• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ora Good Cat (2022) Kini di Malaysia, Harga Mula 139.8k dengan Waranti Bateri 8 Tahun!

Ora Good Cat (2022) Kini di Malaysia, Harga Mula 139.8k dengan Waranti Bateri 8 Tahun!

November 28, 2022 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


GWM Malaysia hari ini melancarkan hatchback elektrik Ora Good Cat (2022) dengan rekabentuk berkonsepkan 'Futuristik' dalam gaya klasik malar segar yang menyerlah.

Berikut apa menarik mengenai Ora Good Cat (2022):

TRENKUASA

  • Ditawarkan dalam dua varian: 400 PRO (RM139,800), dan 500 ULTRA (RM169,800).
  • Dijana motor elektrik segerak magnet kekal berkuasa  141hp, dan tork 210Nm, manakala kelajuan maksimum 152kmj.
  • Menggunakan bateri litium-besi fosfat 47.78kWh untuk varian 400 PRO, dan Ternari Litium 63.139kWh (500 ULTRA).
  • Jarak pemanduan untuk cas penuh ialah 400km untuk varian 400 PRO, dan 500km (500 ULTRA).
  • Sistem suspensi independen MacPherson di depan dan torsion beam (belakang).
  • Sistem brek cakera depan dan belakang.
  • Sistem stereng kuasa elektrik (EPS)

LUARAN

  • Dimensi panjang 4,235mm, lebar 1,825mm dan tinggi 1,596mm, manakala jarak roda 2,650mm dan jarak tinggi bumi 145mm.
  • Ditawarkan dalam dua skema warna, iaitu dwi-tona (empat pilihan warna dengan bumbung hitam) dan monotona (tiga pilihan warna).
  • Sistem lampu utama LED pintar automatik dengan rekaan ala mata kucing.
  • Lampu suluh tinggi automatik (AHB) dengan lampu siang (DRL)
  • Rim aloi 18 inci lima jejari untuk kedua-dua varian dengan tayar saiz 215/50.
  • Lampu belakang LED horizontal yang dibenamkan dalam cermin belakang untuk gaya 'Futuristik', juga lampu kabus belakang.
  • Cermin sisi boleh lipat elektrik (semua varian), dengan memori (untuk 500 ULTRA).

DALAMAN

  • Ruang dalaman ada tiga pilihan skema warna, iaitu dwi-tona hijau dan kelabu, dwi tona kuning air dan cokelat, dan satu warna hitam.
  • Penghidup pintar tanpa kunci (keyless). Stereng kuasa dengan butang kawalan audio
  • Ruang kabin dilengkapi kluster instrumen 7 inci multi-info dengan fungsi mesra pengguna.
  • Papan pemuka dihidangkan unit infotainment 12.25 inci skrin sentuh dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Kedua-dua kluster instrumen dan unit infotainment disepadukan dalam satu unit skrin bersaiz besar.
  • Tombol gear jenis rotari di konsol tengah untuk ruang kabin lebih kemas.
  • Ruang kabin menampilkan rekaan kerusi kulit sintetik dwi-tona, dan material panel pintu kulit sued.
  • Dilengkapi bumbung suria panoramik elektrik penuh untuk pemandangan luaran lebih luas.
  • Kerusi belakang boleh lipat 60:40 untuk ruang simpanan barangan hingga 858 liter.
  • Dilengkapi ciri moden seperti pengecas wayarles, dan sistem penyaman udara dengan penapis udara PM2.5
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan dengan fungsi memori dan urutan (500 ULTRA), manakala kerusi penumpang depan boleh laras manual
  • Port USB: 2 untuk penumpang depan, 1 untuk penumpang belakang, 1 untuk kamera pemuka, dan 1 soket kuasa.

TEKNOLOGI

  • Dilengkapi teknologi bantuan pemandu pintar, seperti Parkir Pintar Bersepadu (IIP), Sistem Elak Pintar (WDS), Kawalan Brek Belok (CBC), Brek Kecemasan Automatik (AEB) +Persimpangan + Brek Kecemasan  Halaju Rendah (LSEB), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) + Belokan Pintar + Bantuan Trafik Sesak (TJA), dan Kamera Pandang Keliling 360º.

WARANTI

  • Setiap pembelian dipakejkan bersama:
    • Waranti kenderaan 5 tahun atau 150,000km
    • Waranti bateri 8 tahun atau 180,000km
    • Servis percuma 5 tahun.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, GWM, Hatchback Elektrik, Kenderaan Elektrik (EV), Ora Good Cat (2022), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my