Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»7 Sebab Kenapa Saya Pilih Grab Car / Uber Berbanding Teksi
Auto Terkini

7 Sebab Kenapa Saya Pilih Grab Car / Uber Berbanding Teksi

Abang GYLBy Abang GYL10/04/20167 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Uber vs teksiNAMPAKNYA pemandu teksi makin tak senang duduk apabila periuk nasi mereka ‘diganggu’ dengan kehadiran perkhidmatan aplikasi Grab Car dan Uber.

Mana tidaknya, dua kali mogok dalam tempoh sebulan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Persoalannya, apakah salah pemandu teksi sehinggakan orang ramai kini beralih kepada perkhidmatan Grab Car dan Uber.

Sebagai salah seorang pengguna teksi, Uber dan Grab Car, kami senaraikan tujuh sebab mengapa kami memilih aplikasi ini berbanding teksi.grabcar-vs-uber

1.HARGA BERPATUTAN

Sepanjang menggunakan teksi, pernah beberapa kali spemandu teksi tidak mahu menggunakan meter dengan alasan jalan sesak. Jika harga lebih RM1 hingga RM2 tak apa, ini lebih RM10 daripada harga biasa.

Berbanding GrabCar/Uber, caj tambang tidak boleh ditipu kerana menggunakan aplikasi yang wajib diakses pemandu dan pelanggan.

2. BERSIH DAN SELESA

Kenderaan digunakan Grab Car atau Uber lebih selesa dan bersih memandangkan syarikat aplikasi itu menetapkan tahun kenderaan tidak boleh melebihi lima tahun. Manakala teksi pula masih kekal dengan Proton Saga lama.

grabcar-uber-vs-teksi3. MUDAH

Kini semua dihujung jari. Tempahan boleh dibuat bila-bila masa dengan hanya membuat tempahan di aplikasi.

BACA: GrabCar, Uber Jadi Pengangkutan Masa Depan, Mungkinkah Teksi Sudah Tidak Relevan?

BACA: Aplikasi Uber Tidak Diharamkan – SPAD

4. PROMOSI

Kadang-kala GrabCar/Uber akan menawarkan promosi menarik buat pelanggan. Sebagai contohnya GrabCar menawarkan tambah serendah RM1 bagi 5km pertama. Teksi? Jika yang bawa adalah bapa anda, mungkin boleh dapat percuma!


5. TIDAK PERNAH MENOLAK

Pemandu Grab Car atau Uber tidak boleh memilih pelanggan. Mereka perlu hantar ke destinasi ditetapkan. Berlainan pula dengan teksi, mereka boleh ‘menolak’ permintaan anda dan boleh menurunkan pelanggan di simpang jalan masuk ke rumah kalau rasa malas meredah kesesakan lalu lintas. Sabar je la.

6. TIADA CAJ TAMBAHAN

Umum ketahui, teksi akan mengenakan caj tambahan sebanyak 50 peratus bermula 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Tetapi GrabCar/Uber tidak mengenakan caj tambahan untuk tempoh masa sama.

BACA: Pemandu Teksi Mogok Lagi !!!

7. INISIATIF

Jika anda tidak tahu bagaimana hendak pergi ke tempat yang ditujui, kebiasaannya pemandu GrabCar/Uber akan menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps untuk membawa anda. Tetapi, jarang sekali kita melihat pemandu teksi mempunyai inisiatif sebegitu. Kebanyakkan mereka akan menolak dan menyuruh anda mengambil teksi lain.

grabcar-uber-semakin-popularKESIMPULAN

Ini adalah beberapa sebab mengapa kami memilih GrabCar/Uber berbanding teksi. Walau bagaimana, bukan semua pemilik teksi begitu. Ada saja pemandu teksi yang baik dan jujur sehinggakan ada yang memberi diskaun lagi.

Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sesetengah pemandu teksi tidak bertanggungjawab telah menyebabkan nama teksi ‘busuk’.

Pandangan kami, apa kata tingkatkan lagi kualiti dan mutu perkhidmatan daripada anda mogok di tengah jalan raya sehingga memberi keuntungan lebih buat GrabCar/Uber.

Tepuk dada tanya selera.

7 Sebab Kenapa Saya Pilih Grab Car / Uber Berbanding Teksi Grab Car Kenapa pilih uber pemandu teksi mogok SPAD Teksi Uber
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026

    7 Comments

    1. Amy on 22/04/2016 13:15

      I’m very agree with you. The taxi driver geography knowledge should be improve 5 doubles. Don’t know each part of city route. As a professional public transport driver, their road route should be better than others. Even rapid driver is better than them.
      My other state staff, they even know the city route 3x better than the taxi driver.
      I remember when I call a taxi from hospital, the taxi driver said I know, Then after the realistic, he drove into another place and go out and said drive wrong route.

      Reply
      • Othman on 28/09/2016 08:22

        I agree. Why boycott crab car/Uber? Sepatutnya pemandu teksi bersaing dgn pengangkutan awam berkenaan dgn sihat. Mmg crab car/Uber adalah kenderaan yg bagus, tetapi ada perkara yg crab car/ Uber tak boleh buat. Just fikirkan positive dari mogok, baik keluar cari orang dari mogok macam tu. Tunjuk kan pada mereka yg pengangkutan teksi juga main peranan yg penting. Perlu di ingat, kerajaan pun tiada mengharamkan teksi di Malaysia.

        Reply
        • Trex on 16/05/2017 14:28

          Aku setuju tu broo ..
          Engkau ada bawa Grab car ke broo

          Reply
    2. Trex on 16/05/2017 14:27

      Yela broo he he

      Reply
    3. Jam on 31/10/2017 15:10

      Saya pemandu uber.. Seronok mnjadi uber driver.. Saya kerap buat uber pada lewat malam sampai pagi. Setiap kli bawa penumpang saya akan anggap mereka boss saya . dan kebanyakkan penumpang sangat baik dan selalu x minta baki. Dan macam2 penumpang dah saya bawa. Dari budak sekolah hinggalah ke atuk tua bertongkat. Saya pernah bawak macam2 orang.. Orang mabuk kelab malam, pondan, bapak ayam. Pelacur ..perghh.. Semua dah bawa. Tapi saya tetap profesional. Sebb mereka perlukan perkhidmatan .Penyamun ..nauzubillah minta dijauhkanlah. Yang penting niat saya ikhlas berkhidmat tambah pendapatan dan jaga keselamatan penumpang hingga mereka sampai kerumah..

      Reply
      • Eyka on 24/03/2018 21:43

        Masih jd uber driver?

        Reply
    4. hammirudin on 16/04/2018 17:43

      nk berniaga mesti de ssm bro..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.