Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»9 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Proton Exora (2019) Facelift, Harga Mula RM59,800!
Roda4

9 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Proton Exora (2019) Facelift, Harga Mula RM59,800!

Han OthmanBy Han Othman28/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Exora versi dipertingkat (facelift) dilancarkan secara rasmi sebentar tadi dengan menampilkan kemas kini luaran dan dalaman, termasuk dilengkapi sistem infotainment pintar, ‘Hi Proton’, sama seperti dimiliki model facelift terdahulu, Iriz dan Persona.

Kenderaan pelbagai guna (MPV), yang sudah memasuki 10 tahun usia pengeluaran tahun ini, boleh dimiliki pada harga menarik, iaitu bermula RM59,800 sahaja, dengan penjimatan RM2,208 berbanding model terdahulu.

BACA >>> Proton Persona (2019) Edisi Facelift Lancar, Harga Lebih Murah Bermula RM42,600

Apakah perkara menarik tentang Exora (2019) facelift?

1. HARGA MENARIK

Exora (2019) facelift ditawarkan dalam dua varian yang kedua-duanya dikuasakan enjin 1.6 Turbo dengan transmisi CVT:

  • Exora Premium 1.6T CVT – RM66,800
  • Exora Executive 1.6T CVT – RM59,800

2. LUARAN LEBIH SPORTY, AGRESIF

Penampilan paling ketara dapat dikesan ialah visual belakang, mengambil konsep sama seperti Iriz facelift, iaitu panel atas pintu but hitam dengan lencana ‘TURBO’ dan ‘EXORA’ di penjuru kiri dan kanan, yang asalnya diperkenalkan pada edisi facelift 2017. Lampu belakang meminjam rekaan asal daripada model CFE, iaitu jenis jernih.

Rupa depan kini lebih sporty dan agresif tanpa kemasan krom apabila bahagian gril digelapkan sepenuhnya. Bampar depan juga sama, cuma diberikan kemasan hitam pada difuser tepi bawah, termasuk skirt. Antena konvensional digantikan dengan antena sirip yu.

3. DALAMAN TAMPAK PREMIUM

Rekaan dalam Exora (2019) facelift kini lebih premium dengan rekaan stereng baharu dan kemasan perak pada konsol tengah yang memuatkan unit infotainment, termasuk konsol gear.

Set upholsteri  diperbaharui dengan kemasan semi-kulit bertekstur corak silang pada kerusi dan panel pintu, manakala kluster meter menampilkan fon lebih kemas warna putih. Tiada perubahan dimensi atau susunan konfigurasi kerusi dibuat.

4. WARNA BAHARU EKSKLUSIF

Exora (2019) Facelift memperkenalkan warna baharu, Rosewood Maroon (merah hati), sama seperti model Persona (2019)

5. ADA CIRI ARAHAN SUARA ‘HI PROTON’

Ini ialah ciri paling baharu yang tiada pada model terdahulu. Exora (2019) facelift dilengkapkan dengan ciri infotainment ‘Hi Proton’ yang membolehkan pengguna melakukan strim muzik dan navigasi secara atas talian, menikmati sambungan 4G dan melayari Internet dengan fungsi WiFi hanya dengan arahan suara.

BACA >>> Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?

6. ENJIN, DIMENSI DAN CIRI KEKAL SAMA

Exora (2019) facelift masih mengekalkan trenkuasa sama, 1.6 Turbo berkuasa 138hp dan tork 205Nm. Begitu juga dimensi luaran dan dalaman, masih sama. Bagi versi facelift, rasanya tidak banyak perlu diubah untuk Exora kerana model ini sememangnya antara MPV yang menawarkan ruang terbaik dalam kelas.

Exora (2019) facelift menawarkan kapasiti 7 kerusi yang mampu memuatkan 7 dewasa, penyaman udara setiap baris tempat duduk, dan ciri pengendalian terbaik.

BACA >>> 7 Perkara Patut Anda Tahu Tentang Proton Iriz (2019) Facelift – Harga Bermula RM36,700!

7. PAKEJ WARANTI

Proton menawarkan dua pakej menarik kepada pembeli Exora (2019) facelift, iaitu:

  • Pakej Servis – Caj buruh percuma sebanyak tiga kali
  • Pakej Data – Internet percuma selama 5 tahun dengan kuota data 1GB sebulan.

Menariknya, bagi pendaftaran sepanjang 2019, Proton menawarkan caj buruh percuma selama 5 tahun, tertakluk terma dan syarat

8. PAKEJ PEMBELIAN MENARIK

Exora (2019) facelift turut menawarkan kadar faedah rendah bermula 2.76 peratus dengan pakej perlindungan insurans hingga 12 tahun dan pampasan kemalangan bernilai RM15,000!

Bagi 1,000 pelanggan pertama, Proton memberikan cukai jalan percuma selama dua tahun untuk pendaftaran persendirian dan setahun percuma untuk pendaftaran syarikat.

Dengan segala pengurangan harga dan tambahan pakej serta ciri diberikan, pengguna mendapat tambahan nilai berjumlah RM4,233 untuk varian Exora Executive 1.6T CVT, dan RM5,652 (Exora Premium 1.6T CVT).

9. KOS SERVIS 5 TAHUN

Proton kali ini turut berkongsi anggaran kos servis untuk Exora (2019) facelift untuk 5 tahun pemilikan, iaitu:

  • Tahun 1 – RM363.27
  • Tahun 2 – RM314.26
  • Tahun 3 – RM654.05
  • Tahun 4 – RM705.46
  • Tahun 5 – RM385.98

JUMLAH: RM2423.02#

GALERI
Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Proton Proton Exora (2019) Proton Exora 2019 Facelift Proton Exora Executive 1.6T CVT Proton Exora Premium 1.6T CVT PROTON Holdings Berhad
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
BYD Atto 3 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

05/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

04/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

04/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

By Abang Hirata05/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.