Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
Autotainment

5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

Han OthmanBy Han Othman19/08/2018162 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SITUASI kereta bergegar ialah antara beberapa masalah biasa yang kerap dialami pemandu. Apa yang berlaku bukan saja mengganggu pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kereta yang sedang dipandu.

Jika mahu ambil mudah, hantar saja kereta ke bengkel untuk dibaiki. Untunglah kalau masalah dihadapi itu dapat diselesaikan, tetapi bagaimana pula kalau situasi serupa berlaku semula? Sudahlah sakit hati, wang poket pula terbang melayang.

PanduLaju kali ini berkongsi 5 sebab utama yang menyebabkan kereta anda bergegar dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya. Namun, ia bukanlah satu-satunya punca utama yang menyebabkan gegaran ke atas kereta. Jika masih ragu-ragu, idea terbaik masih lagi di tangan mekanik profesional.

Tip diberikan ini mampu membantu anda melakukan diagnosis awal yang mungkin menjimatkan wang dan masa. Teruskan membaca!

1. MASALAH ENJIN

enjin-kereta-pandulajudotcomdotmy
Kadangkala gegaran berpunca daripada bahagian enjin disebabkan tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api yang diperlukan untuk membolehkannya bergerak lancar. Simptom yang menunjukkan gegaran berpunca akibat masalah enjin dapat dikesan menerusi:

  • Kereta bergegar dan berketar (jerking) semasa memecut.
  • Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu.
  • Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran

Penyelesaiannya, cuba ganti palam pencucuh (spark plug) lama kepada baru. Jika masih elok, periksa wayar palam pencucuh sama ada ia disambung dengan baik atau perlu diganti. Penapis udara kotor atau penapis bahan api tersumbat boleh menyekat kemasukan udara atau bahan api mencukupi ke dalam enjin. Pastikan kedua-duanya diganti mengikut saranan standard pengeluar.

2. MASALAH GANDAR (AXLE)

gandar-pandulajudotcomdotmy

Sesebuah kenderaan memiliki banyak bahagian berputar yang memerlukan unjuran atau toleran tertentu bagi membolehkannya beroperasi dengan baik. Kerosakan gandar mudah terjadi akibat kemalangan yang menyebabkan kereta menghadapi masalah gegaran, terutama apabila memecut laju.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakan Bar Anti-Oleng Bekerja?

Pemeriksaan ke atas aci pacu (driveshaft) perlu dilakukan. Bagi kenderaan pacuan roda belakang (RWD), sebahagian besar bahagian berputar memindahkan kuasa enjin kereta ke gandar belakang dan roda. Jika bengkok, gegaran akan berlaku. Kehausan sendi halaju malar (constant velocity joint-CV) juga termasuk dalam kategori sama. Jika ‘but’ getah yang menutup hujung gandar pacu kekal kukuh, pengapit (clamp) adalah selamat dan tiada bendalir bocor, sekali gus tiada masalah.

Tetapi, jika ‘but’ sudah koyak, habuk dan kotoran jalan akan masuk dan merosakkan sendi. Bagi kenderaan pacuan roda depan (FWD), kerosakan sendi CV bermakna anda perlu memberi gandar pacu baru. Ini kerana gandar tidak seimbang mampu menyebabkan kereta anda bergegar.

3. BREK ROSAK

brek-pandulajudotcomdotmy
Apakah gegaran berlaku apabila anda menekan brek? Jika ya, ada kemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada rotor brek atau rotor. Rotor adalah komponen berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera.

Komponen berkenaan boleh bengkok atau ‘lari’ daripada bentuk asal disebabkan jangka hayat dan gaya pemanduan kereta. Kekerapan membrek mengakibatkan kepanasan ke atas rotor dan kerosakan berlaku apabila terjadi kepanasan melampau. Kerosakan rotor juga berpunca disebabkan permukaan jalan tidak rata.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek Atas Jalan Basah Tanpa Bantuan ABS

Apabila rotor rosak, kaliper dan pad brek gagal mencengkam rotor dengan baik, sekali gus menyebabkan gegaran.
Idea terbaik adalah jumpa pakar brek yang akan memberitahu keadaan rotor atau brek dram kereta anda.

4. RODA GOYANG

bering-roda-pandulajudotcomdotmy
Kadangkala gegaran kereta dapat dirasai secara terus dari roda stereng. Alasan paling munasabah difikirkan adalah isu penjajaran (alignment), tetapi pakar berfikir sebaliknya. Satu daripada roda lain mungkin mengalami masalah goyang (wobbly) yang menjurus kepada beberapa isu lain.

Langkah pertama adalah memastikan setiap roda diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul. Malah, masalah gegaran mungkin dapat diselesaikan dengan menggantikan bering roda. Bering roda bagi kenderaan moden hari ini diibaratkan bagai nyawa sesebuah kereta. Jika kereta anda dipandu bukan dalam kondisi normal seperti meredah laluan off-road, pemanduan ekstrem dan jarak jauh, kenderaan anda berisiko mengalami masalah bering.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar 2 Tayar Baharu – Mahu Pasang di Depan atau Belakang?

Seperkara lagi perlu dilihat adalah ‘runout’ atau habis. Terma ini menjelaskan berapa banyak roda membelok daripada putaran lingkar sempurna apabila dipandu. Mekanik roda menggunakan instrumen ketepatan untuk mengenal pasti jika ‘runout’ berlaku ke atas mana-mana roda yang melebihi setengah inci, tetapi bukan sepanjang masa. Penyelesaian terbaik adalah menukar roda baru.

Masalah lain bagi roda bergoyang adalah hujung rod-ikatan (tie-road) atau sendi bebola (ball join) yang menyebabkan gangguan gegaran ketika memandu laju. Roda adalah punca biasa yang perlu diberikan perhatian jika mahu mengesan punca kereta bergegar.

5. MASALAH TAYAR

tayar-pandulajudotcomdotmy
Walaupun berada dalam senarai akhir, tayar adalah masalah nombor satu apabila berlaku gegaran kereta kerana ia adalah komponen utama pergerakan sesebuah kenderaan. Ada banyak senarai masalah tayar yang menyumbang kepada masalah gegaran, ketaran dan golengan sesebuah kereta. Namun, di bawah adalah masalah besar yang kerap berlaku:

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kedalaman Bunga Tayar Sangat Penting?

  • Kereta bergegar pada kelajuan tertentu – imbangan (balancing) tayar diperlukan.
  • Bunga tayar terpisah – tayar perlu ditukar.
  • Tayar tidak rata – penjajaran (aligntment) tayar diperlukan.
  • Tayar terkeluar dari pusingan dan bergolek tidak sama – tayar perlu ditukar.

Kadangkala, gegaran bukan berpunca daripada tayar, tetapi roda atau rim. Beri perhatian kepada jalan berlubang dan sedang dibaiki kerana kedua-duanya mampu merosakkan roda anda.

autotainment kereta bergegar Kereta Gegar punca kereta bergegar Roda4 tip tip automobil tip kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Proton S70 2026 rasmi dilancarkan
Roda4

Proton S70 2026 dengan Enjin 4-Silinder Kini di Pasaran, Harga Mula RM73,800

13/02/2026

162 Comments

  1. anuar on 09/11/2016 10:45

    saya nak tanya bila kita stay napa bgegar ya…….

    Reply
    • anuar on 09/11/2016 10:48

      asal pagi saya start kereta mesti bgegar…..n then bila injin sudah panas betul……kan..gegaran itu hilang……
      adakar masalah plug

      Reply
      • AO on 11/11/2016 20:44

        Mungkin plug dan kabel, atau fuel pump

        Reply
        • wan on 14/04/2017 15:26

          Assalamualaikum saya pakai myvi auto, baru reper enjin daripada kebocoran minyak hitam yang mana spark plug dah terendam dalam coil plug. Masalahnya sekarang kereta saya ade rasa jerking bila memecut lebih 80km/h. Ikut tanda2 camni rosaknya coil plug ke atau gear box, minyak hitam dan spark plug baru tukar.

          Reply
          • Qib on 21/09/2019 10:00

            Assalamualaikum, ni dah settle ke? Sebab mengalami masalah yang sama sekarang, enjin jerking.

          • Niccolson Angki on 05/11/2019 10:23

            Halo, Berkemungkinan besar Coil Plug sudah rosak , tapi bukan semua. Rosak di sini bermaksud, tenaga elektrik tidak tetap di salurkan kepada palam pencucuh (spark plug).

      • Baihaqi on 09/03/2017 12:30

        Kebiasaan yer tapet tidak di setting dgn betul, kalaw kereta anda tapet yer hidrolid mugkin masalah lain

        Reply
      • AFIQ FAHMI BIN AHMAD on 26/06/2017 07:35

        Situasi sy pula waja 1.6. Selepas 45 minit – 1 jam tetiba engin mcm semput mcm xcukup api. Bukak bonet,soket coil plug tercabut. Dah sambung pn tercabut jgk selepas 45 minit – 1 jam. Kenapa ea???

        Reply
        • zharqie on 04/11/2017 01:01

          Kena jumpa bomoh

          Reply
      • Fan Neo on 07/07/2017 07:20

        Keta begegar ni… ada beberapa sebab jg.. Mungkin ada org yg gegarkan tanpa anda sedari… LOL!! Ni masalah cold start idling.. cuba cek iacv/icv (intake air controller valve) yg tepacak di throttle body..

        Reply
    • AO on 11/11/2016 20:47

      Engine mounting

      Reply
      • KHAIRUL AZIM BIN SHARUDIN on 20/11/2016 13:57

        SAYA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA. HIDUPKAN ENJIN, STERENG MULA GEGAR, ADAKAH ENJIN MOUNTING BERMASALAH ? JIKA YA, BUKANKAH STEERING AKAN TERUS GEGAR SELAGI ENJIN HIDUP ? SEDANGKAN APA BILA ENJIN DA PANAS, GEGAR AKAN HILANG.

        PERLUKAN BANTUAN

        Reply
        • AO on 29/11/2016 20:23

          Kena tanya mekanik. Ada banyak sebab. Rujuk jawapan atas

          Reply
        • ABOY on 23/03/2018 17:31

          DAH SETEL KE MASALAH… APE MASALAHNYA … LEH KONGSI X.. SEBB NGAH MENGALAMI MASALAH YANG SAMA

          Reply
    • Zul on 03/03/2018 00:26

      Mounting enjin dh pecah atau rosak.tukar mounting selesai

      Reply
    • Fik on 31/05/2019 21:11

      Nak tanya saya bwk kereta ada rasa kereta goyang kekiri dan kanan. Tapi stereng x goyang dan hanya berlaku bila bawa laju. Mngkinkah lower arm yg rosak atau tayar problem. Plz help.

      Reply
    • ana on 17/01/2020 12:10

      Assalamualaikum saya nak tanya kereta saya di bahagian belakang kiri bergegar seolah olah ada barang yang yg terumbang ambing dalam bonet.tapi dengar betul2 belakang kiri.tak de kene mengena ngan barang..sentiasa bergegar.kalau jalan kawasan tak rata kuat dengar..boleh saya tahu maslaah tu atas sebab ape ye

      Reply
  2. nazri on 23/11/2016 14:39

    saya bawak saga..bile pecut lps tu brek je tayar blkg mcm bergegar..brek pun mcm xkuat..mslh brek ke cmne ye?

    Reply
    • AO on 29/11/2016 20:24

      Brek atau suspensi

      Reply
  3. Ct on 01/12/2016 18:28

    Nak tanya lah bila kita bawa kereta nk ke kanan streeng tu mcm menendang semula bergegar lain mcm bila coner kanan pon perkara yg sama apa punya dia yer ? Ade ke driveshafts problem

    Reply
    • AO on 01/12/2016 19:09

      Ya, mungkin driveshaft. Boleh tanya mekanik

      Reply
      • Noor on 06/11/2017 15:43

        Kereta lerodua viva saya bila brek,berbunyi & bergegar….last week tayar nak tercabut dari drive shaft,tayar hadapan belah kiri..nasib cepat tahu,klu x,mmg menempah ajal lah jawabnya..

        Kes kereta saya ni berbunyi bila menekan brek apabila saya menukar bearing & drive shaft (pomen cakap dua2 dah rosak) tapi minyak gear box x tukar (sbb pomen pun x cakap perlu tukar @ tak)

        skrg ni tau tau lah apa masalah kereta saya ni..boleh bagi hint x

        Reply
    • faizal on 30/09/2017 09:46

      masalah stereng rack

      Reply
  4. Razak on 02/12/2016 14:19

    Saya menggunakan kereta gen manual keluaran 2004,masaalah saya apabila memandu dalam gear 5 menekan pedal minyak kereta saya jd semput2 seolah olah mcm x ada pickup.. Apa masaalah ini tlg beri jawapan.. T.kasih

    Reply
  5. Jc on 05/12/2016 15:44

    Saya mengyu akan kerera fd, sblm ni dah pernah tukar coil & spug plug, tetapi slepas lebih kirang 2/3 bulan blalu, kereta begetar semula.. sebab apa ye

    Reply
    • AO on 05/12/2016 21:39

      Banyak punca kereta bergegar seperti yang ditulis dalam artikel. Kena kenal pasti gegaran tu datang dari mana sama ada enjin, stereng, casis atau tayar. Seeloknya tanya mekanik

      Reply
      • adam on 03/01/2017 14:17

        Assalmualaikum Admin kereta Kenari auto saya bilah start saja Engine then masuk gear gegar pada bahagian engine macam kuat tehan bilah reverse engine mati sendiri macam tiada tenaga pada engine kereta saya ….adaka masalah berpunca darpada Engine Tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api atau kena ganti spark plug ….kalau spark plug baru 4bulan yg laluh saya da tukar yg baru …bilah lihat sahaja spark plug kadang2 ada minyak kotoran kena pada bahagian penyambung spark

        Reply
        • Jake on 09/09/2017 21:44

          Ya sy jg sma.. Apabila masuk gear r akan semput.. Spark plug sdh ganti baru.. Check coil plug semua masih ok..

          Reply
  6. Yopyen80 on 17/12/2016 23:08

    Nk tnye ler..wira 1.6 sye auto..ble gear d kedudukan D…brenti d trafiklight enjin gegar meter rpm jatoh…

    Reply
    • AO on 18/12/2016 23:43

      RPM jatuh mungkin ada kena mengena dengan setting computer box. Kenal pasti simptom gegar macam dalam artikel. Jangan lupa rujuk pomen

      Reply
    • kaza on 18/04/2017 16:22

      itu body throttle punya problem

      Reply
    • pangkin garage on 09/09/2018 05:39

      engine mounting problem..kereta auto mmg cmtu simtom bila mounting pecah?prob

      Reply
  7. John on 19/12/2016 14:35

    Honda civic fd2 bwk 130-150 bergegar kereta.. 160 steady pulak. Apakah itu?

    Reply
    • Jeremy on 10/08/2019 23:49

      Dh setel x problem ni?

      Reply
  8. Mustafa on 30/12/2016 06:34

    Saya nak tanya, kereta exzora saya bila dipandu laju melebihi 90km mula tayar depan bergegar apa punca nya, balancing dah buat bagi kedua tayar depan ok, tapi masih ada gegaran lagi, bila berlaku pemanduani stering nak lari kekiri , boleh minta pencerahan dan nasihat tn.

    Reply
  9. sam on 10/01/2017 01:06

    As’salam…..kenapa kereta saya bila pandu 90km/h ke atas mesti body kereta bergegar….lagi tekan minyak lagi bergegar….

    Reply
    • sham on 05/06/2017 18:12

      drive shaft rosak.cuba check dgn mekanik.

      Reply
  10. 850ez2001 on 13/01/2017 15:17

    Salam tuan. Kancil850 auto gegar walau dlm gear N. Gegar lebih kuat bila reverse R. Pagi start enjin gegar pd timing rendah rpm bawah 1 kemudian naik 1.5 k 1.7. Kemudian turun setakat 1.5 shj bila enjin panas. On aircond turun 1.25. Bila kipas stop rpm naik semula 1.5. Ikut pengetahuan sy bila start rpm akan naik 1.5 kemudian perlahan2 turun 1.1 atau 1. Carburetor dah servis. Plak n cable plug & minyak enjin dah ditukar. Minyak gear juga ditukar. Pelarasan api & angin juga telah dibuat. Masalah masih sama. Adkah cadangan mekanik utk tukar carburetor baru betul?
    1. Kancil 850 auto 2001 standard tiada modifikasi.
    2. Mileage 300k +.
    3. Satu rocker arm pernah patah bulan 4/2016.
    T.kasih tuan.

    Reply
    • AO on 14/01/2017 13:02

      Kena kenal pasti gegaran dari mana sama ada suspensi atau enjin. Kedua-duanya digantung kepada casis. Pastikan absorber, tayar, mounting dan bushing serta sistem gantungan lain masih elok dan diganti mana yang sudah uzur.

      Jangan lupa mounting enjin. Pastikan ditukar untuk kurangkan gegaran. Rpm enjin tidak betul adalah masalah enjin, bukan masalah enjin bergegar. Kalau rpm betul pun tapi bermasalah mounting, kereta tetap bergegar.

      Reply
      • nurfarhana nfj on 15/01/2017 22:00

        Assalamualaikum sy nak tanye sy pakai kereta waja 1 .6 tahun 2000 masalah kereta sy meter tak naik m8nyak isi penuh pon tetap tande kuning kuar tande minyak sudah nak abis boleh tolong sy ape masalah kereta sy ni dear terima ksih

        Reply
        • Nasa on 07/01/2018 08:55

          Pelampung x berfungsi.cek ngan pomen

          Reply
  11. Am on 22/01/2017 09:50

    Hai. Nak tanya adakah lower arm bermasalah juga punca kereta bergegar?

    Reply
  12. KIMAI on 31/01/2017 09:00

    sya pakai kreta iswara LMST 2007,sy ada buka batry ,lepas tu pasang balik,lampu kecemasan hidup,biar pun tak on kreta,dan bila nak start kereta..xfungsi langsung,..apa masalanya,tlong2’dlu org susah..hee

    Reply
  13. Kucot on 20/02/2017 13:51

    Masalah kereta isuzu d-max 3.0..enjin dia jerking lpas tu pick-up pn tidak ada..apabila ditekan minyak rpm enjin mula bergetar…apa penyebab utama enjin tu…boleh kongsi2 sikit cara untuk mengatasinya masalah enjin bergetar kh..?

    Reply
  14. pudgey on 25/02/2017 08:47

    sy pkai exora 1.6.. massalah ble hdupkn enjin trus bergegar,,klau bkak aircond mkin kuat gegar..bleh tae ape mslh..??

    Reply
    • Milah on 21/07/2017 10:01

      sy pun alami serupa exora , gegaran sepanjang masa dirasai pada stering. kalau laju dah rasa floating , alignment out sebelah kiri sejak awal. haram jadah proton. boleh repair ke stering gegar ni??

      Reply
  15. sham on 06/03/2017 12:39

    wira se manual, meter speed gegar bila bw lbh 120 dan kdg2 engin mati tiba2 terutama ketika nak berhenti ditraffik light atau nak masuk simpang

    Reply
    • AO on 06/03/2017 13:36

      Ada banyak kemungkinan. Boleh jadi masalah spark plug, computer box, throttle body, fuel pump atau kabel plug. Elok tanya mekanik

      Reply
  16. san on 08/03/2017 14:17

    Kalau pasang aircond kereta gegar pasal apa boss…pegeout

    Reply
  17. san on 08/03/2017 14:24

    Kereta saya tu jenis auto dan inj

    Reply
  18. diskaun perodua on 11/03/2017 22:22

    terima kasih info yg sangat membantu..

    Reply
  19. Siti on 24/03/2017 09:40

    Tayar belakang bergegar..kenapa boss..pda hal kereta baru keluar sebulan dari produa

    Reply
    • AO on 24/03/2017 19:59

      Rujuk pusat servis Perodua

      Reply
  20. Nick on 06/04/2017 01:26

    apa masalahnya, semasa bawa keta akan lari ke kanan n ke kiri?

    Reply
  21. nad on 19/04/2017 22:57

    Assalam. Sy pakai wira 1.5 (A) (2002), enjin kereta start jerking teruk. Bila bawak laju takde gegar. Tapi bila tekan brek n berhenti, gegar teruk sgt. Benda jadi after tukar tayar depan dua biji. Pomen 1st tu cakap brake pad kena tukar. Tp sy hold dulu. Then pergi survey kat 2nd pomen, katanya gegar pasal mounting. Kena tukar 4 biji tu. Then pergi 3rd pomen, dia kata plug n distributor pulak. Adudu pening kepalaa. Takut kena kencing dgn pomen je

    Reply
    • Vina on 16/01/2018 14:24

      Kereta saya saga blm sama cam awak.. dia jerking masa berhenti.. ada yg cakap plug, ada pulak brake pad.

      Reply
  22. anthony on 20/04/2017 06:33

    Kereta sya bergegar bahagian dashbord and stering apabila aircond dihidupkan. Sebelum ini tidak terjadi tetapi selepas BREAK BOOSTER ditukar baru perkara ini terjadi. Dan bunyi engine turut berubah. Mohon pencerahan kawan-kawan. Tq

    Reply
  23. hafiz on 01/05/2017 19:47

    Satria 1.8, kereta gegar masa pijak klac utk drop gear 3 – 2-1-N

    Reply
  24. mohd Firdaus on 01/05/2017 23:03

    assalam tuan,,sy nk tanya tuan 2 masalah kereta waja keluaran thn 2001,,
    1.enjin selalu je semput2 walau baru tukar plak,,adakah ia lazim x tahan lama utk kereta sy tu ye tuan? biasa dpt tahan 2,3 bln je,lps tu semput2 semula,,
    2.sekarang meter panas sy lbih dr 70c,adakah ia Lazim ye tuan?

    Reply
    • Nasa on 07/01/2018 09:01

      Cube cek distributer

      Reply
  25. rie on 02/05/2017 00:47

    kenapa ada bunyi ketukan di bahagian depan tayar kiri kereta kenari saya sedangkan saya dah tukan absober, mounting absober, lower arm, tie rod inner dan outer.

    Reply
    • toyo on 13/06/2017 16:58

      sy dulu pon pernah kena mcm tuan hampir setahun mencari punca rupanya skeru dekat axle hampir tercabut.

      Reply
  26. Wan on 19/05/2017 11:18

    Saya pakai honda fd taon 2008. Kereta saya bergegar mcm gempa bumi sejak akhir2 ni..4 biji rim sy mmg ade sikit bengkok..taon lps x gegar pn wlpn rim tu bengkok..sjak bulan lps,gegar die mmg kuat..kalo nak sabitkan rim,knp selama ni ok je sy bwk, tak gegar pun..tu yg pelik..bwk sekitar 100km/j je..kalo lebih,rase mcm nk runtuh keketa,

    Reply
    • AO on 19/05/2017 13:15

      Kesan rim bengkok boleh melarat ke banyak komponen lain macam suspension, bushing, mounting, dll. Boleh jadi condition tayar dah tak bagus (gelong, bengkak, dll). Sebab itu dulu kita rasa ok ja, tapi sekarang bergegar lain macam.

      Reply
      • Roy on 01/06/2017 14:34

        Salam .. sya pakai kembara auto . Masa parking Gear p atau n enjin stabil .. bila masuk d atau r enjin x stabil .rpm turun naik mcm nak mati tak mati je anjin tu ..apa masalh ye

        Reply
      • Che' Mat on 04/09/2017 15:10

        As Salam. Kereta saya pun menghadapi masalah yang sama. Gegaran berlaku pada sebarang kelajuan. Gegaran lebih terasa bila bawa pada kelajuan 100 km sejam. Pada kelajuan ini gegarannya sgt kuat dan apabila melalui jalan yanh tidak rata terasa kereta membuai ke kiri dan kanan. Apabila membrek, kereta seperti sukar untuk dikawal disebabkan ianya membuai dengan lebih kuat.

        Reply
  27. Shahnaz Zain on 02/06/2017 08:33

    Salam Tuan, Kereta proton wira saya 1.5L special edition engine selalu mati bila berhenti. Throttle control, engine coil dan cable engine dah ganti. 2 mechanic berbeza dah check kata tiada masalah.selalu rasa masa gear auto bertukar. Mintak tolong penjelasan sikit. terima kasih

    Reply
    • AO on 03/06/2017 23:15

      Check computer box. Mungkin kena remap balik throttle response. Boleh jadi fuel pump. Kadang-kadang bukan silap mekanik, cuma simptom (enjin mati bila berhenti). Ada banyak sebab jadi macam tu. Kena trial and error. Biasalah, kereta berusia

      Reply
      • Shahnaz Zain on 05/06/2017 13:07

        Terima Kasih Tuan

        Reply
        • Shahnaz Zain on 08/06/2017 08:24

          Dah jumpa punca sebab engine mati, sensor cam shaft rosak mechanic test selama dua hari baru jumpa punca nya. Terima kasih kerana memberi nasihat kepada saya, Betullah kereta lama susah nak detect problem.

          Reply
  28. Juka on 11/06/2017 05:45

    Salam boss. nak tny .sy ad msalah bile kereta bawak jer laju .mesti jd gegar hbis kat bhagian depan..knpa ea bos? klau slow ok ja .kereta myvi .bwak jer dekt 100..start gegar .

    Reply
  29. azura on 12/06/2017 09:53

    salam tuan,

    saya pakai persona auto. ketika kelajuan 100km/j kereta akan bergetar kuat. penumpang pon dapat rasa..apakah punca masalah ini. apa yang perlu ditukar dan berapa kos..mohon tunjuk ajar tuan.

    tq

    Reply
    • toyo on 13/06/2017 16:56

      driveshaft bos.

      Reply
  30. md on 14/06/2017 01:17

    Nak tanya tanda tanda lower arm rosak dia berbunyi ke mcm bearing pecah
    mohon pencerahan..
    tukar gransaff baru still bunyi
    mula mula ingatkan gransaff sebab dari dulu tak penah tukar baru..tayar depan berbunyi mcm bearing pecah
    model honda vtec

    Reply
  31. daud zaini on 15/06/2017 09:54

    HAI MAHU TANYA SAMA OTAI2 KERETA MYVI SE LAGI BEST kalo sya pecut 80kmk ke 100km ada gegar tak tau yg mana . Bawa slow2 okey …

    Reply
  32. Syahrun on 16/06/2017 22:39

    Nak tanya kenapa kereta saya bila pandu 100km/j atau lebih tayar belakang akan rasa bergegar terutamanya tayar sebelah kiri dan mengeluarkan bunyi seperti diketuk, apa masalahnya? Kereta saya ford focus

    Reply
  33. mustaffana on 22/07/2017 01:08

    Assalam tuan..nk minta padangan tuan..sy bru pakai honda city 2015..second..masalah yg dialami bila permulaan kereta nk bergerak..ada jerk(tersentak2)..bila slow kt trafic light pun jadi..klau dlm keadaan laju xde rasa..kereta auto..dah tkar plug..

    Reply
    • peter on 02/08/2017 15:43

      kereta auto…. tersentak apabila baru nak mula jalan bila berhenti dekat trafic light? gi la kamu check gearbox mana tahu minyak kurang… cara check… awal pagi… 1) check minyak gearbox (KOMPOR MACAM PENUH) Tapi ??????? 2) panaskan enjin…. 3) tekan brek… 4) masuk gear R tggu 5 saat dan masukan gear N tggu 5 saat dan lagi masukan ke gear D… ulang 3 kali R,N dan D… 5) check minyak gearbox… kompom kurang… hahahaha… selamat mencuba…. kecuali gearbox tu memang dah nak di belai dgn gaji sebulan… 🙂

      Reply
  34. Zam on 27/07/2017 21:38

    Salam…dah tukar sport rim dan tayar baru…bwak 120km steering gegar…130 ke 140 km ok tak gegar..masa pakai sport rim original ok takde gegar…dah buat balancing tyar depan pun masih sama…ada apa2 idea tak…

    Reply
  35. riduanCoway on 03/08/2017 18:12

    saya pakai Viva 1.0 manual,enjin mounting dah tukar baru,air filter masih baru…tapi bila enjin panas dan on air aircond enjin bergegar…bila off aircond..timing enjin jadi rendah dari aras 1000.
    Cuma fuel filter aja belom saya check dan plug…
    cuma satu saya perasan,masa air cond hidup…timing enjin pada aras 1500rpm.Saya pernah alami pada Saga Blm saya,masalah sama…bila on air cond,timing naik sedikit disebabkan timing air cond naik pada aras 200,puncanya releigh rosak…
    tapi berbalik pada Viva ni,releigh masih elok dan baru ditukar…
    saya akan cuba chek plug dan cable plug serta fuel fiter…jika masih berulang redho ajalah nampaknya.

    Reply
  36. Zul on 13/08/2017 07:50

    Salam Admun nak tanya kereta saya kalau speed bawah 100 ok lancar..tapi bula speed lebih 100 ke atas bergegar stereng adakah masalah rim bengkok atau driveshaft?

    Reply
  37. alfaizal on 26/08/2017 01:01

    asslam tuan..kereta saga blm saya bila nk mula dari traffic light semput..tapi selepas 5,6 saat baru gerak mcm biasa..tapi bila bawa laju xde masalah pula..benda yg saya dah cek ok..spark plug..cable coil,fuel filter,trothle body..cuma fuel pump belum cek..adakah fuel pump juga berpunca dari masalah tersebut

    Reply
  38. NORIDAH WAHID on 02/09/2017 12:49

    nak tanya, kereta saya jenis auto, semasa start kereta bergegar dan kelajuan kurang..apa masalah ka itu?

    Reply
  39. Mohd Salleh Ali on 20/09/2017 22:15

    nak tanya,kereta naza citra auto, Tayar kereta semacam jalan tak lurus
    stereng berbuai macam pantu atas air apa masalahnya?

    Reply
  40. Nasri on 30/09/2017 17:38

    Saya nk tanya.apa masalahnya kalau start engin,pusing je stering kiri & kanan meter rpm tak stabil(drop)

    Reply
  41. Che Rosna on 08/10/2017 21:18

    Kereta saya Kembara Perodua. Baru saja jadi bergoyang sakan bila start enjin. Break ada bunyi bila tekan kadang tu. Bila tekan minyak pula ada bunyi mcm air mendidih. Tlg post mortem kenapa jadi mcm nih.

    Reply
  42. Shahrul on 14/10/2017 14:06

    Waja sy thn 2005
    Masalah hari ni…engine start gegar kuat tekan minyak engine mati…..auto

    Reply
  43. Faez on 07/11/2017 23:49

    Salam, saya nak tanya pasal kereta. Saya pakai axia, and bila on jea aircond and masukkan gear dye mcm ad bunyi cit cit cit, kalau xon aircond masuk gear xbunyi, kalau bukak aircond and xmasuk gear dye xbu yi cit cit, so ap yea masalah dye. Harap dpt membantu

    Reply
  44. Sera on 08/11/2017 14:14

    Sy pakai Axia SE auto yg baru – bila masuk gear reverse, akan ade gegar2 and sangkut2. time nk lepas break tu, dia akan gegar2 sangkut2. bila dah lepas break sepenuhnya, akan jd smooth blk. Bende ni akan jadi bila masuk gear reverse je. Taktau apa problem dia sebenarnya.

    Reply
  45. azim on 09/11/2017 18:24

    Salam, saya azim.. saya guna satria lama.. masalahnya bila berhenti, stereng akan bergegar.. kalau nak kata masalah mounting enjin, body lain takda gegar.. hanya bahagian stereng sahaja.. bila pegang, gegaran berkurang..bila lepas, gegaran kuat.. apa kemungkinan masalahnya ya?

    Reply
  46. mohd kuzaini bin Ibrahim on 18/11/2017 19:00

    Assalam. saya kuzaini. pakai kereta inspira 1.8(m) tahun 2013. masalah kereta saya adalah bila kereta berjalan dijalan raya biasa yg berturap (bukan highway) akan berbunyi ‘guk-guk’ kasar pada bhg depan dan belakang kiri kanan tayar, dan kesan dia boleh dirasai pd setering (turut bergegar).

    Reply
  47. Dila on 26/11/2017 17:09

    Assalammualaikum…..sy nak tanya la…sy dh tukar disc,brek pad dn juga tayar..tetapi masih lgi bergegar bile brek…ad msalah apa yer..

    Reply
  48. ina on 29/11/2017 09:30

    saya nak tanya. tayar kereta bahagian belakang belah kiri kereta saya goyang/gelong.ape yang saya kena buat ??. sebab sebelum nie kereta tu pernah eksiden n rim bengkok

    Reply
  49. izuwan on 11/12/2017 08:57

    Saya nak tanya wira 1.3 bila pasang airCom enjin boleh jadi bergegar tutup airCom ok takde bergegar

    Reply
  50. wynne on 11/12/2017 11:06

    tayar bergegar selepas tukar rim dari 14inch ke 15 inch.

    Reply
  51. apek on 02/01/2018 11:57

    Waja (A) 2005 kereta rasa gegar dan berdengung semasa memandu. Masa idling lagi lah kedap terus telinga. Baru lepas tukar mounting, lower arm, bearing tayar tapi tetap kecewa.

    Reply
  52. ed on 06/01/2018 11:25

    Salam
    Masaalahnya gegar deshboard ikut sekali gegar apabila start tekan minyak untuk jalan,
    Dan…bahgian bawah..tak tau,kat ubsobor ke,drivshaft ke,arm ke,,bunyi berketuk kuat skali…
    Mohon bantuan apa problem ni..
    Terima kasih.

    Reply
  53. ari on 08/01/2018 12:41

    kereta sy haritu rotate tyr belakang bawak ke depan,dan sekarang bila bwk 90 dan ke ats kereta jadi bergegar..sbb time tkr tyr tu x buat balancing and aligment ke?

    Reply
    • Din on 12/03/2018 22:41

      Sepatutnya kena buat balancing dan alignment

      Reply
  54. Farid on 12/01/2018 19:46

    Assalam n salam happy
    Saya pakai honda jazz idsi..auto
    Nak tanye..
    Kereta hidup..bile gear masuk D tekan je pedal pecut hampir sparuh..ade gegaran pada sebelah kiri depan tayar..or engine (xpasti).bile tekan prdal minyak sikit2 xde gegaran plak..ade ke untuk jawapan soalan saya ni? Terima kasih

    Reply
  55. azroy on 23/01/2018 17:40

    Rim sebelah kiri panas sgt sgt sgt otai2 sekalian bole tolong knp bole jadi sebegitu rupa..

    Reply
    • Ahmad on 01/01/2019 22:40

      bro da setel blom masalah ko? aku hadapai masalah yang sama …ape masalhnya ye?

      Reply
  56. mamat on 11/02/2018 03:35

    sy hadapi masalah kereta grandlivina…slps repair aircond enjin rasa x best dan makin lama kalau permulaan nk bergerak rasa gegar x cukup kuat…naik bukit pun x kuat sbb kalau tekan minyak rasa gegar…tapi kalau bawa laju x rasa…dh tukar 1 mounting tp makin teruk…tukar driveshaf pun teruk gak…ni tgh pening…duit dh byk hbs…

    Reply
  57. qaiser on 16/02/2018 13:03

    driveshaft da tukar,tayar baru 4 biji,engine mounting pun da tukar,bila ats 120kmh dia gegar mcm nk tercabut dashboard,bila ats 140kmh dia kurang sikit je gegar,knp yea ??

    Reply
    • yuki on 15/10/2019 09:15

      sama. sudah settle blom ?

      Reply
  58. shahmir on 26/02/2018 12:57

    salam yang arif..kancil 660 saya masuk enjin kelisa..saya dah tukar sport rim 14 skali tayar baru, msuk spring sport, steering rack dah tukar, absober dah tukar 4btg, lower arm dah tukar, driveshaf recon balik, alignmnt n balacing dah buat..balancing 2 kali buat..tetapi problem skarang, steering still woobly ataupun vibrate kiri kanan..kenapa ya tuan yang arif..mohon bantuan..takut nnt tayar cabut jalan kdepan dulu..hehe

    Reply
    • fendy on 25/07/2018 12:43

      bro..msalah kreta dah setel ke? mohon share dgn sy..sbb msalah kreta kita sama
      mohon whatsapp trus pun blh.. 0168369714..fendy

      Reply
  59. Izzul on 05/03/2018 12:02

    Salam dan Selamat Sejahtera,

    Saya nak tanya,,, saya menggunakan kenderaan jenis Proton Saga FLX SE.. apabila saya tekan brek, ada bunyi yang dihasilkan seperti diketuk..mohon penjelasan jika ada yang tahu sebab berlakunya bunyi tersebut.

    Terima kasih

    Reply
  60. apecawoo on 07/03/2018 23:52

    enjin gegar klau da check atau repair mounting ok drive shaft ok absorber pun ok atau hal2 kecik mcm plug rim dan benda2 kcil masih lg xhilang gegar jgk..jadi bersiap sedia lah wang besar anda ..check ler gearbox anda yer.klau bnasib baek xbyk dan masih boleh d baiki ok ler..klau x harap maklum ler..pengalaman kereta gegar pomen check gearbox problems(cvt) baru harga rm12k klau recon 3k blom upah psang..

    Reply
  61. Melly on 11/03/2018 11:36

    Salam.n salam sejahtera…
    Keta saya viva 1.0 manual.. Baru tukar compresor ekon.. On ekon..ada bunyi..enjin gegar macam nak mati..tapi x mati..dan bila drive ada bunyi mcm cencorot..x selesa bila memandu..apa problem ye..bleh bg pendapat x…

    Reply
  62. Red on 20/04/2018 00:17

    Assalamualaikum?? Nk tanya, kereta satria sy begegar bahagian depan bila tekan pdel minyak n kalau lepas pdel minyak tak ada gegar plak…makin tekan makin trsa brgegar…ada time2 ada bunyi bila lepas cluct tkar gear masa drive..tak brani nk bawak laju2..heheee..apa sebab nye ekk??harap dpt bantu…

    Reply
    • AO on 21/04/2018 06:57

      Engine mounting

      Reply
  63. rizal on 16/05/2018 17:24

    Assalam, perodua Alza bergegar didepan bila kelajuan 120km/h, adakah masalah plug, air filter, atau rims bengkok

    Reply
  64. Siti Nuraini on 05/06/2018 07:41

    Salam,sy pakai kereta VIVA 1.0,..bila sy bwk kereta yg ada penumpang 3org (dewasa) tayar bahagian belakang jadi goyang habis,padahal bwk slow..jadi sy nk thu ape mslh…tmksh

    Reply
  65. Zulkifli on 04/07/2018 08:57

    Salam. Sy pengguna myvi lgi best klrn tahun 2010. Masalah gegaran kuat terjadi bila melalui permukaan jalan yg kurang rata.gegaran kuat terasa seumpama kereta lansung x mengerap gegaran dan getaran yg berterusan di jln x rata jga menyebabkan kebanyakan komponen dlm kereta spt cermin tingkap& dashboard trt bergetar.lbh teruk lgi keadaan tayar belakang sblh kiri mengalami kehausan bungga plg teruk berbanding tayar2 lain..mohon pencerahan.

    Reply
  66. fendy on 25/07/2018 12:39

    saya pakai kereta perodua kancil..bhagian depan sy baru ganti tayar..lower arm..bush stabilizer..absorber baru..drive shaft b..mounting absorber..lpas alignment sy pandu dlm 100kmh gegaran kuat bhagian depan sbelah kiri..enjin mounting smua ok..tie rod in ok..stering tidak goyang..apa lg puncanya sifu2 sekalian ??

    Reply
  67. Zimah on 26/07/2018 12:47

    Salam tuan,

    Kereta saya nissan xtrail 2015.

    Kenapa bila kereta jalan tempat yang berbukit.. Kereta mula begegar dgn kuat? Apa masalah kereta saya tuan.

    Reply
  68. Zulfah on 27/07/2018 11:19

    Assalamualaikum
    Kereta saya gen2 bila kelajuan melebihi 100km dia bergegar dibahagian hadapan. Ada yang mengatakan drive shaft ( yg panjang tu)
    Kenapa ya?

    Reply
  69. Mohamad Shahrul Senawi on 04/08/2018 12:04

    Saya guna kereta kancil 660 auto. Bila kereta berhenti dalam gear D, bergegar. Bila tukar ke gear N, tiada gegaran. Boleh bagi advice?

    Reply
    • Wam on 20/12/2018 11:10

      Sama dgn kereta myvi auto saya..bila N..ok…bila masuk gear D @ R…ada gegaran kecil…

      Reply
  70. Azrie on 13/08/2018 10:41

    Salam.. Sy guna viva850 2009 asal start je rpm naik melebihi 2k kemudian turun ke 1.3k.. Dimana masalah agaknya tu?

    Reply
  71. lizasaaban on 14/01/2019 18:03

    Sy gn preve auto 2012 …Sekarang klu sy bwk lebih Dari 80km kereta xbergegar….tp bwak bawah 80 km kereta akan bergegar….apa masaalahnye ye

    Reply
  72. Yeop boden on 18/01/2019 05:58

    Saya ada satu masaalah pada exora saya. Bila saya mulakan perjalanan jarak jauh… dgn kelajuan tertentu contohnya 100km/h di atas highway. Bila dah memandu dalam 30minit gegaran ni akan muncul ketika saya menekan pedal minyak. Bila saya lepaskan minyak atau mantain pada kelajuan yg tidak memerlukan menekan minyak lebih Gegaran akan hilang.. bila hendak memotong bas atau lori kita mesti menekan minyak lebih sikit dari biasa dan gegaran pasti terjadi.. gegaran ni terjadi bahagian hadapan. Xpasti bahagian mana.. dan gegaran ni bukan di steering tetapi bahagian hadapan kereta.

    Reply
  73. Super on 06/03/2019 19:04

    Mcm mana nak detect nisbah minyak dan udara tak seimbang ya?payung dulu

    Reply
  74. Safwan on 25/05/2019 21:14

    Assalamualaikum..maap saya bertya..sya guna kerta saga iswara 1.3. Masalah nya… Bila ujan.. Tyar depqn x belah air la.. Tya masih baru…

    Reply
  75. Omey on 01/06/2019 18:53

    Kenapa kereta bwk lbih 140km akn bergegar!!

    Reply
  76. Angah black on 19/06/2019 13:16

    Tumpang lalu
    Nak Tanya sikit Kereta persona baru siap buat top ovohol tapi engine gegar Dan susah hidup

    Reply
  77. jasmi on 27/06/2019 14:29

    saya guna perodua Alza baru 2015….. bila tahun kedua pakai dah rasa gegar brek bila laju melebihi 60km/h
    dah buat skim 2X ..tukar brek pad dan tayar baru masih lagi x licin dan masih ada gegaran sehingga
    kini bila brek.

    adakah saya perlu tukar disk brek baru untuk menyelesaikan masalah saya ini.

    Mohon dapatkan penjelasan berhubung masalah brek sistem kereta saya.

    Reply
  78. Zainal on 15/07/2019 12:00

    Gen 2 1.6 auto keluaran 2005
    Masaalah enjin mati dalam keadaan berjalan slow atau berhenti di trafik light selepas top overhaul.

    Pomen tukar pump minyak, oil filter, radiotor services, hose valve cover, skim head, plug cable, ignation coil.

    Mohon bantuan

    Reply
  79. Syaufi on 18/07/2019 16:21

    Mounting dh tukar tapi still gegar enjin

    Reply
  80. Ariffin kabri on 31/08/2019 12:39

    Salam…sy nk tye..grandlivina sy bila berhenti di traffic light kereta da gegaran..aritu dh tukar spark plug …ok xde gegaran..lps 3/4 bln jadi lg…apa mslh sebenar nya….dan klau sy tukar spark plug lg pastu tiada gegaran apakah puncanya mmg dr spark plug atau ada sbb2 yg lain …mohon pencerahan..

    Reply
  81. Nurul on 16/09/2019 01:31

    Assalamualaikum,
    Mohon pencerahan.

    Gearbox gegar kuat. Idle pun da gegar.
    Rpm 2500 sudah bunyi kuat dlm cabin.
    Bila free gear masa jalan. Trus senyap bunyi dan gegar..
    Reverse ok je. Senyap
    Masuk D je trus gegar. Rpm tggi bunyi berdegung dalam cabin. Xjalan pun sama.

    Saya baru ambil kereta second grandlivina sabtu 14hb sept 2019.

    Masih ada beberapa hari warranty kedai.
    Tapi bila bagitau car dealer tu,macam banyak alasan pula.

    Reply
  82. Cik puan Murni on 18/09/2019 02:54

    Slm sy start keta. Gegar skit n enjin ade bobok mcm plug kong.. Tp dh penah cek plug, coil n cable… Ok semua… Air flow pun ok. Tapi bila keta cecah 80km/jam…keta mule gegar mcm goncang selaras dgn bobok makin kuat. Kejadian ni jd lepas sy swap absorber dua2 perdana sy… Perdana A ke B… Tp bobok ni dari seminggu sebelum swap absorber… Bahaya rase mse drive sbb sy bwk ank… Adakah ni penyakit v6… Sbb perdana lagi satu enjin SEi.. Tak penah pulak jd mcm ni…

    Reply
  83. Faiz on 17/10/2019 20:39

    Kereta sy bergegar stereng bila Tekan minyak.. Terutama bila lebih 60…da tukar rim n tayar.. Tp gegar lg? Kreta pesona..

    Reply
    • AO on 18/10/2019 08:09

      Boleh jadi engine mounting atau bushing pada steering. Tapi gegar stereng ni ada banyak sebab. Boleh jadi juga wear n tear bahagian suspension macam lower arm, atau absorber mounting. Kena minta mekanik check.

      Reply
  84. Zulkefli on 19/10/2019 23:53

    Kereta nazaria saya bergegar walaupun sudah buat aligment balancing serta tukar tayar baru . Apakah masalahnya .. Terima kasih

    Reply
  85. noreyl on 22/10/2019 12:39

    saya nak tanya, kereta waja 1.6 enjin campro, fuel pump dah ganti, cable plug ngn plug pon dah tukar…tapi bila bawa kereta di kawasan yang berbukit enjin bergegar dan mati. Pernah juga bila time jammed dalam keadaan kereta tak bergerak tiba-tiba enjin mati. bila start balik, hidup. Apa masalah ye?

    Reply
  86. Muhammad Faredzuan on 24/11/2019 15:53

    1. saya pakai perodua viva. lepas tukar rim dan tayar baru, bila memandu 100kmj stereng ada sikit bergegar. centre cone dah letak, balancing dan aligment pun dah buat. still sama.
    2.bila memandu 100kmj ke atas, handling kereta tidak memuaskan.. rasa stereng ringan..

    Reply
  87. Mrs Satria Neo on 02/12/2019 12:47

    Salam

    Keta saya satria neo, kalau berhenti, steering begegar, kalau jalan.. Tak gegar! Masalah prob?

    Reply
  88. Azrul maulud on 22/01/2020 21:02

    Salam nak bertanya..saya pakai viva 850 dan meter kanan saya tidak bergerak.apa punca nya dan jalan penyelesaian.terima kasih

    Reply
  89. Mohamad on 21/02/2020 18:10

    Assalammualaikum. Minta pandangan semua kereta sy mitsubishi triton manual(4×4) bergegar bila drive 90-120kmj. Gegaran boleh d rasa satu badan kereta. Tayar da tukar 4 biji, alignment dan balancing da buat, bearing depan da tukar, ball joint dan arm depan semua da tukar tapi gegaran tak hilang. Dah beribu duit terbang sampai skg x jumpa masalah nya. Mounting enjin masih ok, mounting gearbox pun da tukar baru. Check coupling semua ok. Bush semua da ganti. Absorber pn suda gak.. Ada sesiapa boleh bantu?

    Reply
  90. Razy on 04/06/2020 14:32

    Salam…mayvi auto pandu dalam 90kmj keatas bila nk change gear enjin jadi drop…blh bg pencerahan sebab apa.?tq

    Reply
  91. Mohamad aluai on 17/06/2020 13:47

    Daihatsu Kembara 1.3cc manual saya Jalan tiga selinder plug coil Dan spark plug dah ganti apa yg perlu saya buat. Tq

    Reply
  92. md azman on 02/07/2020 07:01

    salam sy azman sy pakai kembara auto masalah sy apabila sy berhenti enjinnkasar dan bergegar macam tiga selinder begitu juga masa saya brekbpun bergetar juga apa masalah sila reply tq

    Reply
  93. Suhaimi on 11/07/2020 23:59

    Saya nak tanya kenapa bila time nak jalan tekan pedal kereta bergegar stering pun bergegar..apa puncanye..lower arm dah tukar baru tie end rod ok lg..dalam.keadaa meter 20km kalau tekan bedal je jd bergegar dasbort n stering..makin lgu makin kuat gegarnye.ada kah masalah tayar atau kena belincing ..

    Reply
  94. Thayalan Mogan on 14/07/2020 00:10

    Hi, saya pakai keta myvi SE 2010.. bulan lepas saya tukar tayar depan good year 205/ 45 r 16. Belakang pakai tayar falken saiz sama.. dulu bawa x rasa sakit badan.. selepas tukar tayar rasa sakit badan. Bukan driver sahaja, penumpang/ family pun rasa sakit badan.. x tau punca apa? Pls.. need comment.. tq

    Reply
  95. Mas Afizah on 24/10/2020 23:09

    Hai saya menggunakn kereta kancil 850 Auto.. Masalah kereta kedudukan stereng lari tak seimbang bila jalan lurus. Baru2..ini
    Ketika saya memandu,streng sukar untuk diluruskan kembali bila jalan lurus. Streng jadi pusing menegak ke atas.
    Kenapa ini berlaku?. Apa yang perlu di baiki?. Caj RM dikenakan.?

    Harap sangat pihak Tuan dapat reply mesej ini segera. Terimakasih.

    Reply
  96. feev on 11/12/2020 19:34

    Hi,

    saya ada masalah dengan kereta Proton Saga BLM FL…. masalah bila laju lebih 80km dia gegar kuat….adakah masalah enjin atau tayar??

    Reply
  97. Zaid on 19/12/2020 13:31

    Hi,

    saya ada masalah dengan kereta Proton Saga BLM FL…. masalah bila memandu 80kmh -110kmh dia gegar kuat ….adakah masalah enjin atau tayar??

    Reply
  98. pdaus on 20/01/2021 13:58

    sy naik kereta viva. enjin ok x de nk mati cume ade gegar skit.kereta umur 2012. slepas mati enjin ade bunyi sekejap dkat trottle bodi adakah ia normal

    Reply
  99. shariffuddin aziz on 07/03/2021 20:53

    bila pandu kereta stereng kereta sy gegar dan bila berhenti sy kesan ada bau hangit..adakah bearing?

    Reply
  100. is on 25/07/2021 16:25

    hai nk tnya bila sy bawa kereta 100 km keatas oermukaan jalan mcm mandaki bukit bergegar bila tekan pedal , bila jln landai tekan minyak mcm biasa xde masalah, apakah punca kereta brv

    Reply
  101. fendi on 16/09/2021 18:16

    jika mula start enjn kereta steering bergegar apa masalahnya ye. Bila sudah start bergerak gegaran tu mula hilang

    Reply
    • AO on 24/11/2021 13:04

      Kemungkinan engine mounting atau atau steering bush.

      Reply
  102. Shah on 18/10/2021 21:58

    Salam.. Mohon pencerahan… Saya terlanggar batu size lebih kurang besar kepala pada tayar kanan dan selepas itu stereng dan kereta bergegar bila saya bawa laju… Apakah punca dia.. Samaada tayar allignment lari atau masalah lain

    Reply
  103. Farhan on 31/10/2021 16:37

    Naik kereta bergegar… 😆Kereta auto.

    Reply
  104. MAZLAN BIN OTHMAN on 28/11/2021 18:32

    Salam..nak tanya nissan g.livina 1.6 saya kalau bwk sorg2 dashbord mcm begegar..tp bila bwk penuh org dlm keta x gegar pulak… Apo problem tu…🤔

    Reply
    • Abang GYL on 30/11/2021 09:02

      Yang itu Tuan kena check di bengkel, ada kebarangkalian berlaku

      Reply
  105. Halim on 03/05/2022 10:02

    Saya baru tukar sport rim terus jadi gegar bile 120 keatas sebelum tukar ok je. Apakah punca nya saiz tayar semasa 195 55 15 jenis kereta Alza

    Reply
  106. Muhamad Qadri Zackry Bin Azman on 22/11/2022 09:30

    kenapa yeee…bila kita lepas jek minyak…dan kelajuan berkurangan…gegaran makin kuat…bukan itu saja…kadang kala time belok pown ade gegaran jgk…

    Reply
  107. Mohamad Alauddin on 14/10/2023 11:38

    Kereta saya ‘membuang’ bila connering. Dah tukar tayar depan baru dan brake pad lining.masih keadaan yang sama. Boleh tahu kenapa

    Reply
  108. Nurul Izzati on 15/12/2024 19:16

    adakah bahaya abaikan masalah kereta bergegar?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.