Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»7 Fakta Pantas: Honda ADV 150 (2021) Akan Lancar di Amerika Syarikat, Jun Ini
Roda2

7 Fakta Pantas: Honda ADV 150 (2021) Akan Lancar di Amerika Syarikat, Jun Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA USA mengesahkan bakal melancarkan ADV 150 ke pasaran Amerika Syarikat (AS) sebagai model edisi 2021, Jun ini dan akan dijual pada harga AS$4,299 (RM18,740) dalam satu pilihan warna sahaja, hitam.

ADV 150 mendapat sambutan positif di banyak negara dengan menampilkan pakej skuter dalam karakter advencer. Model pastinya diminat peminat skuter yang sukankan tunggangan lasak yang menyeronokkan.

Apa yang menarik tentang ADV 150 spesifikasi AS ini?

BACA >>> Giliran Thailand Pula Lancar Honda ADV 150, Harga RM13.5k

1. SKUTER JALANAN

Honda menggelarkan ADV 150 sebagai skuter advencer urban. Ini dapat dilihat menerusi penggunaan kombinasi rim 14 (depan) dan 13 inci (belakang) yang dibalut tayar Federal FT297 buatan Indonesia. Tayar depan bersaiz 110/80, dan belakang 130/70. Honda mengakui skuter ini adalah ilham daripada gabungan karakter PCX150 dan Africa Twin.

2. ENJIN PCX150

ADV 150 dipacu enjin silinder tunggal SOHC 149cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI), manakala transmisi jenis automatik CVT.

3. SISTEM HENTI LAHU (IDLING-STOP)

ADV 150 edisi 2021 ini dilengkapkan dengan teknologi Sistem Henti-Lahu (Idling-Stop) yang mampu memberikan penjimatan petrol hingga 7 peratus. Teknologi ini berfungsi mematikan enjin ketika berhenti dalam masa tiga saat. Unit penghidup generator AC kemudian akan mengaktifkan enjin apabila terotel dipulas.

4. SISTEM BREK ANTI-KUNCI (ABS) TUNGGAL

Honda melengkapkan skuter ini dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan dengan brek cakera 240mm dan kaliper Nissin. Brek belakang pula cuma menggunakan jenis dram 130mm tanpa ABS.

5. SISTEM SUSPENSI SHOWA

ADV 150 menggunakan fork teleskopik 31mm Showa dengan travel 120mm, manakala bahagian belakang disokong absorber kembar Showa dengan tangki reservoir. Kedua-dua sistem suspensi tidak boleh dilaras.

6. RUANG SIMPAN HELMET

Ruang bawah pelana ADV 150 jenis kalis cuaca menyediakan dua kompartmen simpanan sebesar 27 liter. Ia sesuai untuk menyimpan satu helmet muka penuh dan beberapa barangan kecil. Ada juga ruang simpanan barang seluas 2 liter pada panel pemuka, siap dengan dua port pengecas USB.

7. VISOR ANGIN BOLEH LARAS

Bagi memastikan keselesaan menunggang, Honda menyediakan ciri visor angin boleh laras dua tahap tanpa memerlukan penggunaan pemutar skru atau sebarang alatan tambahan. Pemilik juga boleh memasang kotak barang tambahan yang dijual berasingan.

BACA >>> Honda ADV150 – Motosikal Terbaik 2019 di Indonesia!

GALERI

Sumber: UltimateMotorcycling | HondaNews

Honda Honda ADV 150 Honda USA roda2 skuter skuter advencer
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.