Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 5 Rutin Asas Penyenggaraan Motosikal yang Kerap Penunggang Abaikan
Autotainment

#ApaNakBuat: 5 Rutin Asas Penyenggaraan Motosikal yang Kerap Penunggang Abaikan

ZYBy ZY14/09/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

“ASALKAN boleh start, jalannn…”

Salah satu tabiat buruk pengguna motosikal adalah kerap mengabaikan rutin penyenggaraan, terutama kalangan penunggang yang menjadikan kenderaan mereka itu sekadar alat bergerak dari A ke B.

Selagi tak ada masalah, buat apa bawa ke bengkel?” – Seman

Tahukah anda amalan penyenggaran yang dilakukan secara rutin mampu mengelak motosikal anda menghadapi kerosakan besar yang menelan kos baik pulih tinggi? Mari, kita ikuti apakah 5 rutin yang sepatutnya anda sebagai penunggang ambil tahu, tapi selalu diabaikan:

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Laraskan Brek Dram Motosikal di Rumah

1. PELINCIRAN AM

Apa-apa yang bergerak pada motosikal memerlukan pelincir. Antaranya, sambungan suspensi, hendal, tongkat, alas pemijak (jika boleh digerakkan) dan skru serta nat. Jika dibiarkan lama tanpa pelinciran, pergerakan komponen tersebut boleh terganggu disebabkan pengumpulan habuk atau karat.

Misalnya skru, walaupun tidak membabitkan pergerakan, tetapi jika dibiarkan berkarat lama, komponen itu pun boleh mereput, dan sukar ditanggalkan kecuali menggunakan bantuan alat elektronik berkuasa (power tools).

Seeloknya, sebelum pelinciran dibuat, anda perlu bersihkan kawasan tumpuan menggunakan kain pengelap atau berus gigi terpakai. Bagi tugasan pelinciran pula, anda boleh gunakan pelincir serba guna seperti WD40 yang sudah jadi pilihan popular zaman berzaman. 💪🏼

2. SISTEM BREK

Kasut brek untuk brek dram dan pad brek (brek cakera) ada tempoh tertentu untuk haus, tetapi janganlah sampai dibiarkan terlalu lama pula. Alat ganti itu bergantung kepada kekerapan anda menggunakan motorsikal, dan bolehlah diperiksa sebulan sekali.

Cara Periksa:

  • Pad brek (brek cakera) – Semak alur atau lekuk indikator pada pad brek. Pad baharu mempunyai alur yang dalam. Tukar pad baharu jika paras alur nampak tipis.
  • Kasut brek (brek dram) – Periksa bahagian luar dram untuk indikator haus dan indikator tukar. Tekan pedal brek untuk dapatkan bacaan,  sekiranya jurang atau gap antara indikator itu sangat dekat, itu bermaksud anda perlu menukar brek dram baharu.

Antara masalah brek dram yang kerap dihadapi ialah bunyi nyaring ketika motosikal bergerak. Jika brek belum haus, kemungkinan besar bunyi tersebut disebabkan debu-debu yang bersisa dalam dram atau brek dimasuki air. Bawa saja ke bengkel dan minta mekanik periksa dan cuci menggunakan semburan angin mampat.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah 3 Jenis ‘Filter’ Motosikal yang Wajib Anda Tahu?

3. PERIKSA MINYAK HITAM/ENJIN

Penyenggaraan minyak hitam bukan sekadar tuang dan periksa apabila tiba tempoh menukar. Lebih-lebih lagi jika anda guna pelincir sintetik dengan tempoh menukar lebih lama. Kekerapan memeriksa minyak hitam, misalnya seminggu sekali, membolehkan anda memerhati sebarang tanda bahaya yang mungkin menyebabkan kerosakan besar ke atas enjin.

Berikut antara tanda yang dapat diperhatikan:

  • Warna – Jernih dan keperangan (warna asal) menunjukkan minyak masih elok. Jika hitam atau kusam sudah sampai masa ditukar baharu. Jika keputihan, ini bahaya kerana gasket kepala silinder kemungkinan bocor atau berlaku masalah besar lain!
  • Aras Berubah – Jika takat minyak terlalu cepat berkurangan, itu bermakna motosikal anda ada masalah gegelang piston (antara punca utama) atau masalah injap (valve). Bawa segera ke bengkel atau pusat servis untuk diperiksa.

4. JAGA RANTAI PACU

Amalan ini selalu diabaikan hingga menyebabkan rantai jadi terlalu longgar dan berbunyi. Tahukah anda rantai longgar juga mampu menjejaskan prestasi motosikal?

Rantai yang kemas dan diminyakkan dapat melakukan hantaran kuasa ke roda belakang dengan lebih lancar. Malah, kekerapan menyenggara dan melincirkan rantai mampu memanjangkan jangka hayat komponen berkenaan.

Sebagai penunggang motosikal di negara tropika yang kerap mengalami hujan dan panas sepanjang tahun, anda dinasihatkan memiliki sendiri pelincir khas untuk rantai. Ingat, cuba elak menggunakan WD40 atau minyak hitam terpakai yang biasa dilakukan kebanyakan bengkel dan pemilik motosikal.

5. JAGA TAYAR

Tayar ialah komponen utama yang menghubungkan anda dengan jalan. Namun, masih ramai penunggang meletakkan diri dalam risiko bahaya dengan menunggang motosikal tanpa tayar cukup tekanan.

Tayar yang tiada tekanan angin mencukupi bukan saja boleh cepat haus, tetapi turut menjejaskan kawalan. Motosikal akan jadi lembab untuk memecut dan tidak stabil ketika mengambil selekoh.

Jika malas ke pam minyak semata-mata untuk memerika tekanan tayar, dapatkan tolok tekanan angin yang mudah disimpan. Kini, tiada lagi alasan untuk tidak periksa tekanan angin tayar!

Berapa kerap? Anda perlu periksa angin tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali walaupun motosikal anda hanya diparkir dalam garaj. Sila pam angin mengikut tekanan ditetapkan dalam manual penyenggaraan. Perhatikan juga keadaan bunga tayar untuk mengesan sebarang tanda kehausan atau kebocoran seperti tertusuk paku atau objek tajam.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!


KESIMPULAN

Senarai di atas hanya membabitkan rutin penjagaan asas untuk mana-mana motosikal. Bagi penjagaan lain, seperti memeriksa kelegaan injap dan aspek teknikal lain yang lebih rumit, eloklah rujuk kepada manual penyenggaraan atau dapatkan khidmat bantuan mekanik terlatih.

autotainment roda2 rutin asas senggara motosikal tip senggara motosikal
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026

1 Comment

  1. LC on 24/04/2018 14:03

    mantap, tapi kalau boleh selitkn gambar baru faham. alur, alur yang mana. rasanya, yg perlu baca ni newbie, kalau yang baca tu faham, dh kira experienced dh.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.