Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»500k Unit Volkswagen ID. Dijual Seluruh Dunia, ID.4 Bakal Tiba di Malaysia!
Roda4

500k Unit Volkswagen ID. Dijual Seluruh Dunia, ID.4 Bakal Tiba di Malaysia!

Abang HirataBy Abang Hirata28/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH cara untuk menentukan kejayaan kereta elektrik? Paling mudah adalah berdasarkan jumlah jualan seperti ditunjukkan sambutan pengguna terhadap kereta elektrik Volkswagen ID.

Sejak penyerahan pertama Volkswagen ID.3 pada Oktober 2020, pengeluar dari Jerman itu sudah menyerahkan 500,000 unit pelbagai model ID. kepada pelanggan serata dunia. Angka itu dicapai walaupun berdepan cabaran bekalan. Menariknya, ia dicapai lebih awal daripada tahun sasaran – 2023!

BACA >>> Volkswagen ID.Buzz – Jelmaan Van Ikonik Kombi Bakal Diperkenal!
BACA >>> Ora Good Cat (2022) Kini di Malaysia, Harga Mula 139.8k dengan Waranti Bateri 8 Tahun!

Di sebalik kejayaan itu, Volkswagen kini mempunyai kira-kira 135,000 unit tempahan dan sedang berusaha keras menyerahkan produk itu secepat mungkin kepada pelanggan.

Siri keluarga Volkswagen ID. terdiri daripada pelbagai model seperti Volkswagen ID.3, Volkswagen ID.4, ID.5 dan Volkswagen ID.6. Daripada empat model itu, Volkswagen sudah mempamerkan crossover Volkswagen ID.4 di Malaysia yang khabarnya bakal ditawarkan dalam masa terdekat.

Volkswagen ID.4

Dari segi sambutan, Volkswagen ID.4 mengungguli pendaftaran kenderaan elektrik (EV) sepanjang Oktober di Norway yang menjadi ‘lubuk’ pengangkutan elektrik.

Volkswagen juga mempunyai perancangan besar dalam menawarkan kereta elektrik dan mahu melancarkan 10 model elektrik baharu menjelang 2026.  Menyedari harga memainkan peranan penting, Volkswagen merancang menawarkan kereta elektrik aras mula pada harga sasaran bawah €25,000 (RM118,350)

Volkswagen ID.4

Selain itu, bermula 2023, Volkswagen hanya akan mengeluarkan EV di Eropah. Strategi lain Volkswagen dalam menghasilkan kenderaan elektrik ialah Platform MQB yang digunakan pada banyak model, termasuk pelbagai jenama di bawah Volkswagen Group.

Bagi EV, Volkswagen menggunakan platform Modular Electric Drive Matrix (MEB) yang berjaya mempercepatkan program mobiliti elektrik global dirancang. Platform itu menjadi asas teknikal kepada semua model EV Volkswagen ID.

MEB bermanfaat dari segi skala ekonomi kerana mampu mengurangkan kos EV dan mempercepatkan peralihan kepada pengangkutan neutral karbon. MEB juga direka untuk proses pengeluaran yang pantas dan cekap. Faedah diperoleh menyumbang kepada skala ekonomi dan seterusnya menjadikan EV lebih mampu milik untuk lebih ramai pengguna.

Volkswagen ID.4

Mengenai penawaran di pasaran tempatan, Volkswagen ID.4 versi Pro Performance yang dibawa Oktober lalu mempunyai dimensi lebih kurang sama seperti Hyundai IONIQ 5 dan Kia EV6 serta boleh dipandu sejauh 519km.

Penawaran EV kini begitu rancak di negara kita dengan pelbagai jenama massa dan premium sudah menawarkan model masing-masing. Kehangatan itu disumbang pengecualian cukai dan duti Kerajaan selain harga jualan pada angka menarik.

BACA >>> Volkswagen Pamer Model Konsep ID.Buzz Cargo untuk Paramedik, Jual Ais krim dan Lain-Lain
BACA >>> Volkswagen Amarok (2023) Diperkenal dengan Lima Enjin Turbo Diesel, dan Petrol!

Volkswagen ID.3
Volkswagen ID.4
Volkswagen ID.4
Volkswagen ID.4
Volkswagen ID.4
Volkswagen ID.4
Volkswagen ID.5
Volkswagen ID.6
Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Roda4 Volkswagen Volkswagen Group Volkswagen ID Volkswagen ID 3 Volkswagen ID.4 Volkswagen ID.5 Volkswagen ID.6 vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.