Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»7 Fakta Awal Tentang Lamborghini Urus yang Perlu Anda Tahu
Roda4

7 Fakta Awal Tentang Lamborghini Urus yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman19/04/20185 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS 25 tahun model LM002 ditamatkan pengeluaran, Lamborghini kini kembali memeriahkan segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah dengan model baharu, dipanggil Urus. Walaupun kelibat sebenar SUV baharu itu belum menjelma di hadapan mata, tetapi sudah banyak fakta menarik berkeliaran di dunia maya.

BACA >>> SUV Pertama Lamborghini, LM002 Guna Enjin V12 Countach, Mampu Redah Off-Road

Menjelang lebih kurang dua bulan sebelum debut, sekarang mari kita berkenalan serba sedikit tentang Lamborghini Urus:

1. MODEL PENGECAS TURBO PERTAMA LAMBORGHINI

Lamborghini adalah antara pengeluar yang kekal setia dengan enjin aspirasi natural (NA), tetapi kini bersedia mengubahnya menerusi Urus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lamborghini, Stefano Domenicali mengesahkan pada awal tahun ini bahawa SUV tersebut akan dikuasakan enjin baharu berkapasiti 4.0L turbo-kembar V8 berkuasa 650hp.

Menariknya, enjin tersebut bukanlah enjin 4.0L turbo-kembar V8 yang dibangunkan Porsche untuk kegunaan model-model lain di bawah subsidiari Volkswagen Group. Enjin V8 untuk  Urus ialah enjin yang memang dibangunkan eksklusif buat SUV berkenaan.

BACA >>> Alpha One – Mungkin Inilah Telefon Pintar Paling Mahal, Harga Lebih RM10k dengan Nama Lamborghini

Enjin V8 turbo-kembar itu bakal menawarkan lebih kecekapan bahan api, dan dibikin khas supaya sepadan dengan karakter Urus. Pada 2015, ketua bahagian kajian dan penyelidikan (R&D) Lamborghini, Maurizio Reggiani memberitahu, enjin V8 itu adalah lebih ringan, dan memberikan tork rendah yang baik.

Urus juga tampil dengan jumlah silinder yang sedikit berbanding model Lamborghini lain, tetapi tidak menjejaskan kuasa. SUV itu dikatakan menghasilkan lebih 10hp berbanding Huracan Performante dan tidak jauh hebat daripada Aventador (691hp)

2. ADA VERSI HIBRID

Apabila Domenicali mengesahkan Urus akan menerima enjin V8, beliau turut mendedahkan tentang model hibrid plug-in yang juga bakal diperkenalkan. Tiada maklumat diketahui mengenai trenkuasa tersebut, tetapi dipercayai akan dibangunkan menggunakan enjin V8 sama, dan model hibrid itu bukanlah versi prestasi tinggi.

Menurut Domenicali lagi, model hibrid plug-in ialah versi SUV Lamborghini yang peduli tentang kecekapan bahan api, dan bakal berada di pasaran selepas setahun model V8 biasa memasuki barisan pengeluaran.

3. SANGAT PANTAS

Semestinya Urus akan jadi sangat pantas walaupun cuma kereta famili. Lihat saja kuasa kuda setinggi 650hp yang dihasilkan. Tetapi berapa pantas?

Lamborghini mendakwa Urus akan mencapai kelajuan maksimum sekurang-kurangnya 300kmj, dan juga bakal memecah rekod SUV di Nürburgring yang sekarang ini dipegang Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio dengan catatan 7:51.7. Di atas kertas, Lamborghini tidak berdepan banyak masalah untuk mengatasi SUV Alfa jika mengambil kira potensi kuasa hampir 150hp melebihi lawannya itu.

BACA >>> Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio – Inilah SUV Paling Pantas di Nürburgring!

4. AKAN BERKONGSI PLATFORM DENGAN SUV VW GROUP LAIN

Urus akan mendapat enjin Lamborghini yang tulen, tetapi SUV itu nampak hampir serupa dengan Audi Q7, Bentley Bentayga dan Porsche Cayenne. Perkongsian platform sesama rakan-rakan seteru itu adalah berbeza, dan Urus pastinya tidak akan menjadi sebuah lagi Q7 yang digemari.

5. HARGA BERMULA KURANG AS$200,000 (RM841,198)


Apabila Domenicali mengesahkan tentang enjin V8 turbo-kembar Urus, beliau juga secara tidak langsung mendedahkan idea tentang harga pasaran di Amerika Syarikat. Apabila Urus tiba kepada pengedar pada suku ketiga 2018, SUV itu sepatutnya akan dijual pada harga kurang daripada AS$200,000 (RM841,198). Tetapi ingat, sebagai sebuah kereta mewah, ada kemungkinan harga bakal melambung lebih tinggi.

6. CAPAI JUALAN 3,500 UNIT SETAHUN

Lamborghini dilaporkan akan membina 1,000 unit Urus pada 2018 sebelum meningkatkan pengeluaran kepada 3,500 unit setahun menjelang 2019. Jumlah itu mungkin sangat kecil jika mahu dibandingkan dengan Q7, tetapi menjadi satu angka besar bagi Lamborghini. Ini kerana angka tersebut – 3,500 unit – ialah jumlah jualan keseluruhan kereta Lamborhini sepanjang tahun lalu. Jadi, bagi membina Urus, Lamborghini perlu meluaskan kapasiti kilang Sant’Agata Bolognese.

Mengambil kira penerimaan umum terhadap SUV ultra mewah di pasaran buat masa sekarang, Lamborghini dijangka tidak mengalami banyak masalah untuk menghabiskan setiap unit Urus yang dikeluarkan.

7. AKAN DEBUT TIDAK LAMA LAGI


Lamborghini akan mendedahkan spesifikasi pengeluaran Urus pada 4 Disember ini, lima tahun selepas model konsep melakukan debut. Walaupun SUV itu mungkin bukan model Lamborghini yang bakal disukai ramai orang, seperti Huracan RWD dan Performante, tetapi masing-masing tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dengan kehadiran model tersebut. Walaupun tidak lagi seliar LM002, kita akan perlahan-lahan belajar menyukainya.

SUMBER: Road and Track

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lamborghini Lamborghini Urus Roda4 SUV SUV mewah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Ferrari 849 Testarossa Kini Di Malaysia – Pengganti SF90 Stradale, Dari RM2.18 Juta

09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

09/06/2026
Auto Terkini

Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

09/06/2026
Volkswagen GTI Roadster Vision GT 2027
Roda4

Volkswagen GTI Roadster Vision GT Kembali Jadi Tumpuan

09/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.