Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»8 Fakta Tentang SOCAR yang Perlu Anda Tahu – Sewa Kereta Pandu Sendiri Ikut Jam
Autotainment

8 Fakta Tentang SOCAR yang Perlu Anda Tahu – Sewa Kereta Pandu Sendiri Ikut Jam

Han OthmanBy Han Othman16/05/201820 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI aplikasi mobil berkaitan pengangkutan diperkenalkan di Malaysia. Jika sekarang ini kita sudah terbiasa dengan perkhidmatan perkongsian kereta seperti GrabCar dan Uber, terbaru muncul pula SOCAR yang mendefinisikan model perniagaannya sebagai pengangkutan multi-flex.

Apakah SOCAR? Sebelum kita ulas dengan lanjut mengenai sistem SOCAR, mari kita berkenalan dulu tentang profil syarikat di sebalik aplikasi mobil itu.

1. SIAPAKAH SOCAR?

SOCAR adalah perniagaan start-up yang ditubuhkan pada 2011 di Pulau Jeju, Korea Selatan. Selepas hampir 7 tahun beroperasi, syarikat itu kini memiliki lebih 3 juta pelanggan berdaftar. Daripada cuma 200 unit kereta, kini SOCAR sudah mengumpul 9,000 kenderaan dengan 3,000 zon parkir di 81 bandar sekitar selatan negara Asia Timur itu.

Di Malaysia, SOCAR (dipanggil SoCar Malaysia) berada di bawah teraju Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga anak tempatan, Leon Foong yang sebelum ini pernah menyandang jawatan tinggi dalam Uber Malaysia dan Thailand. Beliau juga adalah pengasas bersama aplikasi mobil, GoGet.my.

Malaysia juga adalah destinasi pertama SOCAR untuk pasaran luar negara.

2. SOCAR SAMA MACAM GRABCAR/UBER?

Masih dalam kategori perkongsian kereta, tetapi berbeza model. GrabCar dan Uber berkonsepkan perkhidmatan teksi e-hailing, SOCAR pula ialah pengangkutan multi-flex. Dalam bahasa mudah, SOCAR ialah aplikasi mobil yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta mengikut jam dan boleh ditempah secara langsung menerusi telefon pintar tanpa memerlukan kehadiran orang tengah.

3. 100 PERATUS ONLINE?

Ya, Semua proses adalah 100 peratus online daripada mula menempah, mengambil dan memulangkan kereta. Kereta sewa SOCAR juga tiada kunci fizikal, sebaliknya dihidupkan menggunakan aplikasi mobil.

4. CARA DAFTAR?

Pertama sekali, anda perlu muat turun aplikasi SOCAR daripada AppleStore (iOS) atau PlayStore (Android). Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri, termasuk melengkapkan nombor akaun kad kredit/debit untuk urusan pembayaran, lesen memandu dan kad pengenalan.

Pendaftaran dikira sah selepas anda memuat naik foto yang ditangkap bersama kad pengenalan seperti imej ditunjukkan.

5. CARA GUNA?

Selepas pendaftaran sah, anda kini boleh lihat lokasi kereta sewa SOCAR (dipanggil SOCAR Zone) sekitar Lembah Klang (ada 100 lokasi) yang ditandakan dalam warna biru muda. Kemudian:

  • Pergi ke SOCAR Zone dan cari kereta yang anda mahu sewa.
  • Tangkap gambar setiap sudut kereta (kiri, kanan, depan dan belakang) dan hantar kepada SOCAR menerusi aplikasi disediakan.
  • Ikut arahan dalam aplikasi tersebut. Apa lagi, pandulah macam biasa.
  • Pastikan kereta dipulangkan tepat pada masa dalam keadaan bersih dengan isian petrol sekurang-kurangnya separuh tangki.
  • Jika mahu isi semula petrol, cuma gunakan kad petrol yang siap disediakan dalam kereta.
  • Tempahan boleh dibuat dalam tempoh 30 minit hingga seminggu sebelum kereta disewa.

6. CAJ SEWA?

Setakat ini ada 4 jenis model kereta ditawarkan SOCAR yang akan dikemas kini secara berkala. Jumlah keseluruhan kereta dimiliki SOCAR buat masa ini adalah 240 unit. Berikut kadar sewa ditetapkan:

HARI BIASA

  • Perodua Axia – RM8/jam
  • Honda City – RM9.90/jam
  • Honda HR-V – RM18.90/jam
  • MINI Cooper – RM25/jam

HARI MINGGU

  • Perodua Axia – RM11/jam
  • Honda City – RM15.90/jam
  • Honda HR-V – RM25/jam
  • MINI Cooper – RM30/jam

7. FAEDAH LAIN?

Berikut faedah yang ditawarkan perkhidmatan SOCAR:

  • Boleh sewa dan pandu sendiri ke mana saja destinasi yang anda suka.
  • Boleh tambah masa jika perlu sama ada 10 minit, 30 minit, atau sejam menggunakan aplikasi mobil.
  • Tidak perlu risau berebut parkir. SOCAR memang menyediakan petak parkir khas di banyak kawasan hotspot sekitar Lembah Klang seperti pusat beli-belah di KLCC, MidValley, KL Gateway dan banyak lagi.
  • Insurans kemalangan disediakan.
  • Kalau takut kad kredit rejected (sebab lebih limit), pengguna boleh tambah hingga tiga kad kredit/debit pada satu-satu masa sebagai alternatif. Maksudnya, boleh guna kad lain. Hutang tetap kena bayar.
  • Ada bantuan keselamatan ‘live’ jika kereta tiba-tiba jem. Cuma tekan fungsi ‘Live Hotline’ dan aplikasi akan membuat panggilan kecemasan kepada bahagian sokongan pelanggan SOCAR yang beroperasi 24 jam.
  • Ada pas khas, ‘Stress Free Pass‘. Kupon ini sah untuk tempahan dari jam 7 malam hingga 8 pagi, Isnin hingga Khamis dengan bayaran serendah RM28 untuk model Axia (City – RM37; HR-V – RM69).

8. MALAS NAK PERGI PICK-UP. BOLEH HANTAR TAK?

Boleh. SOCAR turut menawarkan perkhidmatan pintu-ke-pintu (D2D Car-Sharing) tetapi dengan syarat anda berada di lokasi ditetapkan yang ditanda warna biru tua dalam aplikasi mobil. Konsepnya sama macam parkir valet dan caj dikenakan, RM5. Buat masa ini, perkhidmatan D2D cuma disediakan di kawasan sekitar Bangsar dan Damansara Height.

aplikasi mobil Auto Terkini autotainment perkhidmatan pengangkutan multi-flex Roda4 SOCAR SOCAR Malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Proton e.MAS 7 PHEV 2026 rasmi lancar di Malaysia
PHEV

Proton e.MAS 7 PHEV 2026 Rasmi Lancar, Harga Mula RM109,800

05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

05/02/2026
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

03/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

05/02/2026

20 Comments

  1. Muhammad Amirul on 04/11/2018 15:19

    Nak tanya boleh ke saya amik kereta socar ni pada 8a.m. Zone dia berada di plaza angsana mall

    Reply
  2. Yulitan on 17/11/2018 14:40

    Apakah ada free isi minyak sebanyak rm100 di petronas

    Reply
  3. Marzuki on 22/05/2019 02:01

    I cannot sign in..need referrer valid code?
    Please help me

    Reply
  4. Dila on 07/07/2019 12:07

    Kenapa di melaka masih x de so car?

    Reply
  5. Abd Sahid on 06/12/2019 11:26

    Boleh Tak saya guna kereta socar masuk Singapore

    Reply
  6. Azza on 13/05/2020 20:03

    Perlukah sy mengisi semula petrol walaupon perjalanan pergi balik 14km

    Reply
  7. Mohammad rizal bin Sulaiman on 01/08/2020 16:33

    boleh ke nak sewakan kereta sendiri untuk daftar dengan socar?

    Reply
  8. aen on 19/09/2020 18:07

    tumpang tanya 8.00/jam mksud nya 1 jam 8 ringgit ke

    Reply
    • Abang GYL on 21/09/2020 00:43

      Benar

      Reply
  9. Abd sahid on 20/10/2020 08:23

    Boleh bawa seluruh semenanjung ke

    Reply
  10. Mimie on 03/03/2021 20:26

    Xde kad kredit boleh ke?

    Reply
  11. Rose on 07/04/2021 00:45

    Kalau takde lesen tak boleh jadi member ke?

    Reply
  12. aiman on 21/04/2021 10:34

    kalau tiada lesen memandu boleh mohon?

    Reply
  13. Abu on 13/08/2021 12:13

    Klau sya ambil socar myvi di point A, kemudian sya pergi ke point B. Adakah myvi tu perlu letak semula di tempat asal point A atau sya bole tinggalkan di point B..

    Reply
  14. Zalina on 13/09/2021 23:37

    Kalau ada masalah nak call siapa?

    Reply
  15. Hazim on 05/11/2021 20:46

    Nak tnya mcm mne nk refund semula duit?sbb kereta xboleh pakai,try connect bluetooth tapi xdpt.so kereta tak boleh dibuka..

    Reply
  16. IMI on 26/12/2021 00:08

    Besok pagi pukol 7 says Alan guna kan khidmat so car. Akan tetapi IC saya tertinggal di office.

    Bagaimana cara lain utk saya mulakan perjalanan

    Reply
  17. Adnan on 21/02/2022 07:14

    Sy nak ke klia. Dimana sy nak letak keta socar? Di larking klia ke?

    Reply
  18. Nana on 08/06/2022 01:22

    Berape lame nak tunggu socar verifying

    Reply
  19. Fred on 05/09/2022 00:39

    Is it available for P license holder?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.