top speed tapi kat trek ini, aku rasa top speed bukan masalah sebab masa corner terakhir, aku mampu pantas masuk-keluar di kawasan bukit dan cuma mengurangkan sebanyak mana wheelie.

“Aku rasa poin penting untuk aku, sektor akhir. Aku rasa lebih baik sebab efek trek ni. Faktanya, tak apa yang berubah.”

Hala tuju Quartararo untuk musim 2023 masih terbuka. Apabila ditanya mengenai kemungkinan kemenangan semalam akan mengubah keputusan masa depannya, dia menjawab mudah; “TIDAK.”

BACA >>> Jika YZR-M1 Masih Masalah, Quartararo Tinggalkan Yamaha?
BACA >>> Quartararo Masih Tak Yakin Prestasi Sebenar Yamaha untuk Aksi Mandalika
BACA >>> Bastianini Juara GP Qatar, Marquez Menyerlah, Quartararo Semakin ke Belakang!
BACA >>> Quartararo: Semua Motor Honda Laju Belaka
BACA >>> Fabio Quartararo Sah Juara Dunia MotoGP 2021!

SUMBER: Motorsport | Fabio Quartararo |Monster Energy Yamaha MotoGP

Fabio Quartararo GP Portugal 2022 Joan Mir Monster Yamaha roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.