Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»915,874 Kemalangan Jalan Raya Direkod Sepanjang 2021, 2022 – Loke
Auto Terkini

915,874 Kemalangan Jalan Raya Direkod Sepanjang 2021, 2022 – Loke

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize13/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBANYAK 915,874 kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang 2021 dan 2022, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Daripada jumlah itu, 545,588 kemalangan jalan raya berlaku pada 2022 dengan 6,080 kematian (1.1 peratus), dan 370,286 kemalangan pada 2021 dengan 4,539 kematian (1.23 peratus).

Loke berkata;

Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kemalangan jalan raya kebanyakannya disebabkan tingkah laku manusia, diikuti rekabentuk, kondisi infrastruktur jalan dan keadaan kenderaan.”

Menurut jawapan bertulis Parlimen Loke kepada Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) hari ini (13 Jun), MIROS dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus menjalankan kempen dan langkah penguatkuasaan untuk menggalakkan etika pemanduan selamat.

Terdahulu, Adnan meminta Loke menyatakan punca utama kemalangan jalan raya yang membawa maut selain rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Sehubungan itu, Loke berkata, Kementerian Pengangkutan turut melancarkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM 2022-2030) pada 27 Januari 2022, bagi menangani isu kemalangan jalan raya.

Menurutnya, matlamat pelan itu adalah mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang 2030.

Pelbagai program dan strategi melibatkan pihak berkepentingan daripada masyarakat tempatan dan sektor swasta juga dirancang,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua strategi aktif dan pasif turut diambil bagi meningkatkan standard keselamatan kenderaan.

Ini melalui pewujudan pusat penyelidikan dan ujian keselamatan kenderaan serta menambah baik piawaian dan mekanisme yang digunakan untuk menilai keselamatan kenderaan,” katanya.

BACA >>> Lebih 60 Peratus Kemalangan Maut Lebuhraya PLUS Libatkan Motosikal
BACA >>> Sikap Manusia Punca Utama Kemalangan, Penunggang Motosikal Paling Ramai Maut

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Jumlah Kemalangan 2021 Jumlah Kemalangan 2022 Kementerian Pengangkutan Menteri Pengangkutan
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.