Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang 4 Varian Honda City (2020), Harga Mula RM74k
Auto Terkini

6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang 4 Varian Honda City (2020), Harga Mula RM74k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia rasmi memperkenalkan Honda City (2020) generasi kelima yang dikatakan bakal menjadi ‘game changer’ dalam segmen sedan sukompak menerusi pengenalan teknologi termaju dan prestasi tiada tandingan.

Sebelum dilancarkan secara rasmi, hari ini, Honda Malaysia sudah pun membuka tempahan City (2020) dengan mendapat 5,000 unit tempahan.

City memiliki sejarah panjang di Malaysia menerusi pengenalan model generasi kedua pada 2002 dan ketiga (2008). Populariti City diteruskan model generasi ke-4 yang dilancarkan pada 2014 dengan ciri yang mendahului kelas, sekali gus menjadi model sedan paling laris Honda Malaysia selama lima tahun berturut-turut dengan jualan lebih 209,000 unit.

Apakah kelebihan City serba baharu ini? Berikut 6 perkara perlu anda tahu.

BACA >>> Video Honda City RS Tapau Habis Vios, Camry, Bezza, Myvi, Almera dan CX-5!

4 PILIHAN VARIAN

Pasaran tempatan bakal menerima empat pilihan varian iaitu:

  • Honda City RS
  • Honda City V
  • Honda City E 
  • Honda City S

Malaysia akan menjadi negara pertama dunia yang melancarkan varian RS e:HEV. Ini kerana Malaysia ialah pasaran penting Asean yang mana sejak lima tahun lalu hampir 4o peratus jualan model hibrid di Asia dan Oseania datang dari Malaysia.

Malah Honda Malaysia berbesar hati memperkenalkan e:HEV buat kali pertama di Asia dan Oseania, yakni sistem hibrid dua motor janaan intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang ditawarkan menerusi City RS e:HEV serba baharu.

HARGA JUALAN

VARIAN Harga Selepas Pengecualian Cukai Jualan Harga Tanpa Pengecualian Cukai Jualan
VRM86,561.45RM89,800
ERM81,664.82RM84,800
SRM74,191.27RM76,800

* Varian RS hanya tersedia pada Januari 2021 dan harga akan diumumkan kelak.

TRENKUASA TINGGI

Varian RS dijana trenkuasa i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) berkuasa 106hp dan tork 253Nm serta dipadankan transmisi e-CVT (Electric Continuous Variable Transmission) untuk pecutan lebih berkuasa dan lancar yang setanding tork dihasilkan enjin aspirasi natural (NA) kereta segmen-D.

Rangkaian kuasa i-MMD dan sistem IPU (Intelligent Power Unit) boleh bertukar antara tiga mod pemanduan, iaitu EV, Hybrid dan Engine. Varian City hibrid ini juga didatangkan dengan ciri Pedal Pilihan Nyah Pecutan yang membolehkan pemandu menggunakan pedal untuk jana semula kuasa dan memperlahankan kenderaan tanpa perlu menekan pedal brek.

Varian S, E dan V dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 119hp dan tork 145Nm serta dipadankan transmisi CVT.

DIMENSI BERUBAH, RUANG LEBIH LAPANG

Direka dengan penampilan lebih yakin, City kini 111mm lebih panjang, 54mm lebih lebar dan 10mm lebih rendah berbanding City generasi ke-4. Ruang kaki penumpang belakang dipanjangkan, manakala ventilator penyaman udara belakang kini ciri standard untuk semua varian.

Kabin City (2020) memberi penekanan terhadap tekstur berkualiti tinggi dan pendekatan penuh fungsi untuk memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Varian RS didatangkan dengan paparan kluster meter interaktif 7 inci dengan pedal sport.

Varian RS  juga dilengkapi kerusi kulit dengan material Ultrasuede bersama sulaman benang merah pada bahagian dalamannya. Varian V hadir dengan kerusi kulit bersama kemasan putih pada bahagian dalaman. Varian E, V dan RS  juga dilengkapi paparan audio saiz 8 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

LUARAN

Gaya luaran RS dilengkapi gril hitam berkilat, lip depan baharu corak karbon dan bampar belakang bersama difuser agar lebih tampil sporty.  Selain itu, spoiler belakang dan perumah cermin sisi disematkan dengan cat hitam berkilat.

Varian V dan RS didatangkan dengan ciri LED pada lampu utama, lampu siang (DRL), lampu belakang dan lampu kabus depan.  Kedua-dua varian itu dilengkapi rim bersaiz 16 inci. 

BACA>>>#TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

CIRI MENGIKUT VARIAN

Honda City RS

  • 1.5L i-MMD dengan trenkuasa e-CVT
  • Honda Sensing
  • Luaran dan dalaman RS

Honda City V

  • Lampu depan LED
  • Lampu kabus LED
  • Rim aloi 16 inci
  • Kabin dengan kemasan kulit dan sentuhan Ivory
  • Honda LaneWatch
  • 6 beg udara

Honda City E 

  • Penghidup enjin kawalan jauh
  • Skrin paparan audin 8-inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Kamera undur
  • Penyaman udara automatik
  • Pedal syif
  • Kawalan Jelajah

Honda City S

  • Lampu halogen dengan DRL LED
  • Lampu belakang kombi LED
  • Cermin pintu dengan signal
  • Ventilator penyaman udara belakang
  • 4 beg udara

CIRI KESELAMATAN

City RS didatangkan dengan ciri keselamatan Honda Sensing, terdiri daripada:

  • Kawalan Pemanduan Adaptif (ADC)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran CMBS
  • Sistem Amaran Pelanggaran Depan (FCWS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Sistem Mitigasi Keluar Lorong
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Lampu Tinggi Automatik (AH)

Dari segi keselamatan, varian V dan RS ditawarkan enam beg udara, manakala ciri keselamatan standard lain, iaitu:

  • Bantuan Stabiliti Kenderaan
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (AB)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • ISPOFIX

BACA>>>Honda City RS Ada Honda Sensing? Apa Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi ini?

GALERI

 

Auto Terkini autoterkini B Honda Honda City 2020 Honda City RS (2020) Honda Malaysia Roda4 sedan segmen-B
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali Lebih Besar dengan Lapan Jenama, Lancar Portfolio Kereta Sewa Budget!

    08/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    By Han Othman06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.