Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»7 Fakta Pantas – BMW X5 (2019) yang Serba Mewah dan Betul-Betul Lasak
Roda4

7 Fakta Pantas – BMW X5 (2019) yang Serba Mewah dan Betul-Betul Lasak

Abang GYLBy Abang GYL12/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MULA diperkenalkan pada 1999, BMW X5 (2019) kini sudah memasuki generasi keempat dengan imej terbaharu menampilkan rekabentuk lebih sporty dan agresif yang serba lasak. Berbanding generasi terdahulu, model terbaharu ini didatangkan dengan enjin lebih berkuasa dengan kemampuan meredah apa jua bentuk rupa bumi, tentunya termasuk laluan off-road.

Hadir dalam 4 varian dengan 3 opsyen enjin berbeza, berikut 7 perkara tentang BMW X5 (2019) yang perlu anda tahu:

1. ADA 4 VARIAN

  • BMW X5 xDrive40i
  • BMW X5 xDrive50i
  • BMW X5 xDrive30d
  • BMW X5 M50d

2. ADA 3 VARIAN ENJIN (PETROL 3.0L, DIESEL 3.0L & PETROL V8 4.5L)

  • BMW X5 xDrive40i – Petrol 6-silinder 2.998cc dengan transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic | Kuasa 340hp @ 5,500 – 6,500rpm | Tork 450Nm @ 1,500-5,200rpm
  • BMW X5 xDrive30d – Diesel 6-silinder 2,993cc dengan transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic, kuasa 265hp @ 4,000rpm, tork 620Nm @ 2,000-2,500rpm
  • BMW X5 M50d – Diesel 6-silinder 2,993cc dengan transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic | Kuasa 400hp @ 4,400rpm | Tork 760Nm @ 2,000-3,000rpm
  • BMW X5 xDrive50i – Petrol V8 4,395cc petrol dengan transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic | Kuasa 462hp @ 5,200-6,000rpm | Tork 650Nm @ 1,500-4,750rpm

BACA >>> BMW Intelligent Personal Assistant (IPA) – Teknologi Teman Memandu yang Boleh Diharap

3. PECUTAN 0-100KMJ | KELAJUAN MAKSIMUM

  • BMW X5 xDrive40i – 5.5 saat | 243kmj
  • BMW X5 xDrive50i – 4.7 saat | 250kmj
  • BMW X5 xDrive30d – 6.5 saat | 230kmj
  • BMW X5 M50d – 5.2 saat | 250kmj

Bagaimanapun, BMW X50 versi Hibrid Plug-In (PHEV) masih belum dilancarkan secara rasmi dan dijangka memasuki pasaran Malaysia tahun depan.

4. REKAAN GARANG & MENARIK

Sekali imbas, rekabentuk BMW X5 (2019) tampak agresif dan maskulin. Memiliki tubuh badan sasa, rekabentuk model baharu ini lebih menarik jika dibandingkan generasi terdahulu. Banyak penambahbaikan dilakukan bagi memastikan ia kekal sporty.

Baik dari segi bahagian depan atau belakang, kenderaan utiliti sukan (SUV) ini mampu memikat hati sesiapa saja yang memandang. Gril nampak garang diapit lampu utama LED, seperti gigi ikan piranha mahu menerkam mangsa. Buat kali pertama juga, BMW X5 (2019) memasangkan rim aloi 22-inci sebagai opsyen yang pasti menyerlahkan lagi sosok badan.

Begitu juga saiz badan yang semakin serba-serbi besar. Berbanding generasi lama, panjang BMW X5 (2019) meningkat 36mm kepada 4,922mm, lebar 2,004mm (+66mm), tinggi 1,745mm (+19mm) dan jarak roda 2,975mm (+42mm).

5. DALAMAN MEWAH

Memasuki dalaman, faktor wow memenuhi hampir keseluruhan ruang kabin BMW X5 (2019). Ruang dalaman tidak lagi tampil dengan rekaan ‘oldies’ atau klasik, sebaliknya dilengkapi pelbagai ciri menarik dengan material segar dan berkualiti tinggi.

Kombinasi material kayu dan plastik menjadi hiasan utama persembahan papan pemuka, siap didatangkan bersama skrin sentuh BMW Live Cockpit 12.3-inci dengan kamera 360º. SUV ini turut menyokong sistem operasi iDrive dengan memaparkan pelbagai maklumat pemanduan seperti laporan kesesakan trafik, kawasan parkir terdekat, perkongsian lokasi dan banyak lagi yang tidak ubah seperti telefon pintar.

BACA >>> BMW X5 xDrive40e CKD (2016) – Harga RM388,800 Seunit

Malah, data pemandu disimpan, termasuklah cara pemanduan, dan semua tetapan dibuat seperti posisi kerusi, stereng, cermin sisi dan lain-lain.

Apabila berada di luar negara dan menyewa BMW X5 yang sama. Caranya, pemandu cuma perlu memasukkan nama sendiri berserta kata laluan. Kemudian secara automatik, semua data itu akan dimasukkan dalam SUV sewa tersebut. Ini bermakna pemandu boleh memandu SUV itu sama seperti tetapan pada kereta sendiri. Menarikkan?

BMW X5 (2019) juga menawarkan ruang kabin lebih luas. Ruang but memiliki kapasiti hingga 1,860 liter. Pintu belakang boleh dibuka secara elektrik, manakala sistem hiburan dilengkapi set 20 pembesar suara! Wow!

6. SUSPENSI BOLEH LARAS

Direka khas untuk cabaran off-road, BMW X5 (2019) didatangkan dengan suspensi angin boleh laras manual atau automatik. Ia boleh dinaik turun hingga 40mm mengikut mod pemanduan sebelum dilaraskan automatik. Begitu juga jika memilih mod xRocks off-road.  Malah suspensi boleh dilaraskan secara manual mengikut cita rasa pemandu.

Suspensi angin akan dikunci automatik apabila meredah laluan air yang secara tidak langsung melindungi kerosakan komponen. Begitu juga jika salah satu tayar pancit, sistem suspensi akan dinaikkan, manakala sebelah lagi diturunkan untuk memberikan keseimbangan.

7. CIRI KESELAMATAN PREMIUM

Antara ciri keselamatan yang dimiliki BMW X5 (2019) ialah:

  • Bantuan Kesesakan Trafik (TJA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Stereng (SA)
  • Bantuan Kawalan Lorong (LCA)
  • Bantuan Had Kelajuan Automatik (ASLA)
  • Kawalan Jelajah Aktif (ACC)
  • Amaran Lencong (LDW)
  • Amaran Salah Jalan (WWW)

Apa yang pasti, BMW X5 (2019) bukan lagi kereta kumpulan elit senior kerana rekabentuk luaran dan dalaman kini memang awesome!

GALERI
2019 BMW X5 BMW X5 2019 BMW X5 2019 Malaysia bmw x5 baru malaysia enjin BMW X5 2019 harga BMW X5 2019 harga bmw x5 baru Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) new bmw x5 top speed Roda4 SUV
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.